Kertas 2 : Laras Sains
Soalan:
Ciptaan laser telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penggunaan ini memberi manfaat yang sangat besar kepada pembangunan negara. Huraikan faedah penggunaan laser kepada manusia sejagat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKuasa laser ialah kuasa daripada sinaran atau pancaran cahaya. Kuasa ini diperoleh daripada pemampatan cahaya. Laser mempunyai kuasa atau tenaga yang dapat dimanfaatkan oleh manusia.
ReplyDeleteLaser dalam bahasa Inggeris boleh didefinisikan sebagai Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation. Teori yang berkaitan dengan penggunaan ditemui buat kali pertama oleh Albert Einstein pada tahun 1920. Kelebihan laser dalam pelbagai applikasi timbul daripada ciri-ciri laser seperti koheren, ketunggalan warna yang tinggi, keupayaan mencecah kuasa amat tinggi. Sebagai contoh, pancaran laser terkawal boleh ditumpu sehingga had pembelauan yang pada jarak gelombang kelihatan bersamaan dengan beberapa ratus nanometer. Laser mempunyai kuasa yang rendah dan tinggi. Laser berkuasa tinggi boleh dijadikan senjata, manakala laser berkuasa rendah boleh digunakan dalam pelbagai bidang. Misalnya, bidang telekomunikasi dan bidang elektronik.
Salah satu kegunaan laser yang popular adalah dalam bidang perubatan. Kegunaan laser dalam bidang ini telah bermula sejak tahun 1990-an. Pada dewasa ini, kuasa laser banyak digunakan dalam proses pembedahan. Pembedahan dengan menggunakan kuasa laser adalah lebih cepat dan effektif, kurang pendarahan dan mengurangkan risiko mengalami luka dalaman. Banyak rawatan penyakit dapat dilakukan dengan kuasa ini, seperti rawatan kulit, gigi, perut dan kanser. Kuasa laser dikatakan mencatat kejayaan 90% untuk rawatan mata dan pemecahan batu karang.
Kuasa laser juga amat penting dalam bidang telekomunikasi. Peralatan hiburan seperti pemain CD, VCD dan DVD memerlukan kuasa cahaya untuk beroperasi. Peralatan hiburan ini menggunakan kuasa laser untuk menukarkan isyarat dalam alur spiral tunggal yang meliputi seluruh permukaan cakera kepada suara seperti muzik atau gambar. Komputer dan alat pencetak juga memanfaatkan kuasa laser untuk menjalankan fungsinya.
Laser juga dapat digunakan sebagai alat pemotong berkuasa tinggi. Laser boleh digunakan untuk memotong besi dengan cepat, tepat dan kemas. Jadi, kuasa laser ini amat berguna dalam sektor perindustrian, khususnya industri berat.
Segala kejadian alam dapat digunakan untuk melakukan perkara yang berfaedah jika dikaji sifat dan keupayaannya. Kajian dalam bidang cahaya, khususnya laser harus diteruskan agar dapat dimanfaatkan dalam kehidupan manusia.
Laser adalah merupakan sebuah peranti yang mengeluarkan cahaya melalui satu proses dipanggil pemancaran terangsang. Laser adalah akronim kepada LASER (Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation - Pembesaran Cahaya oleh Pancaran Sinaran yang Terangsang). Cahaya laser adalah gelombang elektromagnet nampak yang berada di dalam julat tertentu.
ReplyDeletePada masa ciptaan laser pada 1960, laser dikenali sebagai "penyelesaian mencari masaalah". Semenjak itu, ia digunakan secara meluas, digunakan dalam beribu-ribu applikasi secara meluas dalam semua bahagian dalam masyarakat moden, termasuk eletronik pengguna, teknologi maklumat, sains, perubatan, pengilangan, penguatkuasaan undang-undang dan ketenteraan. Secara umum, ia telah dianggap pencapaian teknologi paling berpengaruh dalam abad ke 20.
Kelebihan laser dalam pelbagai applikasi timbul daripada ciri-ciri laser seperti koheren, ketunggalan warna yang tinggi, keupayaan mencecah kuasa amat tinggi. Sebagai contoh, pancaran laser terkawal boleh ditumpu sehingga had pembelauan yang pada jarak gelombang kelihatan bersamaan dengan beberapa ratus nanometer. Ciri-ciri ini membolehkan laser merakamkan gigabyte maklumat dalam liang seni pada DVD. Ia juga membenarkan laser berkuasa serdahana ditumpukan pada keamatan tinggi dan digunakan bagi memotong, membakar atau juga mempeluwap jisim. Sebagai contoh, laser neodymium yttrium aluminium garnet (Nd:YAG) frekuensi berkembar (frequency doubled) memancarkan 532 nanometer cahaya (hijau) pada output 10 watt secara teori mampu mencapai kekuatan megawatt per sentimeter persegi. Secara sebenar bagaimanapun, penumpuan sempurna cahaya pada had pembelauan adalah amat sukar.
Dalam eletronik kepenggunaan, telekomunikasi, dan komunikasi data, laser digunakan sebagai pemancar dalam komunikasi optik melalui gentian optik dan ruang bebas. Laser digunakan bagi menyimpan dan mengambil data daripada cakera padat dan DVD, termasuk juga sebagai cakera magneto-optik. Paparan cahaya laser (gambar) mengiringi banyak konsert muzik.
Dalam sains, laser digunakan dalam pelbagai variati teknik interferometri, dan bagi spektroskopi Raman dan penguraian spektroskopi menggunakan laser. Kegunaan lain termasuk pengesan jarak jauh atmosfera, dan kajian fenomena optik tidak lurus. Teknik holografik menggunakan laser turut menyumbang kepada pelbagai teknik ukuran. Laser juga telah digunakan di atas kapal angkasa saintifik Cassini-Huygens.
Dalam perubatan, skalpel laser digunakan bagi laser pembetulan penglihatan dan teknik pembedahan lain. Laser juga digunakan bagi prosedure dermatologi termasuk menghilangkan tatu, tanda lahir, dan rambut; jenis laser yang biasa digunakan oleh dermatologi termasuk delima (694 nm), alexandrite (755 nm), denyutan diod tersusun (810 nm), Nd:YAG (1064 nm), Ho:YAG (2090 nm), dan Er:YAG (2940 nm).
Walaupun laser berkuasa rendah dengan hanya kuasa keluar beberapa milliwatt boleh membahayakan pengelihatan manusia. Pada jarak gelombang di mana kornea dan kanta boleh tumpu dengan baik, kekoherenan dan pembelauan yang rendah bagi cahaya laser bererti ia boleh ditumpukan oleh mata pada titik amat kecil pada retina, menyebabkan terbakar tempatan dan kerosakan kekal (buta) dalam sesaat atau lebih cepat.Oleh itu,teknologi ini harus digunakan dengan berhati-hati
Laser(Light Amplification Stimulated Emission Radiation) merupakan cahaya yang diperkuatkan daripada rangsangan pancaran radiasi.Laser telah diuji di Perancis dan Jerman. Laser dapat membantu manusia dalam pelbagai perkara. Faedah penggunaan laser kepada manusia sejagat adalah banyak.
ReplyDeleteDalam bidang teknologi maklumat,maklumat dihantar dalam digital. Kelajuannya adalah lebih cepat daripada cahaya. Laser dapat membantu penghantaran maklumat oleh komputer dengan cepat dan berkesan. Ia juga dapat mengenalpasti kod bar yang tertera pada barang yang dijual di pasar raya dan menukarkan kod tersebut dalam bentuk angka atau perkataan dalam monitor komputer. Kod bar yang mempunyai maklumat mengenai harga,jenis dan kod barang tidak dapat ditafsir oleh penguna.
Dalam bidang perubatan, laser sesuai untuk rawatan mata seperti bahagian kornea dan retina. Laser boleh digunakan untuk rawatan dermatologi(kulit) dengan membuang tanda-tanda yang tidak dihendaki oleh pesakit seperti tanda lahir atau memecah batu karang dalam buah pinggang. Pesakit yang menghadapi ulser gastrik juga dapat disembuhkan. Kaedah fotodinamik digunakan untuk mengesan sel-sel barah dengan memancarkan laser ultra ke dalam tubuh pesakit. Laser dapat cepat menyembuhkan dan mudah rawatan
Dalam bidang hiburan, laser mempunyai pancaran yang berkilau dan menarik. Kecantikan cahaya mempersona pengunjung untuk ke kelab malam atau temasya sukan. Semasa Sukan Komanwel diadakan di Malaysia pada tahun 1998, cahaya laser digunakan untuk memeriahkan persembahan semasa upacara pembukaan dan penutupan. Alat perakam VCD dan CD juga menggunakan cahaya laser untuk mencari atau membaca maklumat yang terkandung dalam VCD. Pantulan cahaya dalam alat perakam menentukan perubahan ingin dilakukan oleh pengguna.
Dalam bidang industri, laser digunakan untuk memotong, mengerudi dan menanda logam yang akan dikeluarkan. Ia boleh digunakan untuk memotong bahan keras seperti intan dan titanium. Hal ini dapat menjimatkan kos dan memudahkan kerja. Misalnya, laser dapat memotong logam yang mempunyai ketebalan hingga tahap 30mm serta mampu memberikan ketepatan pada kadar lebih kurang 0.025mm. Pengggunaannya membolehkan pengusaha pengindustrian logam mendapat keuntungan yang banyak kerana kerja pemotongan logam dapat dilakukan dengan cepat dan tiada pencemaran.
Kesimpulannya, pengguanaan laser telah mendatangkan faedah yang banyak kepada manusia. Manakala, penggunaan laser bukan hanya mendatangkan kebaikan, keburukan juga adalah banyak. Oleh itu, manusia seharusnya menggunakan laser dengan cara yang betul dan selamat.
Penggunaan laser dalam zaman ini tidak lagi asing. Kebanyakan bidang-bidang seperti bidang perubatan menggunakan teknologi ini. Apakah yang dimaksudkan dengan laser? Laser merupakan sebuah peranti yang mengeluarkan cahaya melalui satu proses dipanggil pemancaran terangsang. Laser adalah akronim kepada LASER (Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation - Pembesaran Cahaya oleh Pancaran Sinaran yang Terangsang). Cahaya laser adalah gelombang elektromagnet nampak yang berada di dalam julat tertentu. Laser telah membawa banyak manfaat kepada manusia.
ReplyDeleteManfaat penggunaan laser kepada manusia adalah menyimpan maklumat dengan lebih mudah iaitu dalam bentuk DVD.Pancaran laser terkawal boleh ditumpu sehingga had pembelauan yang pada jarak gelombang kelihatan bersamaan dengan beberapa ratus nanometer. Ciri ini membolehkannya merakam gigabyte maklumat dalam liang seni pada DVD. Kebanyakan manusia terutamanya remaja menggunakaan cara ini untuk menyimpan maklumat mereka dengan lebih teratur dan sistematik.
Selain itu, penggunaan laser dalam bidang perubatan semakin berguna. Sekarang, masalah penglihatan dapat diselesaikan dengan melakukan pembedahan laser. Pembedahan laser mata adalah dikenali sebagai lastik. Lastik menggunakan laser untuk membetulkan kedudukan kornea dan kanta mata. Lastik dapat membaiki penglihatan manusia yang mempunyai rabun. Dengan melakukan pembedahan lastik, mereka mempunyai masalah rabun tidak lagi memerlukan cermin mata dalam membantu penglihatan mereka.
Kebaikan penggunaan laser kepada manusia ialah dalam penciptaan alat. Pada zaman ini, banyak alat-alat yang dicipta adalah menggunakaan teknologi laser seperti laser printer , kamera digital dan sistem keselamatan. Penggunaan laser dalam printer telah mempercepatkan kelajuaan printer dalam mencetak. Laser printer boleh mencetak 12,000 muka surat dalam masa sejam. Laser printer yang mencetak maklumat yang berwarna-warni dapat mencetak sebanyak 100 muka surat dalam masa seminit iaitu 6000 muka surat sejam. Penggunaan laser printer telah menjimat masa pengguna dalam menunggu bahan yang dicetak. Masa yang dijimatkan dapat digunakaan dalam membuat perkara lain.
Manfaat penggunaan laser adalah Dalam eletronik kepenggunaan, telekomunikasi, dan komunikasi data. Laser digunakan sebagai pemancar dalam komunikasi optik melalui gentian optik dan ruang bebas. Laser digunakan bagi menyimpan dan mengambil data daripada cakera padat dan DVD, termasuk juga sebagai cakera magneto-optik. Paparan cahaya laser (gambar) mengiringi banyak konsert muzik.
Kesimpulannya, penggunaan laser telah membawa banyak kebaikan kepada manusia. Oleh itu, kita haruslah menggunakannya dalam tujuaan yang baik.
Laser bermakna Penguatan Cahaya oleh Pancaran Sinaran Terangsang.Teknologi laser kini berperanan dalam hamper semua bidang. Terdapat beberapa faedah penggunaan laser kepada manusia sejagat.
ReplyDeleteAntara faedah –faedah penggunaan laser kepada manusia sejagat ialah kesihatan manusia terjamin. Hal ini kerana laser digunakan untuk mengesan dan membunuh sel-sel kanser.Selain itu , laser juga digunakan untuk merawat penyakit kulit.Di samping itu, laser juga dapat membuang tanda lahir dan tatu tanpa parut.
Seterusnya,teknologi laser juga menghasilkan peralatan pejabat juga merupakan salah satu faedah laser kepada manusia sejagat.Contohnya,pen laser merupakan alat penunjuk yang canggih.Alat pembaca jalur berkod juga dapat merakamkan maklumat barangan misalnya maklumat tentang jenis barang ,harga serta bilangan stoknya.Dengan ini,jumlah jualannya dan simpanan stok dapat diketahui dengan segera.
Penggunaan laser juga amat penting dalam bidang telekomunikasi.Kini,gentian optik (laser)menggantikan peranan kabel.Hal ini kerana jaluran laser lebih luas.Jadi.ini penting untuk saluran telefon,videofon mahupun televisyen.Malah maklumat bunyi dan suara yang dihantar adalah lebih cepat dan tepat.Dengan ini,risiko kehilangan data dan suara adalah minimum.
Akhir sekali, penggunaan laser juga dapat memajukan bidang perindustrian.Hal ini kerana laser merupakan antara alat pemecah dan pemotong yang termoden..Ia juga dapat memotong batu permatu,intan dan kacang dengan halus .Dengan ini,dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran dan kualiti hasil industri meningkat.
Kesimpulannya,laser kian sebati dengan kehidupan kita.Oleh itu, kita perlu menggunakan laser dengan berhati-hati supaya ia tidak disalahgunakan.
Laser bermaksud Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation atau Penguatan Cahaya oleh Pancaran Terangsang. Teknologi laser kini berperanan dalam hampir semua bidang.
ReplyDeleteTeknologi laser digunakan secara meluas dalam bidang telekomunikasi. Kini, optik fiber (laser) menggantikan peranan kabel. Jalur laser lebih luas. Oleh itu, bilangan jalur laser yang banyak penting untuk telefon, videofon, dan televisyen. Maklumat seperti bunyi dan suara yang dihantar adalah lebih cepat dan tepat. Risiko kehilangan data adalah minimum. Jalur laser juga bebas daripada gangguan bising dari luar dan pancaran kilat. Kini, Telekom Malaysia sudah menggunakan teknologi ini dengan meluas untuk menawarkan kemudahan telekomunikasi kepada rakyat Malaysia. Tegasnya, teknologi laser merevolusikan dunia telekomunikasi.
Bidang perindustrian turut berkembang maju dengan kemunculan penggunaan laser. Laser merupakan alat pemecah dan pemotong yang termoden. Laser dapat momotong batu pertama, intan, dan kaca dengan halus. Laser dapat memotong kepingan logam seperti besi tebal. Logam dapat dipotong tanpa mengeluarkan haba, bunyi, dan sisa kotoran. Hal ini akan meningkatkan kecekapan pengeluaran. Produktiviti juga akan meningkat. Sinaran laser dapat memecahkan batu dan granit yang menghalang sesuatu projek. Dengan itu, kualiti hasil industri akan meningkat. Kos pengeluaran juga dapat dijimatkan. Hal ini akan mendatangkan keuntungan besar kepada pengusahanya.
Kesihatan manusia juga lebih terjamin melalui penggunaan teknologi laser. Laser digunakan untuk mengesan sel-sel kanser yang halus dan membunuhnya. Laser penting dalam rawatan penyakit kulit. Laser dapat membuang tanda lahir dan tatu tanpa parut. Pembedahan seni juga memerlukan teknologi ini. Sebagai contohnya, pembedahan retina, kanta, dan kornea kita dapat dilakukan dengan tepat, cepat, dan tanpa kesakitan. Bahagian yang dibedah juga cepat sembuh. Oleh itu, banyak penyakit yang sebelum ini sukar disembuhkan kini dapat dirawat dengan mudah. Dengan itu, taraf kesihatan manusia lebih terjamin.
Teknologi laser juga menghasilkan peralatan pejabat yang memudahkan urusan pejabat. Pen laser merupakan alat penunjuk yang canggih dan menarik. Pen ini memudahkan pakar komputer menjalankan kerjanya. Alat pembaca jalur berkod dapat merakamkan maklumat barangan dengan cepat. Dengan itu, maklumat tentang jenis barang, harga, dan bilangan stoknya dapat dikemaskinikan sepanjang masa. Ahli perniagaan dapat menjumlahkan jualannya dan mengemaskinikan simpanan stoknya dengan mudah. Alat pencetak laser , penyalin laser, dan mesin faksimili laser memudahkan penghantaran maklumat.
Kini, laser juga digunakan untuk tujuan hiburan. Persembahan laser melibatkan pemancaran laser ke udara untuk menghasilkan imej dan bentuk yang menarik serta berwarna-warni. Persembahan laser banyak digunakan dalam pertunjukan pentas, acara sukan, dan acara sambutan untuk menghiburkan orang ramai. Teknologi laser juga digunakan dalam peralatan audio video. Dengan itu, muncul medium penstoran data audio video seperti cakera padat (CD), cakera padat video (VCD), dan cakera video digital (DVD). Data yang distor dalam medium ini lebih banyak dan jelas berbanding dengan pita video. Jelasnya, teknik audio video yang canggih mendatangkan kemajuan kepada bidang muzik dan hiburan.
Laser kian sebati dengan kehidupan kita. Namun begitu, kita perlulah memastikan laser tidak disalahgunakan. Penggunaa laser dapat memberi manfaat yang sangat besar kepada pembangunan negara dan manusia sejagat.
Laser adalah merupakan sebuah peranti yang mengeluarkan cahaya melalui satu proses dipanggil pemancaran terangsang. Laser adalah akronim kepada LASER (Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation - Pembesaran Cahaya oleh Pancaran Sinaran yang Terangsang). Cahaya laser adalah gelombang elektromagnet nampak yang berada di dalam julat tertentu.
ReplyDeletePada masa ciptaan laser pada 1960, laser dikenali sebagai "penyelesaian mencari masaalah". Semenjak itu, ia digunakan secara meluas, digunakan dalam beribu-ribu applikasi secara meluas dalam semua bahagian dalam masyarakat moden, termasuk eletronik pengguna, teknologi maklumat, sains, perubatan, pengilangan, penguatkuasaan undang-undang dan ketenteraan. Secara umum, ia telah dianggap pencapaian teknologi paling berpengaruh dalam abad ke 20.Persoalannya,apakah faedah penggunaannya kepada manusia sejagat?
Dalam pengilangan, pemotongan laser digunakan bagi memotong keluli dan logam lain. Aras garis laser turut digunakan bagi pembinaan dan pengukuran. Laser juga digunakan bagi penunjuk pesawat. Laser juga digunakan bagi sesetengah jenis reaktor pelakuran termonuklear.Ia boleh digunakan untuk memotong bahan keras seperti intan dan titanium. Hal ini dapat menjimatkan kos dan memudahkan kerja. Misalnya, laser dapat memotong logam yang mempunyai ketebalan hingga tahap 30mm serta mampu memberikan ketepatan pada kadar lebih kurang 0.025mm. Pengggunaannya membolehkan pengusaha pengindustrian logam mendapat keuntungan yang berlipat-ganda kerana kerja pemotongan logam dapat dilakukan dengan cepat dan mudah.Pembelanjaan setiap projek dapat dikurangkan dan diggunakan dalam projek lain.
Kelebihan laser dalam pelbagai applikasi timbul daripada ciri-ciri laser seperti koheren, ketunggalan warna yang tinggi, keupayaan mencecah kuasa amat tinggi. Sebagai contoh, pancaran laser terkawal boleh ditumpu sehingga had pembelauan yang pada jarak gelombang kelihatan bersamaan dengan beberapa ratus nanometer. Ciri-ciri ini membolehkan laser merakamkan gigabyte maklumat dalam liang seni pada DVD. Ia juga membenarkan laser berkuasa serdahana ditumpukan pada keamatan tinggi dan digunakan bagi memotong, membakar atau juga mempeluwap jisim. Sebagai contoh, laser neodymium yttrium aluminium garnet (Nd:YAG) frekuensi berkembar (frequency doubled) memancarkan 532 nanometer cahaya (hijau) pada output 10 watt secara teori mampu mencapai kekuatan megawatt per sentimeter persegi. Secara sebenar bagaimanapun, penumpuan sempurna cahaya pada had pembelauan adalah amat sukar.
Dalam eletronik kepenggunaan, telekomunikasi, dan komunikasi data, laser digunakan sebagai pemancar dalam komunikasi optik melalui gentian optik dan ruang bebas. Laser digunakan bagi menyimpan dan mengambil data daripada cakera padat dan DVD, termasuk juga sebagai cakera magneto-optik. Paparan cahaya laser (gambar) mengiringi banyak konsert muzik.
Dalam sains, laser digunakan dalam pelbagai variati teknik interferometri, dan bagi spektroskopi Raman dan penguraian spektroskopi menggunakan laser. Kegunaan lain termasuk pengesan jarak jauh atmosfera, dan kajian fenomena optik tidak lurus. Teknik holografik menggunakan laser turut menyumbang kepada pelbagai teknik ukuran. Laser juga telah digunakan di atas kapal angkasa saintifik Cassini-Huygens.
Dalam perubatan, skalpel laser digunakan bagi laser pembetulan penglihatan dan teknik pembedahan lain. Laser juga digunakan bagi prosedure dermatologi termasuk menghilangkan tatu, tanda lahir, dan rambut; jenis laser yang biasa digunakan oleh dermatologi termasuk delima (694 nm), alexandrite (755 nm), denyutan diod tersusun (810 nm), Nd:YAG (1064 nm), Ho:YAG (2090 nm), dan Er:YAG (2940 nm).
Kesipulannya,laser memang membawa kebaikan yang berbagai-bagai kepada kita,manusia.Oleh itu,kita harus menghargai apa yang dimiliki dan mengubahsuaikan teknologi untuk memimpin negara kita ke ambang kecemerlangan.