PANDUAN MEMBUAT KERJA RUMAH

Salam Sejahtera. Ruangan ini khas untuk pelajar-pelajar menjawab secara online setiap kerja rumah yang cikgu paparkan. Kerja rumah yang dipaparkan di ruangan ini biasanya akan diberi ketika cuti sekolah dan cuti umum. Selamat menjawab.

Monday, August 24, 2009

KERJA RUMAH 5 (PU2B2) KEFAHAMAN

KERTAS 2 - KEFAHAMAN

Petikan Laras Sains
"Makanan segera memang wajar digelar makanan remeh. Memandangkan hakikat inilah syarikat-syarikat makanan sanggup membelanjakan berjuta-juta ringgit ke atas iklan, penajaan dan promosi untuk menyakinkan pengguna. Tempat-tempat perniagaan (restoran) mereka didakwa menjadi tempat hiburan untuk kanak-kanak dan keluarga, mengikut aliran semasa dan kita diberitahu makanan itu selamat dimakan dan berkhasiat. Walau bagaimanapun, jika terlalu kerap dimakan, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan"
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Berita Harian, 20 Februari 2006)
Soalan:
(a) Mengapakah makanan segera dianggap sebagai makanan remeh?
(b) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, berikan ulasan kesan buruk akibat terlalu kerap mengambil makanan segera.

4 comments:

  1. (a)Makanan segera dianggap sebagai makanan remeh kerana banyak syarikat sanggup memghabiskan berjuta-juta ringgit untuk menyakinkan pengguna menggunakan makanan segera.
    (b)Antara kesan buruknya ialah mudah mendapat penyakit seperti obesiti.Hal ini kerana makanan segera mengandungi bahan kimia yang memberbahaya kepada badan.Selain itu, minda juga akan menjadi kurang cergas.Makanan segera tidak mempunyai khasiat seperti makanan lain yang boleh menyumbang kepada tumbesaran minda dan badan.

    ReplyDelete
  2. (a) Makanan segera dianggap sebagai makanan remeh kerana banyak syarikat-syarikat
    makanan sanggup melabur jutaan ringgit untuk tujuan pengiklan, penajaan dan promosi
    untuk menyakinkan pengguna.

    (b) Kesannya adalah boleh menyebabkan obesiti.Makanan segera mengandungi
    kandungan garam,gula dan lemak yang tinggi dan akan tersimpan di dalam badan
    kerana mengambil masa yang lama untuk dibakar.Selain,itu boleh menyebabkan
    pelbagai penyakit kronik.Makanan segera mengandungi kalori tinggi dan menjadi
    penyebab pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. (a) Makanan segera dianggap makan remeh kerana syarikat-syarikat terpaksa mengeluarkan kos yang tnggi bagi tujuan pengiklanan dan promosi untuk menarik perhatian pengguna.

    (b) Antara kesan buruknya ialah terdedah kepada risiko penyakit kronik. Kebanyakan makanan segera mempunyai kandungan bahan kimia yang berbahaya seperti bahan pengawet yang digunakan. Selain itu, pengguna juga terdedah kepada risiko obesiti. Hal ini disebabkan kandungan lemak dan kalori yang tinggi dalam makanan segera serta pengambilan yang melebihi keperluan badan.

    ReplyDelete