PANDUAN MEMBUAT KERJA RUMAH

Salam Sejahtera. Ruangan ini khas untuk pelajar-pelajar menjawab secara online setiap kerja rumah yang cikgu paparkan. Kerja rumah yang dipaparkan di ruangan ini biasanya akan diberi ketika cuti sekolah dan cuti umum. Selamat menjawab.

Monday, August 24, 2009

KERJA RUMAH 2 (PU2B2) LARAS SASTERA

KERTAS 2 (LARAS SASTERA)

Semua pelajar Pu2B2 dikehendaki menjawab soalan laras sastera di bawah dengan lengkap (mengikut format esei sebenarnya)

Soalan:
Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA berpotensi menyatupadukan ekonomi antara Malaysia dengan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, perjanjian ini dianggap sangat merugikan negara kita. Bincangkan kesan keburukan yang mungkin dihadapi oleh negara apabila FTA diimplementasikan.

2 comments:

  1. Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA ialah sejenis perjanjian ekonomi dua hala antara negara-negara yang terlibat .Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA Malaysia dengan Amerika Syarikat telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO).Akhirnya perjanjian dibatalkan kerana dilihat lebih banyak membawa kebaikan kepada Amerika Syarikat.

    Namun terdapat kebaikan jika Perjanjian Perdagangan Bebas antara Malaysia dengan Amerika Syarikat.Antaranya ialah tarif pada barang Malaysia akan dihapuskan atau dikurangkan menyebabkan produk terbabit seperti perabot dan tekstil menjadi murah dan mampu dibeli lebih banyak.Oleh itu akan memberi kesan baik kepada rakyat Malaysia khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah untuk mampu membeli barangan Malaysia pada harga yang murah.Kadar kemiskinan di negara ini juga dapat dikurangkan kerana taraf hidup menjadi sederhana kesan daripada penurunan atau penghapusan tariff barang Malaysia.


    Selain itu, perdagangan Malaysia meningkat maju sekiranya FTA dimeterai. FTA akan menambah perdagangan dan FDI, sekali gus meningkatkan daya saing negara pada peringkat global, mewujudkan sistem ekonomi cekap, meningkatkan pembangunan dan penyelidikan serta inovasi serta akhirnya meningkatkan taraf hidup. Sekurang-kurangnya lebih ramai ahli politik dan perniagaan Amerika didedahkan kepada kepentingan memupuk perdagangan dan pelaburan di Malaysia sebagai rakan rantau yang penting.Malaysia memerlukan FTA kerana perlu bersaing. Paksaan untuk bersaing dengan negara maju menyebabkan negara terpaksa meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan supaya berjaya mencapai tahap global.

    Di sebalik kebaikan FTA terdapat beberapa keburukan jika FTA antara Malaysia dengan Amerika Syarikat dimeterai.Antara keburukannya ialah dari segi sektor pertanian tempatan akan terjejas. Pada masa ini petani Malaysia diberikan subsidi untuk menghasilkan tanaman dan menjualnya dengan harga berpatutan. Hasil tanaman dari luar negara dikenakan tarif import untuk melindungi petani daripada kerugian. Selepas FTA, petani akan kerugian apabila tarif tanaman luar negara akan dikurangkan. Malaysia akan dibanjiri oleh hasil tanaman AS yang amat murah berbanding dengan harga tanaman Malaysia. Petani Malaysia akan mengalami kerugian tinggi dan tidak dapat bertani lagi. AS menggunakan teknologi tinggi dan memberi subsidi tinggi kepada pertanian mereka. Oleh itu, harga tanaman tempatan tidak boleh bersaing dengan harga tanaman AS yang sangat murah.Kesannya petani di Malaysia akan mengalami kerugian yang tinggi dan kehilangan pendapatan bulanan yang biasa mereka dapat.

    Disamping itu akan memberi kesan negatif kepada pekerja tempatan. Kerajaan AS mahu semua tarif Malaysia ke atas produk perkilangannya dikurangkan kepada sifar. Apabila tarif menjadi sifar, barangan yang dikeluarkan oleh AS akan menjadi lebih murah dan memberi saingan sengit kepada barangan keluaran tempatan. Maka banyak kilang kecil dan sederhana tempatan akan kehilangan pasaran dan akhirnya menghadapi kesukaran beroperasi. Selepas itu, banyaklah pekerja kehilangan pekerjaan.Kerajaan Malaysia juga akan kehilangan pendapatan negara kesan daripada penghapusan tarif kepada Amerika Syarikat.

    Ironinya,terdapat beberapa kebaikan dan keburukan jika Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA antara Malaysia dengan Amerika Syarikat dipersetujui oleh kerajaan.Kerajaan hendaklah berfikir semasak-masaknya agar negara mendapat kesan positif daripada perjanjian tersebut dan seterusnya memberi faedah kepada rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA)dan pada 8 Mac 2006, ia melancarkan rundingan bagi FTA dengan Amerika Syarikat (AS).Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA ialah sejenis perjanjian ekonomi dua hala antara negara-negara yang terlibat .Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA Malaysia dengan Amerika Syarikat(AS) telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO).

    Walaubagaimanapun terdapat kebaikan FTA ini, antaranya ialah keuntungan ekonomi negara kita berlipat ganda. Hal ini dapat dibuktikan melalui statistik pada tahun 2005 iaitu perdagangan kita dengan AS berjumlah AS$44 bilion. Dari segi pertumbuhan eksport kita ke AS menunjukkan antara 2002-2006, ia mengalami pengembangan sebanyak 50 peratus iaitu daripada AS$24 bilion kepada AS$36 bilion.Justeru negara kita akan berkembang pesat dan dapat bersaing dengan negara besar.

    Selain itu,pembukaan pasaran kita akan memperhebat persaingan dalam negara, menurunkan harga barang keperluan, membawa masuk lebih banyak pelaburan antarabangsa, dan mencipta pelbagai peluang pekerjaan. Semua ini baik untuk rakyat. Malaysia Think Tank London baru-baru ini mengeluarkan satu laporan bertajuk “Menghapuskan Sekatan Perdagangan: satu tuntutan moral”. Laporan ini ditulis oleh Professor Julian Morris, pengarah eksekutif International Policy Network yang berpusat di London. Laporan tersebut menyatakan bahawa sekatan perdagangan adalah salah dari segi moral.

    Namun benyak kesan buruk perjanjian ini, antaranya ialah perjanjian ini akan membuka ruang liberalisasi perdagangan lebih luas dengan AS.Liberalisasi perdagangan dalam bidang perkhidmatan seperti perbankan, insurans, pengangkutan dan pendidikan, pelaburan, kesihatan, pembekalan dan pembinaan, pertanian, harta intelektual dan banyak lagi memungkinkan syarikat tempatan menghadapi ancaman syarikat gergasi AS yang akan memberikan saingan dari segi daya saing, pasaran modal dan penguasaan ke atas institusi kewangan kita.

    Selain itu, bidang pemerolehan kerajaan yang selama ini dinikmati syarikat tempatan mungkin turut terjejas kerana polisi awam yang terpaksa diubah untuk memenuhi syarat perjanjian itu. Contohnya, liberalisasi perkhidmatan memungkinkan tender pembekalan kepada kerajaan terpaksa dibuka kepada syarikat AS.Justeru negara akan terpaksa menjadi telunjuk kepada AS.

    Kesimpulannya,terdapat beberapa kebaikan dan keburukan jika Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA antara Malaysia dengan Amerika Syarikat dipersetujui oleh kerajaan. Kerajaan perlu membuat keputusan yang betul untuk rakyat dan negara kita pada masa akan datang.

    ReplyDelete