PANDUAN MEMBUAT KERJA RUMAH

Salam Sejahtera. Ruangan ini khas untuk pelajar-pelajar menjawab secara online setiap kerja rumah yang cikgu paparkan. Kerja rumah yang dipaparkan di ruangan ini biasanya akan diberi ketika cuti sekolah dan cuti umum. Selamat menjawab.

Wednesday, September 23, 2009

KERJA RUMAH HARI RAYA 3 (PU2B2) LARAS SAINS

Kertas 2 : Laras Sains

Soalan:
Penyakit SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) membimbangkan penduduk di negara ini. Ramai pesakit mati akibat penyakit ini, contohnya di China dan Hong Kong. Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi penyakit yang berbahaya ini agar tidak merebak ke negara kita?

1 comment:

  1. Pada masa kini,pelbagai jenis penyakit berjangkit yang timbul merebak akibatnya menyebabkan pandemik.Banyak nyawa menjadi korban akibat dijangkiti penyakit berjangkit seperti penyakit SARS pada tahun 2002.Namun terdapat langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah penularan penyakit ini.

    Antaranya ialah dengan menjaga kebersihan diri dapat mengekang penyakit ini daripada merebak. Sentiasa memastikan tangan anda bersih sebelum menyentuh bahagian muka terutamanya bahagian mulut, hidung atau mata Tangan yang tercemar dengan virus ini akan memasuki badan seseorang apabila tangan tercemar itu menyentuh mulut, hidung atau mata orang tersebut.Kerap mencuci tangan anda dengan air dan sabun antibakteria atau pencuci tangan, terutama selepas menyentuh bahagian mulut, hidung, mata atau permukaan yang berkemungkinan tercemar seperti pemegang tangga.Amalan mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari dapat juga mencegah penyakit ini kerana dapat menyingkirkan bakteria dan virus yang terdapat pada badan seseorang.

    Selain itu,setiap individu juga perlu mempraktikan etika batuk dan bersin.Penyakit SARS mudah merebak melalui batuk atau bersin.Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Bersin adalah mekanisme pertahanan diri untuk mengeluarkan bahan iritasi dari hidung.Oleh itu setiap individu mestilah menutup hidung atau mulut ketika bersin atau batuk dengan menggunakan tisu atau sapu tangan bagi menghalang bendasing,kuman atau virus daripada tersebar di udara.Segera buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan cuci tangan dengan sabun dan air.


    Seterusnya,pengambilan makanan yang bernutrisi juga penting membina sistem pertahanan badan atau antibodi yang kuat.Makanan bernutrisi tinggi dapat meningkatkan sel T atau sel kekebalan untuk melawan virus yang masuk ke dalam badan.Pengambilan sumber vitamin C seperti oren dan jambu juga berfungsi menjaga sistem antibodi seseorang disamping juga berfungsi sebagai bahan antioksida.Cara yang lebih adalah dengan pengambilan pil Vitamin C yang diekstrak dari sumber semulajadi Vitamin C.Pengambilan supplemen seperti Echinacea dapat meningkat penghasilan sel T untuk kegunaan badan melawan virus atau bakteria didalam badan.

    Penggunaan penutup mulut dan hidung atau mask juga berperanan penting sebagai langkah mengatasi bagi penyakit ini daripada tersebar. Virus SARS berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk). Penggunaan penutup mulut dan hidung juga membantu menghentikan penyebaran titisan cecair daripada tersebar.Kesannya membantu percikan cecair daripada memasuki mulut atau hidung mereka yang memakai mask tersebut.Penggunaan penutup mulut dan hidung jenis N95 dan jenis pembedahan (surgical mask)adalah disyorkan bagi mencegah penularan penyakit ini.


    Kesimpulannya pelbagai langkah perlu diambil bagi mencegah penularan penyakit ini agar dapat mengurangkan mangsa korban akibat penyakit ini.Setiap individu dan masyarakat haruslah berganding bahu dalam mencegah penyakit ini daripada tersebar menjadi pandemik.

    ReplyDelete