PANDUAN MEMBUAT KERJA RUMAH

Salam Sejahtera. Ruangan ini khas untuk pelajar-pelajar menjawab secara online setiap kerja rumah yang cikgu paparkan. Kerja rumah yang dipaparkan di ruangan ini biasanya akan diberi ketika cuti sekolah dan cuti umum. Selamat menjawab.

Monday, August 24, 2009

KERJA RUMAH 4 (PU2B2) KEFAHAMAN

KERTAS 2 (KEFAHAMAN) - Petikan Laras Sastera

Petikan Laras Sastera
"Pembasmian kemiskinan wajib dijadikan sasaran utama dalam usaha besar menangani ketidakseimbangan pencapaian sosioekonomi negara demi memastikan nasib warga terbela, landasan sosioekonomi negara kukuh, perpaduan dan kestabilan negara dikekalkan dan ekonomi negara terus dibangunkan"
(Petikan ucapan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
ketika membentangkan usul RMK-9 di Dewan Rakyat
Berita Harian, 1 April 2006)
Soalan:
(a) Mengapa kemiskinan harus dibasmi?
(b) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membasmi kemiskinan di negara kita.

3 comments:

  1. (a) Kemiskinan harus dibasmi untuk mengimbangi taraf kehidupan rakyat berdasarkan matlamat dan dasar kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang produktif seterusnya mengukuhkan ekonomi negara.
    (b) Antara langkahnya ialah melatih golongan ini dalam bidang kemahiran.Dengan ini, mereka boleh mendapat kerja yang tetap dengan berbekalkan kemahiran yang ada. Selain itu, pihak kerajaan perlu memberi pendedahan tentang peluang perniagaan yang boleh diceburi oleh golongan ini disamping bantuan kewangan.Hal ini kerana bidang perniagaan tidak terlalu bergantung kepada mana-mana pihak tetapi bergantung kepada strategi dan pengurusannya sendiri.

    ReplyDelete
  2. (a) Kemiskinan harus dibasmi untuk menaikkan taraf hidup masyarakat seiring dengan kemajuan dan perpaduan negara.
    (b)Antara langkahnya ialah pihak kerajaan perlu memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat.Hal ini perlu kerana mereka perlu berdikari di samping dapat menaikkan taraf hidup mereka.Selain itu,kerajaan boleh menjalankan kempen untuk kesedaran masyarakat.Hal ini kerana mereka akan menyedari bahawa mereka perlu berusaha dalam membasmi kemiskinan daripada berleluasa untu kehidupan mereka dan negara.

    ReplyDelete
  3. (a) Kemiskinan harus dibasmi untuk besar menangani ketidakseimbangan pencapaian
    sosioekonomi negara demi memastikan nasib warga terbela dan memastikan kestabilan
    ekonomi negara stabil.

    (b) Antara langkahnya adalah memberikan latihan kemahiran kepada golongan
    ini.Berbekalkan kemahiran yang mereka pelajari dapat membuka peluang pekerjaan
    kepada mereka lebih banyak.Selain itu bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
    kepada golongan rakyat yang miskin.Dengan bantuan yang diberikan bukan sahaja dapat
    menampung kehidupan seharian mereka malah boleh menyebabkan mereka terlibat
    dalam dunia perniagaan .

    ReplyDelete