Kertas 2 (Laras Sastera)
Semua pelajar Pu1F3 diwajibkan menjawab soalan laras sastera di bawah. Jawapan hendaklah mengikut format yang sebenarnya.
Soalan:
Masalah pembuangan bayi semakin hari semakin membimbangkan masyarakat. Bincangkan apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi dan kesannya akibat tindakan tersebut.
Monday, August 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cikgu,
ReplyDeleteadakah kami perlu membuat esei tentang topic ini dan postnya ke sini?
Ya. Anda perlu membuat esei dan post ke dalam blog ini.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih diucapkan kepada PHD Hoe you Quan...Saya sedar bahawa saya sudah out of point seriously selepas beliau memberikan nashat beliau melalui telefon semasa saya sedang tidur lena...Memang KAcAu betullah ALEX ni... Therefore,i memadamkan comment saya yang penting itu ya...^^
ReplyDeletePembuangan bayi biasanya melibatkan golongan remaja yang bertindak terburu-buru mengambil tindakan. Kemelut ini semakin serius apabila pihak media massa memaparkan kejadian ini dalam akhbar mereka dengan begitu meluas tanpa segan-silu. Jadi apakah faktor-faktor dan kesannya berlaku masalah pembuangan bayi dalam masyarakat ini?
ReplyDeleteKemelut ini berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja kita. Kekurangan ini mungkin akibat kekurangan didikan dan perhatian ibubapa serta impak kemodenan yang melanda negara kita. Remaja kitaa tidak mempunyai pegangan agama yang tebal dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu. Kesannya, ramai yang terjebak dalam kancah negatif ini.
Selain itu, isu ini turut berleluasa kerana institusi kekeluargaan itu sendiri sudah runtuh. Sudah menjadi kebiasaan kini sesebuah keluarga itu tidak mempunyai ayah atau ibu untuk mendidik. Ketiadaan ini menyebabkan tanggungjawab mendidik anda tidak menjadi satu keperluaan yang harus dipenuhi dengan baik. Sesungguhnya, keadaan inilah yang menyebabkan masalah pembuangan bayi menjadi-jadi.
Sikap masyarakat yang terlalu suka menghukum turut menjadi penyebab pembuangan bayi ini berlaku. Kita suka menganggap wanita yang mengandung tanpa suami ini sebagai melakukan kesalahan tanpa menimbang keadaan yang menjurus kemelut itu berlaku. Pemikiran masyarakat ini menyebabkan remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sehingga sanggup membiarkan anak mereka daripada dipandang jijik oleh masyarakat.
Arus kemodenan terutama melalui media massa telah menyemarakkan masalah ini. Program dari barat yang mengaitkan kebebasan dalam pergaulan telah menyebabkan remaja terpengaruh. Kehidupan moden sering dikaitkan dengan hubungan seksual yang bebas. Lantaran itu, masalah ini terus menerus menjadi sesuatu yang lumrah.
Antara kesannya ialah bayi yang dibuang itu akan menghadapi masalah kesihatan. Kesihatan bayi amat terjejas dan mungkin menyebabkan kematian bayi. Ibu bapa bayi itu tidak bertanggungjawab sebagai ibu atau bapa dan perlulah dihukum atas undang-undang negara. Selain itu, jika tindakan pembuangan bayi itu terus berlaku di Negara kita, masalah sosial bertambah dan nama baik negara akan menjadi busuk. Jika keadaan ini berlaku, palancong-pelancomg asing akan semakin berkurang dan sampai tiada pendapatan dalam bidang pelancongan. Negara kita akan menghadapi masalah kekurangan wang dan mungkin negara kita akan mundur.
Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini perlu dikaji secara telus. Semua pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Semua pihak memikul kesan yang timbul kerana kitalah yang menyebabkan dan mampu menghalang masalah ini daripada berterusan. Kita harus menerima masalah ini dan mencari jalan penyelesaiannya secepat mungkin.
Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.
ReplyDeletePunca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.
Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah.
Salah satu kesan daripada pembuangan bayi ialah bayi tersebut mungkin kehilangan nyawa.Cuba fikirkan,adakah bayi yang baru dilahir dapat menjaga diri sendiri,tambahan pula dibuangkan di tempat-tempat yang berbahaya seperti tandas,longgokan sampah,longkang-longkang dan lain-lain.Jawapannya senang sahaja iaitu tidak.Bukan itu sahaja,bayi-bayi tersebut mungkin dibaham oleh hidupan liar ataupun dilanggar kereta.Kesannya,negara akan kehilangan satu insan yang mungkin dapat bersumbang kepada negara.
Selain itu,ibu bapa yang membuang bayi mereka juga akan mengalami masalah psikologi.Contohnya murung,kehilangan yakin diri,rasa bersalah dan sentiasa gelisah.Tambahan pula,jika didapati membuang bayi,mereka akan ditangkap dan didakwa oleh pihak berkuasa.Kesannya,mereka tidak dapat kembali lagi ke hidupan asal mereka dan mungkin membunuh diri.
Konklusinya,bayi ialah kurniaan cahaya mata daripada Tuhan dan kita harus bersyukur dan menjaganya sebaik-baiknya dan bukannya membuangnya.
Pembuangan bayi biasanya melibatkan golongan remaja yang tidak bertindak terburu-buru mengambil tindakan. Kemelut ini semakin serius apabila pihak media massa memaparkan kejadian ini dalam akhbar mereka dengan begitu meluas tanpa segan-silu. Jadi apakah punca-punca dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani isu ini?
ReplyDeleteKemelut ini berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja kita. Kekurangan ini mungkin akibat kekurangan didikan dan perhatian ibubapa serta impak kemodenan yang melanda negara kita. Remaja kitaa tidak mempunyai pegangan agama yang tebal dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu. Kesannya, ramai yang terjebak dalam kancah negatif ini.
Selain itu, isu ini turut berleluasa kerana institusi kekeluargaan itu sendiri sudah runtuh. Sudah menjadi kebiasaan kini sesebuah keluarga itu tidak mempunyai ayah atau ibu untuk mendidik. Ketiadaan ini menyebabkan tanggungjawab mendidik anda tidak menjadi satu keperluaan yang harus dipenuhi dengan baik. Sesungguhnya, keadaan inilah yang menyebabkan masalah pembuangan bayi menjadi-jadi.
Sikap masyarakat yang terlalu suka menghukum turut menjadi penyebab pembuangan bayi ini berlaku. Kita suka menganggap wanita yang mengandung tanpa suami ini sebagai melakukan kesalahan tanpa menimbang keadaan yang menjurus kemelut itu berlaku. Pemikiran masyarakat ini menyebabkan remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sehingga sanggup membiarkan anak mereka daripada dipandang jijik oleh masyarakat.
Arus kemodenan terutama melalui media massa telah menyemarakkan masalah ini. Program dari barat yang mengaitkan kebebasan dalam pergualan telah menyebabkan remaja terpengaruh. Kehidupan moden sering dikaitkan dengan hubungan seksual yang bebas. Lantaran itu, masalah ini terus menerus menjadi sesuatu yang lumrah.
Langkah yang perlu dilaksanakan oleh kita ialah menyediakan satu tempat perlindungan kepada remaja yang bermasalah seperti ini. Rumah perllindungan ini memberi bantuan kaunseling dan penjagaan kepada remaja dan bayi sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil. Kewujudan rumah perlindungan ini memberi ruang kepada remaja untuk berfikir secara rasional menyelesaikan masalah mereka. Sesungguhnya isu pembuangan bayi dapat dikurangkan.
Paradigma masyarat harus berubah dalam menangani masalah ini. Kita perlu mengikis sikap suka menghukum moral seseorang itu dengan terburu-buru tanpa mengambil kira keadaan yang dialami oleh remaja terbabit. Kita seharusnya menjadi tempat remaja meluahkan masalah mereka dan bukannya tempat remaja melarikan diri mereka. Pandangan masyarakat yang berubah memberikan persepsi yang baik kepada remaja untuk berkongsi masalah mereka.
Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini perlu dikaji secara telus. Semua pihaak bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Semua pihak memikul kesan yang timbul kerana kitalah yang menyebabkan dan mampu menghalang masalah ini daripada berterusan. Kita harus menerima masalah ini dan mencari jalan penyelesaiannya secepat mungkin.

ReplyDeleteKemelut ini berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja kita. Kekurangan ini mungkin akibat kekurangan didikan dan perhatian ibubapa serta impak kemodenan yang melanda negara kita. Remaja kita tidak mempunyai pegangan agama yang tebal dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu. Kesannya, ramai yang terjebak dalam kancah negatif ini saban tahun.

Walau bagaimanapun, masalah pembuangan bayi telah menimbulkan pelbagai masalah yang rumit. Salah satu kesan ialah bilangan anak yatim piatu akan bertambah secara pesat. Hal ini kerana ibu bapa yang muda tidak berupaya untuk membesarkan bayi dan mereka masih belajar.Oleh itu, mereka telah memilih cara untuk membuang bayi mereka di tepi jalan atau tempat yang tidak mudah dikesan oleh orang ramai. Masalah itu juga menyebabkan pihak kerajaan terpaksa mendirikan lebih banyak rumah anak yatim piatu untuk memberkan satu tempat kediaman kepada mereka. Justeru, perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan dan badan sukarela termasuk makanan dan yuran pendidikan.
Tambahan pula, kesan yang akan timbul ialah jati diri anak yatim lebih lemah berbanding dengan anak yang mempunyai penjagaan ibu bapa yang rapi dan penuh dengan kasih sayang. Mereka mudah menghilang keyakinan diri dalam proses membuat sesuatu kerja kerana mereka selalu diejek oleh orang lain. Selain itu, mereka mudah berbuat salah kerana tidak mendapat pendidikan dan ajaran agama yang cukup. Sebagai contohnya, kes meromoak dan kes mencuri yang sering dilakukan anak yatim piatu kerana mereka tidak dapat menanggung kos kehidupan yang tinggi serta dipengaruhi oleh kawan.
Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini perlu dikaji secara telus. Semua pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Semua pihak memikul kesan yang timbul kerana kitalah yang menyebabkan dan mampu menghalang masalah ini daripada berterusan. Kita harus menerima masalah ini dan mencari jalan penyelesaiannya secepat mungkin.
Pembangunan negara kita semakin pesat dan rancak. Namun demikian,isu pembuangan bayi yang merupakan penyakit social semakin gawat melanda negara kita. Gejala ini ibarat “duri dalam daging”.Apakah factor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah social ini?
ReplyDeletePembuangan bayi adalah satu jenayah. Salah satu faktor penting berlakunya masalah tersebut ialah sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Masalah pembuangan bayi terjadi akibat kehamilan yang tidak diingini ataupun penjalinan hubungan seks sebelum berkahwin Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung.
Capaian yang mudah terhadap bahan-bahan lucah mendorong pemuda-pemudi untuk menjalankan hubungan seks Setiap kali selepas menonton filem-filem ataupun membaca majalah-majalah lucah,kaum lelaki terutamanya, akan didorong oleh desakan seksual yang tinggi untuk menjalankan hubungan seks dengan perempuan .Dengan ini,masalah pembuangan bayi ditimbulkan. Ramai daripada mereka terpaksa bertindak demikian sedangkan ada dalam kalangan mereka masih dalam proses menuntut ilmu.Pastilah mereka tidak berkemampuan untuk menanggung sebuah keluarga dan kedatangan nyawa baru dalam kehidupan mereka.
Selain daripada itu, fenomena pergaulan bebas juga mendorong masalah ini berlaku. Ramai orang dewasa yang bersikap mementingkan diri sendiri demi melepaskan “tekanan” dan berseronok menjalankan hubungan seks tanpa menimbangkan implikasi tindakan mereka itu. Mereka menganggap kaum wanita sebagai satu alat yang digunakan untuk mencari keseronokan. Kesannya, kaum wanita akhirnya menjadi mangsa yang terpaksa menggugurkan nyawa baru mereka itu.
Kesan-kesan yang buruk akan ditimbulkan akibat masalah pembuangan bayi. Contohnya, kaum perempuan yang menjadi mangsa masalah tersebut akan hilang keyakinan diri dalam kehidupan seharian mereka. Mereka sentiasa berasa salah. Mereka akan berasa malu untuk memhadapi masyarakat. Mereka juga akan mejadi kurang keyakinan pada masa mereka berslin lagi.Selain daripada kesan psikologi, semasa menggugur, kaum wanita juga berisiko tinggi untuk menghilangkan nyawa mereka akibat kehilangan darah yang terlalu banyak.
Secara ringkasnya,bayi merupakan kurniaan daripada Tuhan. Kita tidak berhak untuk membazirkan nyawa-nyawa yang sangat berharga ini sesuka hati. Sekaranglah masa untuk kita berdiri untuk memandang masalah social ini dengan serius dan mencari jalan untuk membendung masalah yang semakin meruncing ini.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteCikgu, saya tidak dapat menjawab soalan ini kerana kesuntukan masa.
ReplyDeleteHarap maaf.
Sorry, teacher.
Pembuangan bayi biasanya melibatkan golongan remaja yang tidak bertindak terburu-buru mengambil tindakan. Kemelut ini semakin serius apabila pihak media massa memaparkan kejadian ini dalam akhbar mereka dengan begitu meluas tanpa segan-silu. Jadi apakah punca-punca dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani isu ini?
ReplyDeleteKemelut ini berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja kita. Kekurangan ini mungkin akibat kekurangan didikan dan perhatian ibubapa serta impak kemodenan yang melanda negara kita. Remaja kitaa tidak mempunyai pegangan agama yang tebal dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu. Kesannya, ramai yang terjebak dalam kancah negatif ini.
Selain itu, isu ini turut berleluasa kerana institusi kekeluargaan itu sendiri sudah runtuh. Sudah menjadi kebiasaan kini sesebuah keluarga itu tidak mempunyai ayah atau ibu untuk mendidik. Ketiadaan ini menyebabkan tanggungjawab mendidik anda tidak menjadi satu keperluaan yang harus dipenuhi dengan baik. Sesungguhnya, keadaan inilah yang menyebabkan masalah pembuangan bayi menjadi-jadi.
Sikap masyarakat yang terlalu suka menghukum turut menjadi penyebab pembuangan bayi ini berlaku. Kita suka menganggap wanita yang mengandung tanpa suami ini sebagai melakukan kesalahan tanpa menimbang keadaan yang menjurus kemelut itu berlaku. Pemikiran masyarakat ini menyebabkan remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sehingga sanggup membiarkan anak mereka daripada dipandang jijik oleh masyarakat.
Arus kemodenan terutama melalui media massa telah menyemarakkan masalah ini. Program dari barat yang mengaitkan kebebasan dalam pergualan telah menyebabkan remaja terpengaruh. Kehidupan moden sering dikaitkan dengan hubungan seksual yang bebas. Lantaran itu, masalah ini terus menerus menjadi sesuatu yang lumrah.
Langkah yang perlu dilaksanakan oleh kita ialah menyediakan satu tempat perlindungan kepada remaja yang bermasalah seperti ini. Rumah perllindungan ini memberi bantuan kaunseling dan penjagaan kepada remaja dan bayi sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil. Kewujudan rumah perlindungan ini memberi ruang kepada remaja untuk berfikir secara rasional menyelesaikan masalah mereka. Sesungguhnya isu pembuangan bayi dapat dikurangkan.
Paradigma masyarat harus berubah dalam menangani masalah ini. Kita perlu mengikis sikap suka menghukum moral seseorang itu dengan terburu-buru tanpa mengambil kira keadaan yang dialami oleh remaja terbabit. Kita seharusnya menjadi tempat remaja meluahkan masalah mereka dan bukannya tempat remaja melarikan diri mereka. Pandangan masyarakat yang berubah memberikan persepsi yang baik kepada remaja untuk berkongsi masalah mereka.
Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini perlu dikaji secara telus. Semua pihaak bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Semua pihak memikul kesan yang timbul kerana kitalah yang menyebabkan dan mampu menghalang masalah ini daripada berterusan. Kita harus menerima masalah ini dan mencari jalan penyelesaiannya secepat mungkin.
Dunia ini pernah dicemarkan oleh sejarah hitam dalam tamadun manusia disebabkan ketiadaan akidah dalam kehidupan.Masyarakat ketika itu hilang sifat kemanusiaan sehingga sanggup membunuh dengan menanam anak-anak terutama anak perempuan hidup-hidup kononnya mempertahankan maruah diri, keluarga dan kabilah.Amalan jahiliah tersebut kini diulang lagi,malah lebih dasyat,dimana sesetengah bayi dibuang dimerata-rata tempat kerana malu kepada masyarakat.Menurut statistik daripada pihak berkuasa didapati jenayah membuang bayi terus meningkat dari tahun ke tahun.Umpamanya pada tahun 2007 sebanyak 76 kes berbanding 62 kes pada tahun 2006 diseluruh negara.Sepanjang tempoh 2004 sehingga 2007 sebanyak 252 kes telah direkodkan,dan seramai 61 bayi mengalami kematian.
ReplyDeleteMenurut kajian,terdapat beberapa faktor menyebabkan berlakunya jenayah ini.Faktor terbesar ialah institusi keluarga yang bermasalah,tiada persefahaman,bergaduh,bercerai dan lain-lain.Oleh itu setiap ibu bapa perlu sedar bahawa masa hadapan anak-anak terletak kepada suasana rumahtangga yang mereka bina.Jika mereka hidup dalam suasana keimanan,keharmonian dan kasing sayang nescaya allah mengurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Selain itu,faktor dalaman seseorang juga merupakan punca kepada gejala ini.Kurangnya kefahaman dan penghayatan agama,menyebabkan mereka dikuasai oleh nafsu jahat sehingga sanggup berzina dan menyebabkan kahirnya anak luar nikah yang akhirnya dibuang kerana takut dan malu kepada keluarga serta masyarakat.
Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik,penyebaran VCD dan gambar lucah didalam internet juga menjadi punca yang turut mendorong seseorang terjebak kelembah perzinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah,disamping berleluasanya program-progran hiburan yang melampau dalam masyarakat.
Walau bagaimanapun, masalah pembuangan bayi yang semakin serius ini telah menimbulkan pelbagai masalah yang rumit. Salah satu kesan ialah jati diri anak yatim lebih lemah berbanding dengan anak yang mempunyai penjagaan ibu bapa yang rapi dan penuh dengan kasih sayang. Mereka mudah kehilangan keyakinan diri dan mudah berputus asa dalam aktiviti-aktiviti kehidupan seharian kerana mereka selalu diejek oleh orang lain. Selain itu, mereka mudah menyebabkan gejala sosial kerana tidak mendapat pendidikan dan ajaran agama yang cukup. Sebagai contohnya, kes merompak dan kes mencuri yang sering dilakukan anak yatim piatu kerana mereka mahu mendapat perhatian daripada masyarakat dan memerlukan seseorang untuk mengiktiraf mereka sebagai insan setaraf.
Seperkara itu,bilangan anak yatim piatu akan bertambah secara pesat. Hal ini kerana ibu bapa yang muda seperti pelajar tidak berupaya untuk membesarkan bayi.Oleh itu, mereka telah memilih cara untuk membuang bayi mereka di tepi jalan atau tempat yang tidak mudah dikesan oleh orang ramai seperti tandas awam atau semak samun. Masalah itu juga menyebabkan pihak kerajaan terpaksa membelanjakan berjuta-juta wang untuk mendirikan lebih banyak rumah anak yatim piatu. Justeru, perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan dan badan sukarela termasuk makanan dan yuran pendidikan.
Kesimpulannya,masalah pembuangan bayi harus diberi perhatian yang maksima untuk mengelakkannya daripada terus menjadi serius.Justeru,semua pihak di negara ini haruslah sama-sama memainkan peranan dalam menangani kemelut ini dengan mengambil langkah-langkah dengan secepat mungkin.Akhirnya adalah diingatkan bagi mereka yang sudah terlanjur,hendaklah segera bertaubat dan menjauhi segala perbuatan-perbuatan terkutuk tersebut.Janganlah membunuh bayi, berilah mereka peluang untuk hidup.
Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup.Kita tidak boleh membuat tuduhan atau menuding jari kepada satu-satu pihak kerana menyebabkan kehamilan luar nikah yang bertambah, sebaliknya melihat punca tersebut daripada pelbagai aspek.
ReplyDeleteFaktor pembuangan bayi yang utama ialah pada keluarga yang bermasalah. Pengaruh rumah tangga memberi kesan ke atas pembentukan personaliti anak-anak khususnya apabila mereka meningkat remaja. Konflik dalam keluarga menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup dan pada masa yang sama memenuhi keperluan kewangan, hiburan dan perkembangan emosi mereka. Tanpa pengawasan, anak-anak menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan merencana kehidupan mengikut kehendak hati.
Selain itu,pembuangan bayi berpunca dari kemajuan teknologi dan media cetak dan elektronik pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah didalam internet juga menjadi punca yang turut mendorong seseorang terjebak ke lembah kezinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah disamping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat. Namun semuanya datang dari diri remaja itu sendiri samada mereka ingin memilih jalan yang betul atau tidak.
Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.
Kesan pembuangan bayi termasuklah denda tertentu akan diberikan seperti penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini .Selain itu,maruah keluarga akan dijatuhkan.Keluarga akan berasa malu terhadap orang lain.
Kesimpulannya,semua pihak perlu bekerjasama demi membasmikan isu yang serius ini.Untuk menyelesaikan masalah ini,pelbagai langkah perlu dijalankan supaya melahirkan masyarakat yang sihat.
Pembuangan bayi biasanya melibatkan golongan remaja yang tidak bertindak terburu-buru mengambil tindakan. Kemelut ini semakin serius apabila pihak media massa memaparkan kejadian ini dalam akhbar mereka dengan begitu meluas tanpa segan-silu. Jadi apakah punca-punca dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani isu ini?
ReplyDeleteKemelut ini berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja kita. Kekurangan ini mungkin akibat kekurangan didikan dan perhatian ibubapa serta impak kemodenan yang melanda negara kita. Remaja kita tidak mempunyai pegangan agama yang tebal dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu. Kesannya, ramai yang terjebak dalam kancah negatif ini saban tahun.
Selain itu, isu ini turut berleluasa kerana institusi kekeluargaan itu sendiri sudah runtuh. Sudah menjadi kebiasaan kini sesebuah keluarga itu tidak mempunyai ayah atau ibu untuk mendidik. Ketiadaan ini menyebabkan tanggungjawab mendidik anda tidak menjadi satu keperluaan yang harus dipenuhi dengan baik. Sesungguhnya, keadaan inilah yang menyebabkan masalah pembuangan bayi menjadi-jadi.
Langkah yang perlu dilaksanakan oleh kita ialah menyediakan satu tempat perlindungan kepada remaja yang bermasalah seperti ini. Rumah perlindungan ini memberi bantuan kaunseling dan penjagaan kepada remaja dan bayi sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil. Kewujudan rumah perlindungan ini memberi ruang kepada remaja untuk berfikir secara rasional menyelesaikan masalah mereka. Sesungguhnya isu pembuangan bayi dapat dikurangkan.
Paradigma masyarakat harus berubah dalam menangani masalah ini. Kita perlu mengikis sikap suka menghukum moral seseorang itu dengan terburu-buru tanpa mengambil kira keadaan yang dialami oleh remaja terbabit. Kita seharusnya menjadi tempat remaja meluahkan masalah mereka dan bukannya tempat remaja melarikan diri mereka. Pandangan masyarakat yang berubah memberikan persepsi yang baik kepada remaja untuk berkongsi masalah mereka.
Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini perlu dikaji secara telus. Semua pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Semua pihak memikul kesan yang timbul kerana kitalah yang menyebabkan dan mampu menghalang masalah ini daripada berterusan. Kita harus menerima masalah ini dan mencari jalan penyelesaiannya secepat mungkin.
Pembuangan bayi biasanya melibatkan golongan remaja yang bertindak terburu-buru mengambil tindakan. Kemelut ini semakin serius apabila pihak media massa memaparkan kejadian ini dalam akhbar mereka dengan begitu meluas tanpa segan-silu. Jadi apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi dan kesannya akibat tindakan tersebut.
ReplyDeleteFaktor yang menyebabkan kes-kes tersebut berlaku ialah pendidikan yang bermutu dan bernilai tidak diberi kepada rakyat dan seterusnya menyebabkan mereka kekurangan sesuatu pendidikan mengenai cara untuk menjadi seseorang yang bermoral dan bersopan santun.Sehubungan dengan itu, mereka mudah melakukan sesuatu yang buruk misalnya membuli kanak-kanak serta membuang kanak-kanak.
Selain itu, terdapat seseorang berpendapat bahawa kanak-kanak tidak mempunyai keupayaan untuk menentang atau menghalang diri daripada sesuatu pembulian ,jadi mereka yang tidak berpendidikan ini akan mengambil kesempatan untuk membuli mereka di samping melepaskan geram mereka waktu kerja atau tekanan dalam kehidupan mereka.
Pendidikan seks yang tidak sempurana yang dibekalkan kepada remaja mudah mengelirukan fikiran mereka .Mereka mudah terpengaruhi oleh maklumat seks yang tidak sempurna itu dan keinginan tahu mereka terhadap sesuatu seks telah menyebabkan mereka memperolehi sesuatu maklumat seks dengan cara yang tidak sesuai dan salah . Hal ini boleh menyebabkan mereka mudah menjalankan hubungan seks sebelum perkahwinan .Justerusnya berlakulah kes-kes pembuangan kanak-kanak atau bayi yang disebabkan mereka yang tidak mempunyai keupayaan untuk membesarkan kanak-kanak mereka.
Terdapat juga sesetengah suami isteri yang tidak membuat perancangan
mereka sebelum melahirkan anak mereka, apabila mereka telah melahirkan anak mereka tanpa perancangan dan tidak berupaya untuk membesarkannya pada masa itu , mereka akan membuangkan anak mereka di mana-mana tempat yang mereka tidak dapat jumpa .Perbuatan ini adalah sangat dosa dan perlu dibanteraskan .
Pembulian itu menyakitkan bukan disebabkan oleh kesan-kesan luka atau lebam, tetapi disebabkan oleh kesan emosi. Ditumbuk, ditendang, dibelasah atau dilanggar boleh meninggalkan kesan fizikal. Usikan dan penyisihan walaubagaimanapun boleh menyebabkan kesan emosi yang mungkin tidak akan sembuh.Hal ini akan meninggalkan kesan negatif atau bayangan dalam kehidupan kanak-kanak mereka dan menyebabkan mereka suka mengurung diri dan tidak mahu bergaul dengan sosial.
Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini perlu dikaji secara telus. Semua pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Semua pihak memikul kesan yang timbul kerana kitalah yang menyebabkan dan mampu menghalang masalah ini daripada berterusan. Kita harus menerima masalah ini dan mencari jalan penyelesaiannya secepat mungkin.
Dewasa ini, kita sering kali terdengar pelbagai kes dan cerita mengenai pembuangan bayi sama ada di kaca televisyen, di dada-dada akhbar, di dalam majalah mahupun dari orang perseorangan. Malangnya, kebanyakan bayi yang dibuang ditemui mati dalam keadaan yang menyayat hati. Namun, disebalik cerita sedih, ada juga bayi yang benasib baik kerana ditemui dalam keadaan masih hidup. Sebagai manusia, kita tidak boleh membuat tuduhan atau menuding jari kepada sesuatu pihak kerana menyebabkan kehamilan luar nikah yang bertambah, sebaliknya melihat punca tersebut dari pelbagai aspek.
ReplyDeleteFaktor pembuangan bayi yang utama adalah berpunca daripada keluarga yang bermasalah. Kehidupan sesebuah keluarga itu sendiri yang memberi kesan ke atas pembentukan personaliti anak-anak khususnya ketika mereka meningkat remaja. Konflik dalaman keluarga yang menolak remaja untuk keluar mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi tekanan hidup dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan kewangan, hiburan dan perkembangan emosi mereka. Tanpa pengawasan aripada ibu bapa, anak-anak akan menjadi tidak terkawal, bersikap kurang ajar dan merencana kehidupan mengikut kehendak hati.
Selain itu,pembuangan bayi juga berpunca dari kemajuan teknologi serta media cetak dan elektronik pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Tayangan filem yang berunsur seks oleh media elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah didalam internet juga menjadi punca yang mendorong seseorang terjebak ke lembah kezinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah disamping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat. Namun, kita juga tidak boleh hanya menyalahkan pihak lain kerana segalanya berpunca dari diri remaja itu sendiri samada mereka ingin memilih jalan yang betul atau tidak. Oleh itu, "tepuk dada, tanyalah selera".
Bukan itu sahaja, kelahiran anak luar nikah juga merupakan antara faktor terpenting berlakunya kes pembuangan bayi. Akibat terlalu ingin menyembunyikan perbuatan terkutuk itu, mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang sekali lagi bagi menjalani kehidupan baru dalam usaha memperbaiki kesilapan lalu. Hal ini demikian kerana mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.
Terdapat pelbagai kesan buruk yang berlaku akibat daripada pembuangan bayi. Dari segi undang-undang, mereka yang terlibat dengan kes ini akan dijatuhkan hukuman seperti denda dalam bentuk wang mahupun penjara 20 tahun. Selain itu, pembuangan bayi ini juga hanya akan menjatuhkan imej serta maruah diri dan keluarga masing-masing. Keluarga akan berasa malu terhadap masyrakat setempat.
Kesimpulannya,semua pihak harus bekerjasama dalam usaha menangani isu yang serius ini. Bak kata pepatah, "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Oleh itu, pelbagai langkah perlu dijalankan supaya dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan harmoni.