PANDUAN MEMBUAT KERJA RUMAH

Salam Sejahtera. Ruangan ini khas untuk pelajar-pelajar menjawab secara online setiap kerja rumah yang cikgu paparkan. Kerja rumah yang dipaparkan di ruangan ini biasanya akan diberi ketika cuti sekolah dan cuti umum. Selamat menjawab.

Tuesday, August 25, 2009

KERJA RUMAH 7 (PU1F3)

KERTAS 2 (Mengalih Teks Bukan Linear Kepada Bentuk Linear)







Nota:
Jawapan perlu dijawab dalam blog ini

11 comments:

  1. Jadual menunjukkan eksport kasar barang pembuatan antara tahun 1985 hingga tahun 2000 di Malaysia.
    Secara keseluruhannya, jumlah eksport kasar barang pembuatan Malaysia sentiasa meningkat dari tahun 1985 hingga tahun 2000. Jumlah eksport kasar pada tahun 1985 ialah RM 12700 juta, meningkat kepada RM 317800 juta pada tahun 2000. Meningkat sebanyak RM 305700 juta berbanding tahun 1985. Peningkatan ini disebabkan oleh perkembangan ekonomi dunia yang baik dan permintaan yang tinggi terhadap barang pembuatan Malaysia oleh negara-negara asing.
    Eksport kasar barang pembuatan dari industri elektrik dan elektronik serta tekstil dan pakaian meningkat dalam tempoh tahun 1985 hingga tahun 2000. Pada tahun 1985, eksport kasar barangan tekstil dan pakaian ialah RM 1300 juta dan meningkat kepada RM 43200 juta pada tahun 2000. Meningkat sebanyak RM 41900 juta. Fenomena ini berlaku disebabkan pembukaan kilang-kilang tekstil yang banyak dan tenaga pekerja industri tekstil yang kaya.
    Begitu juga dengan eksport kasar barang pembuatan dari industri barangan kimia dan makanan, minuman dan tembakau. Kedua-dua industri tersebut juga menunjukkan peningkatan dalam tempoh tahun 1985 hingga tahun 2000. Pada tahun 1985, eksport kasar barangan kimia ialah RM 600 juta dan meningkat kepada RM 6700 juta pada tahun 2000. Meningkat sebanyak RM 6100 juta. Peningkatan ini adalah disebabkan permintaan terhadap barang kimia semakin meningkat sedangkan barang kimia pembuatan Malaysia berkualiti dan berharga berpatutan.
    Eksport kasar barang pembuatan dari industri barangan getah dan industri barang-barang lain pula menunjukkan pola perubahan yang tidak menentu dalam tempoh tahun 1985 hingga tahun 2000. Pada tahun 1985, eksport kasar barangan getah ialah RM 100 juta dan meningkat kepada RM 3300 juta pada tahun 1995. Meningkat sebanyak RM 3200 juta. Tetapi pada tahun 2000 menurun kepada RM 2900 juta. Menurun sebanyak RM 300 juta berbanding tahun 1995 Eksport kasarnya tidak konsistent disebabkan penutupan lading-ladang getah dan harga getah yang tidak stabil.
    Eksport barang pembuatan negara adalah amat penting untuk pembangunan ekonomi negara. Kerajaan Malaysia harus sentiasa memastikan tenaga pekerja dan sumber pembuatan kaya supaya pembuatan barang boleh terus berkembang.

    ReplyDelete
  2. Jadual menunjukkan eksport kasar barang pembuatan antara tahun 1985 hingga 2000 di Malaysia.
    Jumlah eksport kasar barang terus meningkat dalam tempoh berkenaan. Pada tahun 1985, jumlahnya adalah sebanyak RM12700 juta dan meningkat kepada RM46900 juta pada tahun 1990, iaitu meningkat sebanyak RM34200 juta. Jumlah eksport kasar barang ini terus meningkat kepada RM147500 juta dan RM317800 juta pada tahun 1995 dan 2000 masing-masing, iaitu meningkat sebanyak RM100600 juta dan RM270900 juta berbanding dengan tahun 1990 masing-masing. Peningkatan ini disebabkan oleh perkembangan ekonomi dan kemajuan negara.
    Perubahan eksport kasar barang bagi industri-industri elektrik dan elektronik serta tekstil dan pakaian menunjukkan pertambahan yang paling besar bilangannya dalam tempoh berkenaan. Bagi industri elektrik dan elektronik, eksport barang adalah sebanyak RM6500 juta pada tahun 1985 dan terus bertambah kepada RM26500 juta, RM96900 juta dan RM230500 juta pada tahun 1990, 1995 dan 2000 masing-masing.Pada tahun 2000, industri elektrik dan elektronik telah menunjukkan pertambahan sebanyak RM224000 juta berbanding dengan tahun 1985. Dalam industri tekstil dan pakaian, eksportnya adalah bertambah dari RM1300 juta pada tahun 1985 kepada RM3900 juta pada tahun 1990, RM6500 juta pada tahun 1995 dan RM43200 juta pada tahun 2000. Perbezaannya antara tahun 1985 dengan tahun 2000 adalah sebanyak RM41900 juta. Pertambahan yang besar ini disebabkan oleh perkembangan atau pembukaan kilang-kilang berkenaan.
    Selain itu, industri-industri barangan kimia dan makanan, minuman dan tembakau juga menunjukkan peningkatan dalam tempoh berkenaan. Pada tahun 1985, kedua-dua industri menunjukkan eksport yang sebanyak RM600 juta dan RM800 juta. Kedua-dua industri ini bertambah sebanyak RM6100 juta dan RM5900 juta kepada RM6700 juta masing-masing pada tahun 2000. Pertambahan ini mungkin disebabkan oleh permintaan bahan kimia yang berkualiti dan berharga berpatutan di Malaysia.
    Di samping itu, industri-industri barangan getah dan barang-barang lain menunjukkan keadaan yang tidak konsisten pada tahun 1985 hingga 2000. Eksport barangan getah bertambah dari RM100 juta pada tahun 1985 kepada RM1400 juta dan RM3300 juta pada tahun 1990 dan 1995 masing-masing.Seterusnya, eksport barangan getah menurun sebanyak RM400 juta kepada RM2900 juta pada tahun 2000. Begitu juga keadaan industri barang-barang lain. Pertambahannya sebanyak RM18300 juta dari RM2400 juta pada tahun 1985 kepada RM20700 juta pada tahun 1995. Seterusnya, ia menurun sebanyak RM10300 juta kepada RM10400 juta. Keadaan yang tidak konsisten ini disebabkan oleh harga getah yang tidak stabil pada tahun-tahun.
    Eksport kasar barang-barang pembuatan Malaysia amat penting untuk ekonomi negara dan perkembangan negara. Oleh itu, semua pihak mesti bekerjasama untuk memastikan sumber tenaga pekerja dalam pembuatan Malaysia sentiasa cukup.

    ReplyDelete
  3. Jadual menunjukkan perubahan pola-pola utama dalam eksport barang buatan Malaysia dari tahun 1985 hingga 2000.
    Secara keseluruhan, jumlah eksport barang pembuatan Malaysia telah mununjukkan pola terus meningkat dari tahun 1985 hingga tahun 2000. Jumlah eksport pada tahun 1985 ialah sebanyak RM12700 juta dan meningkat kepada RM317800 juta pada tahun 2000. Meningkat sebanyak RM305100 juta atau 2402.7 peratus. Jumlah eksport barang buatan Malaysia meningkat disebabkan permintaan luar negara yang tinggi terhadap barangan buatan Malaysia.
    Industri elektrik dan elektronik menunjukkan pola peningkatan dalam eksport barangan pembuatan Malaysia pada tempoh tersebut. Jumlah eksport pada tahun 1985 ialah RM6500 juta dan meningkat kepada RM230500 juta pada tahun 2000 iaitu bertambah sebanyak RM224000 juta atau 3446.2 peratus. Jumlah eksport meningkat disebabkan oleh kualiti alatan elektrik yang dihasilkan oleh Malaysia mempunyai kualiti yang baik.
    Industri tekstil dan pakaian juga menunjukkan pola peningkatan dari tahun 1985 hingga tahun 2000. Jumlah eksport pada tahun 1985 ialah RM1300juta dan menigkat kepada RM43200 juta pada tahun 2000. Meningkat sebanyak RM41900 juta atau 3223.1 peratus. Jumlah eksport meningkat secara pesat disebabkan oleh pertambahan bilangan penduduk di seluruh dunia terutamanya di negara China dan India.
    Eksport barangan getah pula menunjukkan pola yang tidak konsisten dari tahun 1985 hingga tahun 2000. Eksport barangan getah pada tahun 1985 ialah RM100 jutadan meningkat kepada RM3300 juta pada tahun 1995, bertambah sebanyak RM3200 juta atau 3200 peratus. Tetapi pada tahun 2000, eksport barangan telah menurun kepada RM2900 juta, menurun sebanyak RM 400 juta atau 12.12 peratus. Keadaan ini sedemikian kerana barangan buatan plastik telah mengambil alih tempat barangan buatan getah secara beransur-ansur.
    Eksport barang-barang lain juga menunjukkan pola yang tidak konsisten pada tempoh tersebut. Jumlah eksport barang-barang lain pada tahun 1985 ialah RM2400 juta dan meningkat kepada RM20700 juta pada tahun 1995. Meningkat sebanyak RM18300 juta atau 762.5 juta. Tetapi jumlah eksport pada tahun 2000 telah menurun kepada RM10400 juta, menurun sebanyak RM10300 juta atau 49.8 peratus. Keadaan ini semikian disebabkan oleh permintaan semakin menurun terhadap industri tersebut.
    Eksport kasar barang-barang pembuatan Malaysia amat penting untuk ekonomi negara dan perkembangan negara. Oleh itu, semua pihak mesti bekerjasama untuk memastikan sumber tenaga pekerja dalam pembuatan Malaysia sentiasa cukup.

    ReplyDelete
  4. Jadual tesebut menunjukkan eksport kasar barang pembuatan antara tahun 1985 hingga 2000 di Malaysia.
    Jumlah eksport kasar barang terus meningkat dari tahun 1985 hingga 2000.Pada tahun 1985,jumlahnya iaitu Rm 12700 juta
    meningkat ke Rm317800 juta pada tahun 2000,beza sebanyak Rm305100 juta.Peningkatan ini disebabkan oleh permintaan
    barang buatan Malaysia daripada negara-negara lain dan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan.
    Dalam industri elektrik dan elektronik dan tekstil dan pakaian,kedua-dua industri ini menunjuk jurang perbezaan yang paling
    banyak berbanding industri yang lain dalam tempoh tersebut.Pada tahun 1985,jumlah eksport elektrik dan elektronik ialah
    Rm6500 juta manakala tekstil dan pakaian ialah Rm1300 juta.Pada tahun 2000 pula,jumlah eksport bagi eksport dan elektronik
    ialah Rm230500 juta manakala tekstil dan pakaian ialah Rm43200 juta.Perbezaan kedua-dua industri antara 2 tahun tersebut
    ialah Rm224000 juta bagi industri elektrik dan elektronik manakala Rm41900 juta bagi tekstil dan pakaian.Statistik ini menunjukkan
    elektrik dan elektronik dan tekstil dan pakaian buatan Malaysia disambut baik di negara-negara asing.
    Selain itu,industri barangan kimia dan industri makanan,minuman dan tembakau juga menunjukan peningkatan,Pada tahun 1985,
    industri barangan kimia ialah Rm600 juta manakala makanan,minuman dan tembakau ialah Rm800 juta.Pada tahun 2000 pula,
    industri barangan kimia ialah Rm6700 juta menunjukan pertambahan sebanyak Rm6100 juta manakala makanan,minuman dan
    tembakau ialah Rm6700 juta beza sebanyak Rm5900 juta.Permintaan terhadap barangan kimia meningkat kerana kos yang rendah
    serta kualiti yang terjamin menyebabkan banyak negara import dari negara Malaysia.
    Untuk industri barangan getah dan barang-barang lain,kedua-dua industri ini memaparkan statistik yang tidak konsisten sepanjang tempoh
    1985-2000.Pada tahun 1985,jumlah eksport barangan getah ialah Rm100 juta manakala barang-barang lain ialah Rm2400 juta.Pada tahun 1995,
    jumlah eksport barangan getah ialah Rm3300 juta iaitu meningkat sebanyak Rm3200 juta manakala barang-barang lain ialah Rm20700 juta,meningkat
    sebanyak Rm 18300 juta.Pada tahun 2000 pula,jumlah eksport barangan getah ialah Rm2900 juta,menurun sebanyak Rm400 juta manakala barang-barang
    lain pula ialah Rm 10400 juta,menurun sebanyak Rm10300 juta.Harga getah yang rendah pada tempoh tersebut menyebabkan peladang-peladang
    getah menukar tanaman mereka.
    Sebagai negara yang dalam arus pembangunan,eksport barang buatan negara adalah sangat penting untuk menjana ekonomi negara.Oleh itu,kerajaan
    Malaysia dan sektor peribadi harus bergabung tenaga untuk menghasilkan barangan yang lebih bermutu.

    MERDEKA!MERDEKA!

    ReplyDelete
  5. Jadual menunjukkan eksport kasar barang pembuatan antara tahun 1985 hingga tahun 2000(RM Juta) di Malaysia.

    Secara keseluruhan,jumlah eksport kasar barang pembuatan sentiasa meningkat dalam tempoh tahun 1985 hingga tahun 2000.pada 1985,jumlah eksport ialah RM12700 juta dan meningkat kepada RM317800 juta pada tahun 2000,meningkat sebanyak RM305100 juta atau 2402.36%.Peningkatan ini disebabkan oleh permintaan semakin meningkat di negara asing kerana ekonomi dunia semakin meningkat dalam tempoh tersebut.

    Eksport kasar barang pembuatan industri elektrik dan elektronik sentiasa meningkat dalam tempoh tersebut.Dalam 1985,industri elektrik dan elektronik ialah Rm6500 juta dan terus meningkat kepada RM230500 juta pada tahun 2000,meningkat sebanyak RM224000 juta atau 3446.15% berbanding tahun 1985.Eksport barang elektrik dan elektronik meningkat kerana masyarakat sedunia semakin banyak menggunakan alat-alat berasaskan elektrik dan penggunaan alat elektrik lebih efisien.

    Industri tekstil dan pakaian juga sentiasa meningkat dari tahun 1985 hingga tahun 2000. Jumlah eksport pada tahun 1985 ialah RM1300juta dan meningkat kepada RM43200 juta pada tahun 2000,meningkat sebanyak RM41900 juta atau 3223.1%. Jumlah eksport meningkat disebabkan oleh barang tekstil dan pakaian yang dikeluarkan oleh negara kita mempunyai kualiti dan mutu yang baik.

    Eksport barangan getah dan barang-barang lain pula mengalami pola yang tidak konsisten dalam tempoh tersebut.Eksport barang-barang lain pada tahun 1985 ialah RM2400 juta dan meningkat kepada RM20700 juta pada tahun 1995, bertambah sebanyak RM18300 juta atau 762.5%. Tetapi pada tahun 2000, eksport barangan telah menurun kepada RM10400 juta, menurun sebanyak RM10300 juta atau 49.76%. Keadaan ini sedemikian kerana harga barang-barang lain tidak dipengaruhi oleh inflasi dan mengekalkan harga pasarannya pada harga tetap.

    Sebagai sebuah negara membangun,eksport barang pembuatan ke luar negara merupakan sember pendapatan yang sangat penting.Kerajaan harus berusaha meningkatkan eksport negara kita supaya kita dapat mempunyai sumber ekonomi yang tetap.

    Disediakan oleh Chen Hui PU1F3

    ReplyDelete
  6. Teacher, I have no idea on this question. ==''

    ReplyDelete
  7. Jadual tesebut menunjukkan eksport kasar barang pembuatan antara tahun 1985 hingga 2000 di Malaysia.
    Secara keseluruhan,jumlah eksport kasar barang pembuatan sentiasa meningkat dalam tempoh tahun 1985 hingga tahun 2000.pada 1985,jumlah eksport ialah RM12700 juta dan meningkat kepada RM317800 juta pada tahun 2000,meningkat sebanyak RM305100 juta atau 2402.36%.Peningkatan ini disebabkan oleh permintaan semakin meningkat di negara asing kerana ekonomi dunia semakin meningkat dalam tempoh tersebut.
    Dalam industri elektrik dan elektronik dan tekstil dan pakaian,kedua-dua industri ini menunjuk jurang perbezaan yang paling
    banyak berbanding industri yang lain dalam tempoh tersebut.Pada tahun 1985,jumlah eksport elektrik dan elektronik ialah
    Rm6500 juta manakala tekstil dan pakaian ialah Rm1300 juta.
    Eksport barangan getah dan barang-barang lain pula mengalami pola yang tidak konsisten dalam tempoh tersebut.Eksport barang-barang lain pada tahun 1985 ialah RM2400 juta dan meningkat kepada RM20700 juta pada tahun 1995, bertambah sebanyak RM18300 juta atau 762.5%. Tetapi pada tahun 2000, eksport barangan telah menurun kepada RM10400 juta, menurun sebanyak RM10300 juta atau 49.76%.
    Eksport kasar barang-barang pembuatan Malaysia amat penting untuk ekonomi negara dan perkembangan negara. Oleh itu, semua pihak mesti bekerjasama untuk memastikan sumber tenaga pekerja dalam pembuatan Malaysia sentiasa cukup.

    ReplyDelete
  8. Jadual tesebut menunjukkan eksport kasar barang pembuatan Malaysia dari tahun 1985 hingga tahun 2000.
    Secara keseluruhannya, jumlah eksport kasar barang pembuatan Malaysia sentiasa meningkat dari tahun 1985 hingga tahun 2000. Pada tahun 1985 jmlah eksportnya ialah RM 12700 juta dan meningkat kepada RM 317800 juta pada tahun 2000. Meningkat sebanyak RM 305700 juta atau 24.02%. Peningkatan ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap barang pembuatan Malaysia oleh negara-negara asing.

    Eksport kasar barang pembuatan dari industri tekstil dan pakaian dan elektrik dan elektronik sentiasa meningkat dalam tempoh tersebut. Pada tahun 1985, eksport kasar barangan tekstil dan pakaian ialah RM 1300 juta dan terus meningkat kepada RM 43200 juta pada tahun 2000. Meningkat sebanyak RM 41900 juta atau 32.23% berbanding tahun 1985.Fenomena ini berlaku disebabkan oleh kebanyakan kilang-kilang tekstil dibukakan.

    Eksport barangan getah dan barang-barang lain pula menunjukkan pola yang tidak konsisten dalam tempoh tersebut. Eksport barangan getah pada tahun 1985 ialah RM100 jutadan meningkat kepada RM3300 juta pada tahun 1995, bertambah sebanyak RM3200 juta atau 32%. Tetapi pada tahun 2000, eksport barangan getah telah menurun kepada RM2900 juta, menurun sebanyak RM 400 juta atau 0.12%.Keadaan ini disebabkan barangan buatan plastik telah digantikan oleh barangan buatan getah secara beransur-ansur.

    Selain itu, eksport kasar barang pembuatan dari industri barangan kimia dan makanan, minuman dan tembakau juga menunjukkan peningkatan dalam tempoh tahun 1985 hingga tahun 2000. Pada tahun 1985, eksport kasar barangan kimia ialah RM 600 juta dan meningkat kepada RM 6700 juta pada tahun 2000. Meningkat sebanyak RM 6100 juta atau 10.17%. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh kualiti barang kimia malaysia yang bermutu.

    Eksport kasar pembuatan Malaysia sangat penting kepada pembangunan negara. Kerajaan perlu berusaha meningkatan industri ini .

    ReplyDelete
  9. Jadual menunjukkan eksport kasar barang pembuatan antara tahun 1985 hingga tahun 2000(RM Juta) di Malaysia.

    Jumlah eksport kasar barang terus meningkat dari tahun 1985 hingga 2000.Pada tahun 1985,jumlahnya iaitu Rm 12700 juta meningkat ke Rm317800 juta pada tahun 2000,beza sebanyak Rm305100 juta atau 2402.36%.Peningkatan ini disebabkan oleh permintaan barang buatan Malaysia daripada negara-negara lain dan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan.

    Eksport kasar barang pembuatan industri elektrik dan elektronik sentiasa meningkat dalam tempoh tersebut.Dalam 1985,industri elektrik dan elektronik ialah Rm6500 juta dan terus meningkat kepada RM230500 juta pada tahun 2000,meningkat sebanyak RM224000 juta atau 3446.15% berbanding tahun 1985.Eksport barang elektrik dan elektronik meningkat kerana masyarakat sedunia semakin banyak menggunakan alat-alat berasaskan elektrik dan penggunaan alat elektrik lebih efisien berbanding dengan alat yang tidak berelektrik.

    Selain itu,industri barangan kimia dan industri makanan,minuman dan tembakau juga menunjukan peningkatan.Pada tahun 1985, industri barangan kimia ialah Rm600 juta manakala makanan,minuman dan tembakau ialah Rm800 juta.Pada tahun 2000 pula,
    industri barangan kimia ialah Rm6700 juta menunjukan pertambahan sebanyak Rm6100 juta manakala makanan,minuman dan tembakau ialah Rm6700 juta beza sebanyak Rm5900 juta.Permintaan terhadap barangan kimia meningkat kerana kos yang rendah serta kualiti yang terjamin menyebabkan banyak negara import dari negara Malaysia.

    Untuk industri barangan getah dan barang-barang lain,kedua-dua industri ini memaparkan statistik yang tidak konsisten sepanjang tempoh
    1985-2000.Pada tahun 1985,jumlah eksport barangan getah ialah Rm100 juta manakala barang-barang lain ialah Rm2400 juta.Pada tahun 1995,jumlah eksport barangan getah ialah Rm3300 juta iaitu meningkat sebanyak Rm3200 juta manakala barang-barang lain ialah Rm20700 juta,meningkat sebanyak Rm 18300 juta.Pada tahun 2000 pula,jumlah eksport barangan getah ialah Rm2900 juta,menurun sebanyak Rm400 juta manakala barang-barang lain pula ialah Rm 10400 juta,menurun sebanyak Rm10300 juta.Harga getah yang rendah pada tempoh tersebut menyebabkan peladang-peladang
    getah menukar tanaman mereka.

    Sebagai negara yang dalam arus pembangunan,eksport barang buatan negara adalah sangat penting untuk menjana ekonomi negara.Oleh itu,kerajaan Malaysia dan sector swasta harus bergabung tenaga untuk menghasilkan barangan yang lebih bermutu.

    ReplyDelete
  10. Jadual atas menunjukkan eksport kasar barang pembuatan di Malaysia antara tahun 1985 hingga tahun 2000(RM Juta).

    Secara keseluruhan,jumlah eksport kasar barang pembuatan sentiasa meningkat dalam tempoh tahun 1985 hingga tahun 2000. Pada tahun 1985,jumlah eksport mencatat sebanyak RM12700 juta dan pada tahun 2000, jumlah meningkat kepada RM317800 juta ,peningkatan sebanyak RM305100 juta atau 2402.36%.Peningkatan ini disebabkan oleh permintaan yang kian meningkat di negara asing demi memenuhi keperluan ekonomi negara.

    Eksport kasar barang pembuatan industri elektrik dan elektronik sentiasa meningkat dalam tempoh 1985 hingga 2000.Eksport kasar industri elektrik dan elektronik pada tahun 1985 ialah Rm6500 juta, pada tahun 1990 ialah RM26500, pada tahun 1995 ialah RM96900 dan terus meningkat kepada RM230500 juta pada tahun 2000,iaitu peningkatan keseluruhan sebanyak RM224000 juta atau 3446.15%. Eksport barang elektrik dan elektronik meningkat kerana penggunaan alat-lat berasaskan elektrik semakin meningkat di masyarakat sedunia memandangkan teknologi semakin canggih.

    Bagi industri tekstil dan pakaian pula, pola eksport kasarnya sentiasa meningkat dari tahun 1985 hingga tahun 2000. Jumlah eksport pada tahun 1985 ialah RM1300juta dan terus meningkat kepada RM43200 juta pada tahun 2000,peningkatan sebanyak RM41900 juta atau 3223.1%. Jumlah eksport industri ini meningkat akibat barangan tekstil dan pakaian buatan negara kita unik serta berkualiti tinggi.

    Selain itu, eksport barangan getah dan barang-barang lain pula menunjukkan pola yang tidak konsisten dalam tempoh tersebut. Eksport kasar barangan getah pada tahun 1985 ialah RM100 juta dan meningkat kepada RM3300 juta pada tahun 1995, bertambah sebanyak RM3200 juta atau 32%. Namun pada tahun 2000, eksport barangan getah telah mengalami penurunan sebanyak RM 400 juta atau 0.12% kepada RM2900 juta. Keadaan ini disebabkan permintaan barangan buatan plastik semakin meningkat maka menggantikan penggunaan barangan buatan getah secara beransur-ansur.

    Eksport kasar barang pembuatan di Malaysia menunjukkan peningkatan yang baik. Namun, kerajaan haruslah terus berusaha dan berganding bahu supaya pembuatan barang Malaysia terus berkembang.

    ReplyDelete
  11. Jadual menunjukkan eksport kasar barang pembuatan di Malaysia antara tahun 1985 hingga tahun 2000.
    Secara keseluruhannya, jumlah eksport kasar barang pembuatan Malaysia sentiasa meningkat dari tahun 1985 hingga tahun 2000. Jumlah eksport kasar pada tahun 1985 ialah RM 12700 juta, meningkat kepada RM 46900 juta bagi tahun 1990, RM 147500 juta pada tahun 1995 serta peningkatan sebanyak RM 170300 juta pada tahun 2000 berbanding tahun 1995. Peningkatan ini disebabkan oleh perkembangan ekonomi dunia yang baik dan permintaan yang tinggi terhadap barang pembuatan Malaysia oleh negara-negara asing.
    Eksport kasar barangan tekstil dan pakaian meningkat dalam tempoh tahun 1985 hingga tahun 2000. Pada tahun 1985, eksport kasar barangan tekstil dan pakaian adalah sebanyak RM 1300 juta dan meningkat kepada RM 3900 juta pada tahun 1990. Pembuatannya terus meningkat hampir sekali ganda pada tahun 1995 iaitu sejumlah RM 6500 juta. Jumlah ini terus bertambah sebanyak RM 36700 juta pada tahun 2000 berbanding tahun 1995. Fenomena ini berlaku disebabkan oleh pembukaan kilang-kilang tekstil yang banyak dan tenaga pekerja industri tekstil yang kaya. Tambahan lagi, barangan kasar yang lain seperti barangan elektrik dan elektronik juga menunjukkan peningkatan yang memuaskan. Hal ini terbukti apabila kadar eksport barangan ini meningkat sebanyak RM 20000 juta pada tahun 1990 berbanding tahun 1985 yang hanya mengeksport sebanyak RM 6500 juta. Kadar ini meningkat kepada RM 96900 bagi tahun 1995 dan RM 230500 tahun 2000.
    Begitu juga dengan eksport kasar barang pembuatan dari industri barangan kimia. Industri tersebut juga menunjukkan peningkatan dalam tempoh tahun 1985 hingga tahun 2000. Pada tahun 1985, eksport kasar barangan kimia ialah RM 600 juta dan jumlah ini meningkat kepada RM 1500 juta pada tahun 1990. Bukan itu sahaja, jumlah peningkatan ini berterusan sehingga mencecah lebih tiga kali ganda pada tahun 1995 apabila jumlahnya meningkat sebanyak RM 4800 juta berbanding tahun 1990. pada tahun 2000, jumlahnya masih meningkat sehingga RM 6700 juta. Peningkatan ini adalah berikutan permintaan terhadap barang kimia yang semakin meningkat ekoran daripada pembuatan barangan kimia Malaysia yang berkualiti serta harganya yang berpatutan.
    Selain itu, pembuatan barangan dari industri makanan, minuman dan tembakau juga antara industri yang menunjukkan peningkatan. Bermula dengan jumlah pembuatan sebanyak RM 800 juta pada tahun 1985, jumlah ini berterusan meningkat kepada RM 2100 juta pada tahun 1990. Pada tahun 1995 pula, jumlahnya adalah sebanyak RM 3600 juta dan peningkatan lebih sekali ganda iaitu RM 6700 juta bagi tahun 2000.
    Eksport kasar barang pembuatan dari industri barangan getah dan industri barang-barang lain pula menunjukkan pola perubahan yang tidak menentu dalam tempoh tahun 1985 hingga tahun 2000. Pada tahun 1985, eksport kasar barangan getah ialah RM 100 juta dan meningkat kepada RM 1400 juta pada tahun 1990 dan RM 3300 bagi tahun 1995. Namun, pada tahun 2000, jumlah ini menunjukkan penurunan kepada RM 2900 juta. Penurunan ini disebabkan oleh penutupan ladang-ladang getah dan harga getah yang tidak stabil.
    Bukan itu sahaja, terdapat juga barangan pembuatan Malaysia yang lain yang di eksport. Kadar eksport barang-barang lain ini juga tidak menentu. Pada tahun 1985, jumlah barangan lain yang di eksport bernilai RM 2400 juta. Bagi tahun 1990 pula, jumlahnya adalah sebanyak 17.70% daripada jumlah keseluruhan untuk tahun tersebut. 14.03% daripada jumlah keseluruhan pada tahun 1995 juga merupakan barangan lain yang dieksport. Namun, jumlah ini menunjukkan penurunan apabila jumlah eksportnya hanya bernilai RM 10400 juta bagi tahun 2000.
    Eksport barang pembuatan negara adalah amat penting untuk pembangunan ekonomi negara. Kerajaan Malaysia harus sentiasa memastikan tenaga pekerja dan sumber pembuatan kaya supaya pembuatan barang boleh terus berkembang.

    ReplyDelete