PANDUAN MEMBUAT KERJA RUMAH

Salam Sejahtera. Ruangan ini khas untuk pelajar-pelajar menjawab secara online setiap kerja rumah yang cikgu paparkan. Kerja rumah yang dipaparkan di ruangan ini biasanya akan diberi ketika cuti sekolah dan cuti umum. Selamat menjawab.

Monday, September 21, 2009

KERJA RUMAH HARI RAYA 1 (PU2B2)

Setiap pelajar dikehendaki memilih 3 Dasar Luar Malaysia (yang berlainan). Sila nyatakan Dasar Luar tersebut serta maklumat ringkas Dasar Luar tersebut.

Contoh:
Pergerakan Negara – Negara Berkecuali (NAM)

NAM telah ditubuhkan pada bulan September 1961 semasa kemuncak Perang Dingin. Ahlinya merupakan negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan. Anggotanya terdiri daripada 113 buah negara, manakala 16 buah negara sebagai pemerhati dan 28 buah negara merupakan tetamu jemputan.

Matlamat utama penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok Barat atau blok komunis. Malaysia telah menganggotai pertubuhan ini pada tahun 1970, iaitu selepas berlakunya pertukaran Dasar Luar Malaysia daripada dasar pro-Barat dan antikomunis kepada dasar berbaik-baik dengan semua negara.

Prinsip perjuangan NAM adalah mengelakkan campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara, menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman serta menghormati hak asasi manusia. Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi pada tahun 1987, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membela kepentingan negara-negara yang sedang membangun. Anataranya termasuklah isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika. Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare (Zimbabwe), Malaysia telah menegmukakan cadangan bagi menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan. Pada tahun 1989, Malaysia telah diberikan penghormatan apabila dipilih sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia. Malaysia juga telah dilantik sebagaih ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota. Di samping itu, Malaysia juga telah berjaya menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM yang ke – 13 pada tahun 2003. siding kemuncak ini mencatatkan penyertaan tertinggi dengan kehadiran 63 negara ahli, iaitu Timur Leste dan Pulau Catalina. Pada masa yang sama, sidang ini berjaya menganjurkan satu mesyuarat tidak rasmi OIC. Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha menghidupkan kembali NAM dan pernyataan bersama telah dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.

2 comments:

  1. A) KOMANWEL

    1.diwujudkan daripada Konferen Imperial pada tahun 1920-an.
    2.ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1931 yang dianggotai negara merdeka yang pernah dijajah oleh Britain.
    3.Komanwel terdiri daripada enam benua iaitu Eropah,Amerika Utara,Amerika Selatan ,Afrika,Asia,Australia dan Ocenia.


    MATLAMAT

    1.mengeratkan kerjasama politik,ekonomi dan sosial.
    2.mengadakan perhubungan erat dalam bidang sukan seperti Sukan Komanwel (SUKOM) pada tahun 1998.
    3.membantu negara ahli yang mempunyai masalah sosial, ekonomi dan politik


    HUBUNGAN MALAYSIA DAN KOMANWEL

    1.penerimaan bantuan daripada Komanwel melalui Rancangan Colombo(bantuan teknikal dan biasiswa pendidikan).
    2.Pembabitan tentera –tentera Komanwel khasnya askar British dan Australia dalam Perang Dunia Kedua apabila Tanah Melayu diserang oleh tentera Jepun.
    3.Pembabitan tentera Komanwel (Britain,New Zealand dan Kanada) bagi menentang ancaman komunis di Tanah Melayu semasa Zaman Darurat (1948-1960).
    4.Malaysia menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun 1989.


    CABARAN

    1.Dasar-dasar yang dikenakan oleh negara-negara Komanwel khususnya dasar perdagangan memihak kepada negara-negara maju.
    2.Hubungan Malaysia dengan Komanwel,khususnya Britain menjadi renggang sejak tahun 1982 apabila bekas Perdana Menteri Malaysia ,Tun Dr. Mahathir Mohamad mengkritik perjalanan pertubuhan Komanwel.




    B) PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

    1.Ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada 24 Oktober 1945 di San Francisco, California.
    2.Ibu pejabat PBB terletak di New York,Amerika Syarikat.
    3.Perhimpunan Agung pertama PBB disertai 51 buah negara di ChurchHouse,London pada 10 Januari 1946.

    MATLAMAT

    1.mengawal keamanan dan kesejahteraan bersama dunia.
    2.mewujudkan kerjasama dan perpaduan berbentuk rundingan dan perbincangan antara negara di dunia bagi mencapai perdamaian yang lebih berkesan pada peringkat dunia.


    PENCAPAIAN
    1.memberi bantuan kepada mangsa peperangan.Antara agensi yang peka terhadap isu kesengsaraan manusia ialah FA0,UNICEF dan WHO.
    2.PBB menggunakan cara sekatan ekonomi dan perundingan diplomatik untuk menyelesaikan konflik sesama negara.
    3.Malaysia turut menghantar anggota tenteranya untuk menyertai beberapa misi pengaman di bawah panji PBB ,contohnya ke Congo ,Somalia,Iraq dan Bosnia.
    4. Berjaya mempengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikat mengundurkan peluru berpandu masing-masing semasa krisis di Cuba.
    CABARAN

    1.Kuasa veto dimiliki oleh lima buah negara besar,iaitu Britain, China ,Amerika Syarikat, Rusia dan Perancis mempunyai kuasa mutlak untuk menerima atau menolak keputusan-keputusan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan PBB.
    2.Keinginan kuasa besar untuk campur tangan dalam hal ehwal negara kecil dan lemah menyebabkan PBB diperalatkan oleh negara tertentu untuk mencapai kepentingan politik masing-masing.
    3.PBB memerlukan sumber kewangan yang besar untuk melaksanakan pelbagai operasi kemanusiaan di seluruh dunia.

    ReplyDelete
  2. PERTUBUHAN PERSIDANGAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)

    1.OIC ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1969 di Rabat ,Morocco.
    2.OIC dianggotai oleh 57 buah negara Islanm dari rantau Asia,Timur Tengah dan Afrika.
    3.Sekretariat OIC ditempatkan di Jeddah , Arab Saudi.
    4.Malaysia menjadi Pengerusi Persidangan Kemuncak OIC ke-10 sehingga bulan Oktober 2006.

    MATLAMAT

    1.mengeratkan perpaduan dan kerjasama dalam kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi,sains,sosial dan kebudayaan.
    2.memeperkukuh kerjasama dalam kalangan umat Islam bagi memelihara kehormatan,kemerdekaan dan hak bangsa.
    3.menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam usaha mendapatkan kembali tanah air mereka daripada pihak Zionis.
    4.menyelesaikan sebarang pertelingkahan yang melibatkan negara-negara Islam, misalnya peperangan Iran-Iraq
    5.menghapuskan sebarang bentuk penindasan dan penjajahan disamping bersama-sama mengembalikan keamanan di dunia ini.

    PENCAPAIAN

    1.penubuhan Universiti Islam Antarabangsa di Malaysia dan Uganda
    2.memberi bantuan kemanusiaan kepada negara-negara Islam Afrika yang menderita seperti Gambia,Papua New Guinea dan Mali.
    3.penubuhan Pertubuhan Kebudayaan ,Sains dan Pendidikan Negara-negara Islam (ISESCO) di Rabat.
    4.mengadakan Sukan Negara-negara Islam di Izmir.
    5.memberi bantuan perubatan dan kesihatan kepada negara-negara anggota Islam misalnya Malaysia pernah menghantar doktor dan petugas perubatan sukarela ke khemah pelarian Islam di Lubnan dan Afghanistan.

    CABARAN

    1.kerjasama ekonomi didapati kurang berjaya disebabkan perpecahan yang sering berlaku di Timur Tengah,khususnya di Iraq, Arab Saudi dan Afghanistan.
    2.kegagalan mencapai persetujuan mengenai dasar-dasar antarabangsa disebabkan perbezaan dan ketidakselarasan dari segi penglibatan dan masalah politik di negara-negara anggotanya.

    ReplyDelete