PANDUAN MEMBUAT KERJA RUMAH

Salam Sejahtera. Ruangan ini khas untuk pelajar-pelajar menjawab secara online setiap kerja rumah yang cikgu paparkan. Kerja rumah yang dipaparkan di ruangan ini biasanya akan diberi ketika cuti sekolah dan cuti umum. Selamat menjawab.

Monday, August 24, 2009

KERJA RUMAH 3 (PU2B2) LARAS SAINS

KERTAS 2 (LARAS SAINS)

Soalan:
Kaum wanita sanggup berbelanja besar semata-mata untuk kelihatan cantik. Justeru, pelbagai produk terbaharu khasnya pil pelangsing laris di pasaran. Ia merupakan salah satu teknik yang digunakan untuk kelihatan langsing. Nyatakan kesan pil pelangsing dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya.

2 comments:

  1. Sudah menjadi fitrah semula jadi setiap wanita ingin kelihatan cantik dan memiliki bentuk tubuh yang menarik. Kebanyakan wanita beranggapan bahawa tubuh yang langsing melambangkan kecantikan dan kejayaan seseorang individu. Dengan penampilan sebegitu mereka lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat umum.Walaubagaimanapun terdapat kesan pil pelangsing ini terhadap penggunanya.

    Kesan yang boleh didapati ialah menghilangkan selera makan.Otak manusia mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semula jadi yang mengawal pemikiran, pergerakan dan fungsi organ-organ lain. Sesetengah ubat pelangsing badan bertindak dengan meningkatkan paras kimia ini terutama serotonin dan dopamine yang merencat selera makan. Ini akan mengakibatkan seseorang itu kurang makan dan akhirnya berat badan akan susut. Contoh-contoh ubat adalah fendimetrazin tartrate, metamfetamin dan fentermin bagi jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang pula ialah sibutramin.Justeru akan membawa kepada insomnia, mengalami mimpi ngeri, keresahan dan keletihan kepada badan.

    Selain itu,pil pelangsing juga boleh mengubah metabolisma lemak badan.Hal ini kerana enzim lipase dari pancreas bertindak memecahkan lemak dalam makanan dan menjadikannya molekul yang lebih kecil iaitu asid lemak dan gliserol dan seterusnya menyerap ke dalam usus kecil. Terdapat ubat pelangsing badan yang dapat menghalang sebahagian enzim ini daripada bertindak memecahkan lemak dan seterusnya ia akan keluar dari badan melalui najis. Dengan ini hanya sedikit kalori terhasil dan berat badan dapat dikawal.Contoh ubat ini adalah orlistat (Xenical) atau tetrahidrolipstatin.Hal ini akan menyebabakan kekejangan pada bahagian perut, cirit birit dan tidak dapat mengawal pembuangan najis.

    Oleh itu langkah yang boleh di ambil ialah perlulah rajin bersenam selalu.Senaman sekurang-kurangnya boleh dilakukan selama 20 minit sehari.Hal ini boleh mengurangkan lemak dalam anggota badan di samping dapat mengekalkan gaya hidup yang sihat.Justeru kaum wanita tidak perlu mengambil risiko dalam mengambil pil pelangsing.

    Langkah yang lain pula ialah menghindari makanan yang tidak berfaedah.
    Hindari makanan seperti makanan berminyak, makanan berpengawet dan mengandung gula.Makanan seperti ini yang akan menambah kalori dalam darah. Contohnya, sebutir kentang rebus yang hanya mengandung 50 kalori yang kaya akan serat dan vitamin.Justeru ini akan mambawa kepada kegemukan dalam badan wanita.

    Kesimpulannnya,pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk melangsingkan badan selain mengambil pil pelangsing.Hal ini kerana pil pelangsing boleh memudaratkan kepada penggunanya sehingga boleh membawa maut.

    ReplyDelete
  2. Pada masa kini terdapat pelbagai produk pelangsingan badan dihasilkan oleh syarikat kosmetik.Produk ini menjadi kegilaan ramai terutamanya kaum wanita kerana mahu kurus dan memiliki tubuh badan yang cantik.Namun terdapat beberapa kesan negatif pengambilan pil pelangsing terutamanya kepada pengambil pil ini.

    Antara kesan negatif pengambilan pil pelangsing adalah boleh menghilangkan selera makan. Otak manusia mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semula jadi yang mengawal pemikiran, pergerakan dan fungsi organ-organ lain. Sesetengah ubat pelangsing badan bertindak dengan meningkatkan paras kimia ini terutama serotonin dan dopamine yang merencat selera makan. Ini akan mengakibatkan seseorang itu kurang makan dan akhirnya berat badan akan susut.Contoh-contoh ubat adalah dietilpropion, mazindol, benzfetamin dan fenil propanolamin.Kesan akan menyebabkan pengguna mengalami insomnia, mengalami mimpi ngeri, keresahan, lekas marah, keletihan, kemurungan, mulut kering, anoreksia, kekejangan pada kawasan perut, gangguan gastro, pening, gementar, masalah koordinasi, berpeluh, palpitasi, degupan jantung kencang, tekanan darah menjadi tinggi atau menurun, gangguan libido, impoten, kerosakan hati, jantung, penggantungan atau ketagihan dan tindakbalas psikotik termasuk skizofenia.

    Selain itu,akan memberi kesan negatif dengan mengubah metabolisme lemak badan pengambil pil pelangsing.Enzim lipase dari pankreas bertindak memecahkan lemak dalam makanan dan menjadikannya molekul yang lebih kecil iaitu asid lemak dan gliserol dan seterusnya menyerap ke dalam usus kecil. Terdapat ubat pelangsing badan yang dapat menghalang sebahagian enzim ini daripada bertindak memecahkan lemak dan seterusnya ia akan keluar dari badan melalui najis. Dengan ini hanya sedikit kalori terhasil dan berat badan dapat dikawal.Contoh bahan yang digunakan adalah orlistat (XenicalĂ’) atau tetrahidrolipstatin.Kesannya akan menyebabkan pengambil pil pelangsing mengalami kekejangan pada bahagian perut, cirit birit, gangguan usus, tidak dapat mengawal pembuangan najis atau lelehan najis berminyak..

    Disebalik itu langkah yang perlu diambil adalah dengan mengamalkan gaya pemakanan seimbang. Sebaiknya banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian. Buah-buahan dan sayuran yang rendah kalori dan mengandungi banyak serat boleh mengenyangkan perut dengan cepat Pengambilan makanan yang disarankan ialah 40 peratus protein, 30 peratus lemak dan 30 peratus karbohidrat. Kalori yang rendah pada diet ini akan membuatkan berat badan menurun. Selain itu, anda juga perlu menghindari beberapa makanan yang lain seperti coklat, kek, ais krim, gula-gula, makanan bergoreng, kekacang, minuman ringan dan beralkohol serta jeruk.Makanan yang berasaskan karbohidrat seperti nasi, lontong, mihun, biskuit dan pasta juga tidak boleh diambil secara berlebihan.Pengambilan makanan berasaskan karbohidrat yang berlebihan akan menyebabkan ianya tersimpan didalam badan sebagai lemak dan juga boleh menyebabkan kencing manis kerana karbohidrat yang berlebihan bertukar kepada glukosa.

    Disamping itu perlulah rajin melakukan senaman sekurang-kurang seminngu sekali.Setiap minggu mesti memperuntukkan waktu sekurang-kurangnya 20 minit untuk melakukan senaman.Senaman penting kerana proses penghasilan haba melalui pembakaran kalori daripada lemak biasanya berlaku apabila kita bersenam.Dengan itu lemak yang berlebihan didalam badan dapat dihilangkan secara semulajadi.Selain itu,dapat mengubah metabolisme badan agar kadar metabolisme seseorang yang lambat dapat dipercepatkan.Oleh itu kaum hawa tidak perlu mengambil pil pelangsingan badan dengan senaman sudah memadai untuk menguruskan badan dan dapat juga menjaga kesihatan kardiovaskular.

    Natijahnya,pengambilan pil pelangsing lebih banyak membawa kepada keburukan daripada kebaikan.Sekiranya seseorang itu tetap ingin mencuba pil pelangsing, nasihat doktor dan ahli farmasi diperlukan agar dapat disarankan pil pelangsing yang tiada mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya.

    ReplyDelete