PANDUAN MEMBUAT KERJA RUMAH

Salam Sejahtera. Ruangan ini khas untuk pelajar-pelajar menjawab secara online setiap kerja rumah yang cikgu paparkan. Kerja rumah yang dipaparkan di ruangan ini biasanya akan diberi ketika cuti sekolah dan cuti umum. Selamat menjawab.

Friday, January 6, 2012

KERJA RUMAH LATIHAN 1 PU2B3 - 5 Jan 2012

Berikut adalah jawapan untuk kerja rumah laras sains pada Khamis 5 Jan 2012 : Tema Perikanan

Masalah :
1. Bekalan semakin merosot
2. Harga tidak stabil
3. Kekurangan kemudahan prasarana
4. Perairan Malaysia dicerobohi oleh lanun / nelayan asing
5. Tenaga kerja
6. Kekurangan modal

Langkah Mengatasi:
1. Menetapkan gred dan harga ikan di pasaran
2. Pasaran baharu hasil sektor perikanan di luar negara
3. Majukan penternakan secara akuakultur
4. Tingkatkan kemudahan prasarana perikanan
5. Penggunaan teknologi moden
6. Menambah keupayaan modal
7. Penguatkuasaan undang-undang
8. Latihan dan Kemahiran

Tuesday, April 20, 2010

KERJA RUMAH (TEMA PERPADUAN)

Pengubalan dan pelaksanaan dasar-dasar oleh kerajaan adalah bertujuan untuk menekankan peri pentingnya melahirkan masyarakat yang adil dan bersatu padu. Bincangkan kepentingan perpaduan rakyat kepada negara dan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk memupuk perpaduan rakyat yang lebih erat.

Pendahuluan

Negara Malaysia unik dari segi penduduknya yang berbilang kaum. Dalam konteks kepelbagaian ini, perpaduan rakyat Malaysia sememangnya penting. Demi mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat Malaysia, Perdana Menteri Malaysia kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan pelaksanaan dasar 1Malaysia.

Kepentingan Perpaduan Rakyat Kepada Negara

1. Menjadikan Negara Malaysia Sebagai Negara Maju Menjelang Tahun 2020
  • Perpaduaan rakyat Malaysia adalah cabaran pertama untuk membentuk sebuah Negara yang utuh
  • Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama mempunyai perasaan kekitaan sebagai warga Malaysia
  • Tanpa perpaduan kaum, kita tidak dapat membawa Negara kita ke tahap kemajuan yang optimum
  • Oleh itu, Wawasan 2020 akan tercapai dengan adanya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia
 2. Mengekalkan Keharmonian Dan Kedamaian
  • Malaysia yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya.
  • Kedamaian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain.
  • Sikap toleransi turut dilahirkan daripada kedamaian dalam kalangan rakyat Malaysia
  • Hal ini demikian, kerana rakyat Malaysia sedar bahawa sikap bertolak ansur penting bagi mengekalkan keharmonian Negara.
  • Kaum yang berlainan menyambut perayaan seperti tahun Baru Cina dan Depavali bersama melalui amalan rumah terbuka.
 Langkah-Langkah

3. Peranan Kerajaan
  • Bersikap adill and saksama.
  • Menglibatkan semua kaum dalam aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong, rukun tetangga dan persatuan peringkat daerah sehinggalah kebangsaan demi mewujudkan hubungan yang erat sesama masyarakat berbilang kaum.
  • Kewujudan unsur kerjasama dan sikap toleransi antara kaum.
  • Melaksanakan dasar kerajaan yang menekankan kepada perpaduan seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Perpaduan Negara dan sebagainya.

 4.Peranan Masyarakat
Sikap saling memahami antara kaum dan tidak membangkitkan isu-isu sensitif.


  •  Kebebasan bersuara dan penerbitan perlu dikawal.
  • Isu-isu yang mengancam perpaduan tidak dibangkitkan sama ada peringkat tempatan atau kebangsaan.
  • Tidak mendiskriminasikan kaum berlainan sama ada dalam perucapan, perbuatan atau pemikiran.
  • Parti-parti politik perlu menekankan perpaduan, iaitu tidak terus-menerus membangkitkan isu-isu yang berpotensi memecahbelahkan perpaduan penduduk.
Kesimpulan

Secara tuntasnya, rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam menjayakan aspirasi 1Malaysia umpama “bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat”. Aspirasi 1Malaysia membawa dasar bahawa rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan untuk keharmonian dan kemakmuran Negara. Semua bangsa Malaysia akan hidup bersama secara aman, damai dan sejahtera.

Disediakan oleh,

Kumpulan 1 (PU2F3)
Ang Se Yen
Teo Xue Qi
Nurfidiana Ramli
Tew See Jie



   

  
 

 

 

Sunday, January 24, 2010

KERJA RUMAH MINGGU 2 ( 15 JAN 2010 )

Soalan : Walaupun faedah yang sangat tinggi dikenakan oleh ceti haram atau Along, banyak pihak masih tidak serik mencari khidmat along untuk menyelesaikan masalah kewangan.

Bincangkan.

KERJA RUMAH MINGGU 1 ( 8 JAN 2010 )

Pelajar-pelajar dikehendaki memilih 1 soalan laras sastera dan 1 soalan laras sains.

Wednesday, October 14, 2009

KERJA RUMAH 3 (CUTI DEEPAVALI)

Cikgu ucapkan Selamat Deepavali kepada pelajar-pelajar cikgu yang menyambutnya. Pelajar-pelajar lain cikgu ucapkan selamat bercuti. Selama anda bercuti mulai hari Jumaat 16/10/2009 hingga Isnin 19/10/2009, anda perlu menjawab beberapa kerja rumah yang cikgu lampirkan di sini.

Tugasan 1 (Bahagian C):

(a) "Transformasi ekonomi negara telah meninggalkan kesan terhadap sosial negara. Arus pemodenan sedikit sebanyak telah mengakibatkan penghakisan sistem nilai masyarakat Malaysia. Hakikat ini dapat dilihat di mana-mana sahaja. Kesannya dapat dilihat daripada sikap tidak bertanggungjawab dan kurang kepekaan sivik, terutamanya di jalan raya, dan sikap tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan kemudahan awam..."

(i) Apakah kesan sosial akibat transformasi ekonomi negara?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, ulaskan bagaimana kesan yang dinyatakan dalam petikan ucapan itu dapat dielakkan.

Friday, October 9, 2009

PERINGATAN TERAKHIR

Masih ramai pelajar yang tidak menjawab kerja rumah di dalam blog ini. Cikgu berharap anda semua dapat membuat kerja rumah dengan sempurna.

Wednesday, September 23, 2009

KERJA RUMAH HARI RAYA 3 (PU1F3) LARAS SAINS

Kertas 2 : Laras Sains

Soalan:
Ciptaan laser telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penggunaan ini memberi manfaat yang sangat besar kepada pembangunan negara. Huraikan faedah penggunaan laser kepada manusia sejagat.