PANDUAN MEMBUAT KERJA RUMAH

Salam Sejahtera. Ruangan ini khas untuk pelajar-pelajar menjawab secara online setiap kerja rumah yang cikgu paparkan. Kerja rumah yang dipaparkan di ruangan ini biasanya akan diberi ketika cuti sekolah dan cuti umum. Selamat menjawab.

Tuesday, August 25, 2009

KERJA RUMAH 7 (PU2B2)

KERTAS 2 (Mengalih Teks Bukan Linear Kepada Bentuk Linear)









Nota:
Jawapan perlu dijawab di dalam blog ini.

2 comments:

  1. Jadual menunjukkan jenayah siber yang berlaku pada tahun 2001 dan tahun 2003 mengikut jenis mengikut jenis kes di Malaysia.

    Secara keseluruhannya,jadual mengalami pola peningkatan.Pada tahun 2001 jumlah kes adalah 932 kes.Pada tahun 2003 jumlah kes meningkat sebanyak 1931 kes kepada 2863 kes dengan peratus perubahan 207.2%.

    Jenayah siber yang menunjukkan pola penurunan adalah kes nafi khidmat dan pencerobohan. Bagi kes nafi khidmat,jumlah kes pada tahun 2001 adalah 19 kes berbanding pada tahun 2003 menurun sebanyak 15 kes kepada 4 kes dengan peratus perubahan sebanyak 78.9%.Bagi kes pencerobohan, jumlah kes pada tahun 2001 adalah 198 kes berbanding pada tahun 2003 jumlah kes menurun sebanyak 159 kes kepada 39 kes dengan peratusan penurun sebanyak 80.3%.

    Jenayah siber yang mencatatkan jumlah yang paling tinggi pada tahun 2001 ialah kes gangguan virus iaitu sebanyak 379 kes.Angka ini merangkumi 40.7% daripada jumlah keseluruhan pada tahun tersebut.Pada tahun 2003 jumlah kes jenayah siber yang paling tinggi adalah mesej sampah iaitu sebanyak 2027 kes .Angka ini merangkumi 70.8% daripada jumlah keseluruhan pada tahun 2003.

    Jenayah siber yang menunjukkan jumlah paling rendah pada tahun 2001 dan 2003 adalah kes pembanjiran.Pada tahun 2001 kes pembanjiran adalah sebanyak 5 kes.Angka ini adalah 0.5% daripada jumlah keseluruhan kes pada tahun tersebut.Pada tahun 2003 jumlah kes pembanjiran adalah sebanyak 1 kes.Angka ini adalah 0.03 daripada jumlah keseluruhan pada tahun tersebut.

    Antara faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah siber adalah sikap individu tertentu khususnya pakar komputer yang ingin mencuba dan menguji penemuan atau pengetahuan terkini yang diperoleh.Bagi mereka perbuatan mencipta,menghantar dan menyebabkan virus dan kemudian mencipta perisian baharu merupakan sesuatu yang menyeronokkan.Mereka hanya ingin mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesulitan yang dihadapi oleh orang lain disebabkan perbuatan mereka.

    Faktor lain adalah masyarakat sekarang yang suka mudah dan pantas menyebabkan jenayah siber tersebar. Banyak orang membeli barang, jelaskan bil, kirim wang melalui internet. Ini menyebabkan orang yang pandai dalam komputer giat dalam jenayah ini. Selain itu, komputer yang senang diguna setelah banyak perubahan dilakukan ke atasnya juga menyebabkan jenayah siber tersebar. Banyak kemudahan telah ditambah dalam komputer. Ini mendorong ramai orang giat dalam belajar guna komputer sama akan guna ilmu pengetahuan komputer dalam perkara bermanfaat atau jahat.

    Kesimpulannya,jumlah kes yang paling tinggi pada tahun bagi tahun 2001 adalah kes gangguan virus dan pada tahun 2003 adalah kes mesej sampah manakala jumlah kes yang paling rendah pada tahun 2001 dan tahun 2003 adalah kes pembanjiran.

    ReplyDelete
  2. Jadual menunjukkan janayah siber yang berlaku pada tahun 2001 dan 2003 mengikut jenis di Malaysia.

    Secara keseluruhan, jadual mengalami pola meningkat. Pada tahun 2001, jumlah bilangan kes jenayah siber ialah 932 kes. Bilangan kes jenayah siber meningkat kepada 2863 kes pada tahun berikutnya dengan peningkatan sebanyak 1931 kes atau 207.2%.

    Jenayah siber yang mengalami pola meningkat ialah pemalsuan. Pada tahun 2001, jenayah pemalsuan mencatatkan 10 kes. Pada tahun berikutnya, bilangan kes jenayah pemalsuan meningkat kepada 21 kes dengan peningkatan sebanyak 11 kes atau 110%.

    Jenayah siber yang mengalami pola menurun ialah nafi khidmat. Pada tahun 2001, bilangan jenayah nafi khidmat mencatatkan 198 kes. Pada tahun berikutnya, jenayah nafi khidmat menurun kepada 39 kes dengan penurunan sebanyak 175 kes atau 88.4%.

    Pada tahun 2001, jenayah siber yang menunjukkan jumlah paling ialah kes gangguan virus iaitu 379 kes. Bilanagn ini merangkumi 40.7% daripada jumlah keseluruhan pada tahun tersebut. Pada tahun berikutnya, jenayah siber yang menunjukkan jumlah paling tinggi ialah jenayah mesej sampah iaitu 2027 kes. Bilangan ini merangkumi 70.8% daripada jumlah keseluruhan pada tahun 2003.

    Jenayah siber yang menunjukkan jumlah paling rendah pada tahun 2001 dan 2003 ialah jenayah pembanjiran. Pada tahun 2001, jumlah kes jenayah pembajiran ialah 5 kes iaitu 0.5% daripada jumlah keseluruhan. Manakala jumlah kes jenayah pembajiran pada tahun 2003 ialah 1 kes iaitu 0.03% daripada jumlah keseluruhan pada tahun tersebut.

    Antara faktor berlakunya jenayah siber ialah sikap individu tertentu. Sebagai contoh dalam perniagaan, virus dicipta dan disebarkan untuk menandingi persaingan. Selain itu, kemudahan perkhidmatan dalam talian yang semakin meluas membuka peluang para penggodam komputer melakukan jenayah siber seperti pencerobohan.

    Kesimpulannya, jumlah kes yang paling tinggi pada tahun 2001 ialah kes gangguan virus dan pada tahun 2003 ialah kes mesej sampah. Sementar itu, jumlah kes yang paling rendah pada tahun 2001 dan 2003 ialah kes pembanjiran.

    ReplyDelete