PANDUAN MEMBUAT KERJA RUMAH

Salam Sejahtera. Ruangan ini khas untuk pelajar-pelajar menjawab secara online setiap kerja rumah yang cikgu paparkan. Kerja rumah yang dipaparkan di ruangan ini biasanya akan diberi ketika cuti sekolah dan cuti umum. Selamat menjawab.

Sunday, August 23, 2009

KERJA RUMAH 1 (PU2B2)

Kerja Rumah 1 (Kenegaraan) untuk pelajar PraU2B2.

Setiap pelajar perlu memilih 5 Dasar Dalam Negara kemudian tuliskan:
1. Dasar tersebut (tajuk)
2. Info Ringkas Dasar tersebut
3. Objektif Dasar
4. Strategi

Nota: Untuk menjawab sila klik Jawapan Pelajar (di sebelah kanan bawah soalan)

Contoh Jawapan:

Dasar Ekonomi Baru (Dinamakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama @ RRJP 1)
Dibentuk selepas peristiwa rusuhan kaum (13 Mei 1969)
Tempoh pelaksanaan tahun 1971-90
Hasil cadangan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
Diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak

Objektif:
Membetulkan ketindakseimbangan ekonomi antara kaum
Capai perpaduan negara melalui pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat


Strategi
Pembangunan wilayah baru FELDA, KEJORA
Pembangunan prasarana di kawasan luar bandar (sekolah, jalan raya, komunikasi)
Menambah pemilikan modal dalam syarikat
Meningkatkan daya pengeluaran
Menubuhkan agensi pelaksana seperti MARA, UDA, Bank Rakyat dan Permodalan Nasional


Untuk menjawab sila klik
"Jawapan Pelajar"

9 comments:

  1. Saya, Muhammad Syamil memilih dasar berikut..

    1) DASAR BERSIH CEKAP DAN AMANAH.


    Info
    -Melahirkan pegawai yang memiliki etika kerja yang baik demi kemajuan kualiti hidup.

    Objektif
    -Mewujudkan etika kerja dan sikap berkhidmat demi meningkatkan kualiti hidup

    Strategi
    -Mewujudkan semua pegawai kerajaan dan anggota perkhidmatan awam untuk mengisytiharkan harta yang dimiliki.
    -Badan Pencegah Rasuah akan menyiasat pagawai-pegawai yang disyaki menerima rasuah.
    -Menyiarkan Laporan Juruaudit Negara dalam akhbar-akhbar utama untuk tatapan orang ramai.


    2) DASAR BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

    Info
    -Pelaksanaan Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia Selaras dengan usaha sama kerajaan untuk memulihkan keadaan ekonomi negara aibat kegawatan ekonomi pada tahun 1998.
    -Majlis Perdagangan Malaysia dianggotai Perdana Menteri sebagai pengerusi, menteri-menteri kabinet, pegawai tertinggi kerajaan dan pemimpin korporat yang di pilih khas.

    Objektif
    -Menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia dan menghapuskan prasangka bahawa barangan buatan Malaysia kurang bermutu berbanding barangan import.
    -Mengurangkan import barang yang boleh mneyebabkan pengaliran keluar mata wang negara.
    -Menjana sokongan rakyat bagi menggalakkan kilang tempatan membaiki mutu pengeluaran agar setanding dengan mutu barang di pasaran antarabangsa.

    Strategi
    -Meningkatkan peranan media massa dalam mengubah pemikiran rakyat terhadap mutu barangan tempatan.
    -Menanam semangat nasionalisme dan sikap bangga terhadap barangan buatan Malaysia.
    -Menggalakkan kilang tempatan meningkatkan mutu hasil keluaran.
    -Mengadakan promosi barangan tempatan di dalam dan luar negara.

    ReplyDelete
  2. 3) DASAR PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN NEGARA

    Info
    -Dasar ini dilaksanakan semasa Rancangan Malaysia ke-4

    Objektif
    -Meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi dan menyusun semula struktur dan ketidakseimbangan ekonomi.
    -Memastikan sumber-sumber negara tidak terbazir dan di gunakan secara optimum.
    -Membolehkan sektor perindusrian bersaing di peringkat antarabangsa melalui penggunaan teknologi terkini dalam organisasi.


    Strategi
    -Membaiki sistem dan organisasi kerja serta memberi latihan kepada pekerja pada semua peringkat pengurusan.
    -Menyemai sikap dan etika kerja positif dalam kalangan pekerja.
    -Memindahkan teknologi asing yang sesuai sahaja dan disesuaikan dengan keadaan negara.


    4) DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PENTADBIRAN

    Info
    -Nilai islam yang di tekankan dalam dasar ini ialah amanah, tanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana , tekun, bersih, berdisiplin, bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur.

    Objektif
    -Membentuk masyarakat yang bermaruah tinggi di kaca mata dunia.
    -Membentuk sikap positif dengan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab tanpa penyelewengan, rasuah, penindasan dan salah laku.
    -Melatih diri degan penuh disiplin dan memberi perkhidmatan yang bermutu.
    -Menubuhkan sebuah ‘NEGARA BAHAGIA’, iaitu memupuk amalan nilai-nilai murni dalam diri setiap individu tanpa membezakan agama dan keturunan.

    Strategi
    -Menerapkan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan awam sebagai jentera pelaksanaan pelbagai program dan projek demi manfaat rakyat dan negara.
    -Memberi penerangan kepada pegawai awam melalui media cetak, taklimat, dan ceramah.




    5) DASAR URBANISAI NEGARA

    Info
    -Dasar ini membantu kerajaan untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru.

    Objektif
    -Mencapai keseimbangan ekonomi antara bandar dengan luar Bandar.
    -Membentuk pola kependudukan yang sistematik dan terancang selaras dengan pembangunan sosiekonomi bandar-bandar.
    -Mewujudkan bandar berbeza saiz dan fungsinya serta mewujudkan bandar-bandar baharu.

    Strategi
    -Memastikan pembangunan bandar lebih seimbang dari segi pembangunan fizikal,komposisi penduduk mengikut kaum dan sumber ekonomi.
    -Penyediaan pelan-pelan struktur Bandar sebagai garis panduan pembangunan dan pembaharuan sesebuah Bandar.
    -Mempercepat proses pembandaran di kawasn luar Bandar melalui penyediaan peluang pekerjaan baharu berdasarkan sumber sedia ada.
    -Mempercepat pembangunan Bandar di kawasan rancangan pembagunan wilayah
    -Pengelompokan kampung-kampung untuk mewujudkan sebuah Bandar bagi perindustrian kecil, perniagaan dan pertanian komersial.

    ReplyDelete
  3. DASAR INTEGRASI NASIONAL

    1.Dasar Integrasi Nasional merujuk penyatuan masyarakat dan pengwujudkan semangat Patriotisme
    2.Dasar ini juga mempunyai matlamat untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan pelbagai kaum untuk mengeratkan silaturahim dan pembangunan negara

    OBJEKTIF

    1.menjaga keamanan negara
    2.mengelakkan sifat asabiyah (perkauman) demi kemajuan Negara.
    3.menggunakan kebudayaan yang sesuai untuk diamalkan oleh semua kaum
    4.meningkatkan toleransi dan saling mempercayai antara kaum.

    STRATEGI

    1.mewujudkan Rukun Tetangga dan perjumpaan kaum di setiap taman perumahan
    2.mengadakan sambutan kongsi raya untuk menggalakkan setiap masyarakat berbilang kaum memahami kebudayaan.
    3.mengawasi kumpulan subversif dan fanatic agama yang mencuba memecah belah perhubungan baik masyarakat.
    4.menggunakan bahasa Malaysia untuk menggalakkan komunikasi.

    DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)

    1.DKK meliputi cara hidup masyarakat setempat yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum
    2.DKK berusaha menjadikan budaya yang sama, seimbang dan praktikal untuk semua kaum.
    3.Berdasarkan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

    OBJEKTIF

    1.mengukuhkan perpaduan bangsa dengan mengamalkan budaya kongsi.
    2.memelihara keperibadian kebangsaan rakyat berbilang kaum.
    3.meningkatkan kualiti hidup manusia tanpa was-was
    4.menekankan kerohanian dan pembangunan sosioekonomi

    STRATEGI
    1.mengalakkan kongsi raya
    2.Mengadakan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui pertunjukan ,penyelidikan,pendidikan dan perhubungan
    3.membina kompleks Budaya Negara bagi mengurus perhubungan budaya antarabangsa
    4.Majlis Kebudayaan Negeri dan universiti tempatan menyediakan khidmat nasihat bagi membantu mempromosikan aktiviti kebudayaan

    DASAR MEMBELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA

    1.Dasar ini menggalakkan pengekportan dan mengeksposisi kemampuan negara dalam menghasilkan barangan sendiri.

    OBJEKTIF

    1.membangunkan sektor perindustrian negara.
    2.menggalakkan masyarakat untuk mengutamakan barangan keluaran tempatan.
    3.mengurangkan pengaliran keluar mata wang.
    4.membuktikan barangan tempatan lebih bermutu.

    STRATEGI

    1.meningkatkan cukai eksais ke atas barangan import.
    2.meningkatkan promosi barang tempatan di dalam dan luar Negara
    3.meningkatkan semangat kekitaan seperti negara Jepun untuk menggunakan barangan tempatan
    4.mengiklankan kepentingan dan mutu barangan tempatan melalu media
    5.menggalak pengusaha tempatan membuat barangan tempatan yang lebih bermutu.

    ReplyDelete
  4. DASAR PENSWASTAAN

    1.dilancarkan pada tahun 1983 bertujuan untuk menyokong Dasar pensyarikatan Malaysia
    2.memainkan peranan penting dengan memindahkan pelbagai fungsi dan tanggungjawab sector awam kepada sektor swasta.
    3.melalui dasar tersebut, bilangan penyertaan bumiputera telah meningkat

    OBJEKTIF

    1.bertujuan untuk meningkatkan mutu produktiviti dan kecekapan pentadbiran negara.
    2.mengurangkan beban kewangan dan mengatasi masalah pentadbiran kerajaan
    3.meningkatkan kualiti kecekapan dan daya saing antara sektor swasta dan sektor awam.
    4.bermatlamat untuk mempergiatkan pertumbuhan ekonomi melalui program komersial.

    STRATEGI

    1.menjalankan penswastaan secara berperingkat-peringkat
    2.menggubal Pelan Induk Perswastaan untuk menjalankan program penswastaan secara efektif.
    3.Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi memainkan peranan penting menubuhkan Jawatankuasa Penswastaan
    4.penyelidikan akan dilakukan oleh Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (UPP) dan Unit Perancangan Ekonomi (UPE) di Jabatan Perdana Menteri.

    DASAR TELEKOMUNIKASI NEGARA (DTN)

    1.salah satu usaha untuk membangunkan negara dalam sektor awam atau sektor swasta menggunakan IT.
    2.membangunkan aplikasi dan infrastruktur IT dalam program perkhidmatan awam
    3.mewujudkan perkongsian pintar dalam bidang IT antara sektor awam dengan sektor swasta.
    4.kerajaan ingin menjadikan negara Malaysia maju dalan teknologi maklumat setanding negara maju melalui Dasar Telekomunikasi

    OBJEKTIF

    1.menyediakan rangka kerja dasar bagi mengatasi perkembangan teknologi.
    2.memantau semua program pembaharuan yang melibatkan penggunaan IT
    3.melahirkan masyarakat yang bermaklumat selaras dengan Wawasan 2020
    4.mewujudkan saluran perhubungan formal di bandar dan luar bandar
    5.meningkatkan kemampuan penyelidikan dan poembangunan (R&D) dalam bidang komunikasi.

    STRATEGI

    1.menubuhkan Majlis Telekomunikasi Negara
    2.menubuhkan Jawatan IT dan Internet Kerajaan (JITIK)
    3.menubuhkan INFOSOC
    4.meningkatkan daya saing dengan negara maju.
    5.mengurangkan kadar tarif bagi perkhidmatan telekomunikasi.

    ReplyDelete
  5. DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA
    -Untuk menggalakkan kemasukan pelabur
    -Memberi tumpuan dan memesatkan perusahaan sektor-sektor yang dikenal pasti

    OBJEKTIF
    -Mengoptimumkan penggunaan sumber asli
    -Meningkatkan penyelidikan & pembangunan (R&D) dalam sektor perindustrian

    STRATEGI
    -Memilih dan memajukan industri berat terpilih
    -Membangunkan sistem perkhidmatan maklumat dan sistem galakan perindustrian
    -Membangunkan teknologi dan sumber tenaga manusia mahir melalui latihan

    DASAR PENSYARIKATAN MALAYSIA
    -Diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir
    -Dibentuk pada 1983 semasa negara dilanda kemelesetan ekonomi

    OBJEKTIF
    -Memupuk kerjasama erat antara sektor awam dan sektor swasta
    -Menjalin persefahaman deangan menggalakkan perkongsian maklumat antara sektor awam dan sektor swasta
    -Meningkatkan faedah sektor awam dan sektor swasta

    STRATEGI
    -Memberi ceramah kepada pegawai kerajaan di setiap jabatan
    -Menubuhkan Panel Perundingan di setiap agensi pelaksana kerajaan
    -Penubuhan Jawatankuasa Pensyarikatan Malaysia dan Majlis Perdagangan Malaysia

    DASAR PENSWASTAAN
    -Memberi penekanan kepada sektor swasta dalam pembangunan ekonomi Malaysia

    OBJEKTIF
    -Mengurangkan beban kewangan kerajaan
    -Mempercepat pertumbuhan ekonomi
    -Meningkatkan mutu perkhidmatan

    STRATEGI
    -Penswastaan agensi-agensi kementerian secara berperingkat
    -Penubuhan Unit Perancang Ekonomi
    -Penggubalan Pelan Induk Penswastaan dan Pelan Tindakan Penswastaan

    ReplyDelete
  6. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
    -Merupakan asas gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan apda tahun 1971
    -Mementingkan sifat-sifat murni dan menolak unsur-unsur Barat yang bertentangan dengan budaya bangsa Malaysia

    OBJEKTIF
    -Mewujudkan kebudayaan bersifat kemalaysiaan
    -Memupuk dan memelihara identiti kebangsaan
    -Mempertingkatkan kualiti kehidupan dengan mengimbangi kerohanian dengan pembangunan fizikal negara

    STRATEGI
    -Meningkatkan taraf dan kualiti kesenian
    -Memperbanyak pertunjukan kebudayaan
    -Memupuk kesedaran dan perasaan menghormati kebudayaan etnik Malaysia
    -Menyelidik, memulih dan memelihara kebudayaan


    DASAR KEPENDUDUKAN NEGARA
    -Malaysia berhasrat mencapai bilangan penduduk berjumlah 70 juta orang dalam tempoh 115-120 tahun yakni menjelang 2100
    -Diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir

    OBJEKTIF
    -Jumlah penduduk yang banyak menyediakan permintaan dan pasara untuk perkembangan industri tempatan
    -Menyediakan sumber tenaga manusia dan meningkatkan daya pengeluaran negara
    -Menjamin perkembangan ekonomi dan sosial negara

    STRATEGI
    -Meningkatkan jumlah kadar kesuburan
    -Menggunakan tanah dan sumber lain secara optimum bagi menjamin bekalan makanan mancukupi
    -Membina lebih banyak rumah untuk menampung pertambahan penduduk
    -Menyediakan peluang pekerjaan dan latihan yang mencukupi

    ReplyDelete
  7. Selamat Sejahtera cikgu…
    Saya Pavitra telah memilih 5 dasar berikut:
    1.) DASAR PANDANG KE TIMUR

    Info
    - dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kelima (1986 – 1990)
    - diwujudkan kerana berlaku kemelesetan ekonomi dan perkembangan ekonomi yang lembap.

    Objektif
    - meningkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan negara
    - mewujudkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif
    - membangunkan sumber tenaga manusia yang memiliki etika kerja yang tinggi dan produktif
    - menjalin hubungan perdagangan dengan negara-negara Timur tanpa mengabaikan negara-negara Barat.

    Strategi pelaksanaan
    - mengadakan lawatan ke Korea Selatan dan Jepun mewujudkan kerjasama yang lebih rapat dalam bidang ekonomi, perindustrian, latihan teknikal, program pembangunan eksekutif dan penyelidikan serta pengurusan.
    - penghantaran pegawai dan pelajar ke Korea Selatan dan Jepun untuk mempelajari selok-belok teknikal dan aspek pengurusan.

    2.) DASAR BERSIH CEKAP DAN AMANAH

    Info
    - dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kelima (1986 – 1990)
    - diwujudkan kerana berlaku kemelesetan ekonomi dan perkembangan ekonomi yang lembap.

    Objektif
    - mewujudkan etika kerja dan sikap berkhidmat demi meningkatkan kualiti hidup

    Strategi pelaksanan
    - mewajibkan semua pegawai kerajaan dan anggota perkhidmatan awam untuk mengistiharkan harta yang dimiliki
    - Badan Pencegah Rasuah akan menyiasat pegawai-pegawai yang disyaki menerima rasuah
    - menyiarkan Laporan Juruaudit Negara dalam akhbar-akhbar utama untuk tatapan orang ramai
    - menghantar pegawai-pegawai ke luar negara unutk melanjutkan pelajaran

    ReplyDelete
  8. 3.) DASAR PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN NEGARA

    Info
    - dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kelima (1986 – 1990)
    - diwujudkan kerana berlaku kemelesetan ekonomi dan perkembangan ekonomi yang lembap.

    Objektif
    - meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi dan menyusun semula struktur dan ketidakseimbangan ekonomi
    - memastikan sumber-sumber negara tidak terbazir dan digunakan secara optimum
    - membolehkan sektor perindustrian bersaing di peringkat antarabangsa melalui penggunaan teknologi terkini dalam organisasi

    Strategi pelaksanaan
    - membaiki sistem dan organisasi kerja serta member latihan kepada pekerja pada semua peringkat pengurusan
    - memindahkan teknologi asing yang sesuai sahaja dan disesuaikan dengan keadaan negara
    - menyemai sikap dan etika kerja positif dalam kalangan pekerja

    4.) DASAR SOGOSHOSHA MALAYSIA

    Info
    - dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 – 2000)
    - lanjutan daripada RMK – 6, menekankan penyediaan prasarana yang perlu bagi menyediakan negara menghadapi cabaran pada abad ke -21 serta mengubah pemikiran rakyat ke arah cara hidup ketimuran.

    Objektif
    - mengalakkan eksport barang kepada pengguna tradisional dan pengguna baharu
    - mengalakkan pelaburan usaha sama untuk meluaskan peluang pasaran antarabangsa
    - mengalakkan pemindahan teknologi dan pengetahuan melalui usaha sama antara pelabur tempatan dengan pelabur asing
    - memajukan eksport dan meningkatkan pendapatan negara

    Strategi pelaksanaan
    - member I galakan kredit unutk membantu syarikat melaksanakan kegiatan eksport.
    - member pengecualian cukai kepada pengusaha eksport
    - penubuhan Pejabat Perusahaan Perdagangan Malaysia untuk member khidmat sokongan kepada syarikat yang terlibat.









    5.) DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

    Info
    - dasar-dasar sosial yang diwujudkan untuk mewujudkan bagi memupuk perpaduan dalam kalanagan masyarakat.

    Objektif
    - mewujudkan kebudayaan bersifat kemalaysiaan bagi memupuk perpaduan negara
    - memupuk dan memelihara identity kebangsaan
    - mempertingkatkan kualiti kehidupan dan mengimbangi kerohanian dengan pembangunan fizikal negara

    Strategi Pelaksanaan
    - meningkatkan taraf dan kualiti kesenian melalui kerjasama penyelidikan, pendidikan dan hubungan budaya
    - memperbaiki pertunjukan kebudayaan untuk memupuk perasaan bangga selain menarik minat masyarakat terhadap aktiviti kebudayaan
    - memupuk kesedaran dan perasaan menghormati etnik Malaysia bagi membangkitkan semangat nasionalisme Malaysia
    -menyelidik, memulih dan memelihara kebudayaan agar tidak hilang ditelan zaman.

    ReplyDelete