PANDUAN MEMBUAT KERJA RUMAH

Salam Sejahtera. Ruangan ini khas untuk pelajar-pelajar menjawab secara online setiap kerja rumah yang cikgu paparkan. Kerja rumah yang dipaparkan di ruangan ini biasanya akan diberi ketika cuti sekolah dan cuti umum. Selamat menjawab.

Monday, September 21, 2009

KERJA RUMAH HARI RAYA 1 (PU1F3)

Pelajar lelaki dikehendaki mencari dan memberi maklumat lengkap perkara berkaitan:
a) Bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan
b) Yang di-Pertuan Agong
c) Majlis Raja-Raja
d) Suruhanjaya
e) Ketua Audit Negara

Pelajar perempuan dikehendaki mencari dan memberi maklumat lengkap perkara berkaitan:
a) Kabinet
b) Jabatan Perdana Menteri
c) Kementerian
d) Jabatan
e) Perbadanan Awam (Badan Berkanun dan Badan Tidak Berkanun)

40 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. b.) Yang di-Pertuan Agong
    Gelaran Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
    Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri.
    Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu.
    Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan.Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu.
    Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.
    Jika menurut tempoh lama memerintah, Major-Jeneral Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (Sultan Johor), yang dilantik menjadi pada tahun 1895, merupakan sultan yang paling lama memerintah, tetapi baginda menolak perlantikan tersebut disebabkan telah lanjut usia (ketika itu baginda berusia 84 tahun).
    Yang kedua dalam turutan, Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang), yang memerintah pada tahun 1932, tidak mendapat mandat secukupnya untuk dilantik. Yang lama memerintah seterusnya, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang menaiki takhta pada tahun 1933, kemudiannya telah dilantik.
    Raja-raja yang hadir ketika pertabalan pertama adalah:
    1. Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang; 1932-1974)
    2. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; 1933-1960)
    3. Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor; 1938-1942, 1945-1960)
    4. Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah; 1943-1958)
    5. Sultan Ibrahim Petra ibni Almarhum Sultan Muhammad IV (Al-Sultan Kelantan; 1944-1960)
    6. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (Raja Perlis; 1945-2000)
    7. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III (Sultan Terengganu; 1945-1979)
    8. Sultan Yusuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasruddin Shah (Sultan Perak; 1948-1963)
    9. Tunku Ismail ibni Sultan Sir Ibrahim (Tunku Mahkota Johor; menjadi Sultan 1959-1981)
    Faktor pemilihan-
    Pemilihan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada sistem giliran yang telah ditetapkan.
    Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong seterusnya.
    Syarat yang akan diambil kira ialah:
    1. Kekananan di kalangan Sultan dan Raja;
    2. Baginda berkenan untuk menjadi Agong;
    3. Tidak mengalami kelemahan atau ketidak upayaan mental;
    4. Merupakan Raja yang berada di kedudukan teratas;
    5. Mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain;
    6. Dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.
    Faktor lain ialah usia dan tempoh masa pemerintahan dan kalau kita lihat daripada aspek status atau peranan yang dimainkan oleh Yang Dipertua usia dan tempoh masa pemerintahan seseorang Raja di sesebuah negeri amat penting kerana apabila baginda telah menjalankan pemerintahan dalam tempoh yang lama ini dapat menggambarkan kematangannya terhadap cara pemerintahan

    ReplyDelete
  3. c.) Majlis Raja-Raja
    Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.
    Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara.
    Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai setiausaha Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

    ReplyDelete
  4. e) Ketua Audit Negara
    Ketua Audit Negara Malaysia merupakan ketua Jabatan Audit Negara. Beliau bertanggungjawab melaksanakan pengauditan terhadap urusan kewangan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan Malaysia. Peranan ini penting bagi meningkatkan kebertanggungjawaban pengurusan awam.
    Ketua Audit Negara mengemukakan sebuah laporan tahunan yang memerinci pengurusan wang setiap kementerian.

    *Nota tambahan:-
    -Beliau dilantik oleh YDPA atau atas cadangan Perdana Menteri selepas berunding dengan MRR.
    -Beliau boleh meletak jawatan tetapi tidak boleh dipecat kecuali atas alasan yang sama seperti Hakim Mahkamah Persekutuan.
    -Beliau memastikan kewujudan akaunbiliti dalam pentadbiran dan pengurusan wang awam melalui pengauditan akaun.

    ReplyDelete
  5. 1. KABINET :
    -Satu badan yang dianggotai oleh para menteri.
    -dibentuk oleh parti yang memenangi pilihan raya umum.
    -Atas nasihat dan cadangan Perdana Menteri, YDPA melantik anggota-anggota Kabinet yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen
    -Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat, seluruh Kabinet mesti letak jawatan atau mencadangkan pembubaran parlimen bagi mengadakan pilihan raya umum yang baru.
    -Para menteri memegang jawatan selama diperkenaankan oleh YDPA.
    -Seseorang Menteri mesti mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan rahsia di hadapan YDPA.

    -TUGAS-TUGAS :
    a. menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh YDPA
    b. badan tertinggi yang membentuk dasar kerajaan Persekutuan
    c. memberi arahan kepada jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan
    d. menentukan dasar-dasar negara
    e. menyelaraskan sistem pentadbiran negara agar wujud kerajaan yang cekap dan stabil.
    f. meluluskan darf undang-undang sebelum dihantar ke Parlimen

    -Saraan ahli Kabinet ditentukan oleh Parlimen dan diluluskan oleh Kumpulan Wang Disatukan.
    -Setiap menteri memegang portfolio tertentu tetapi mereka sama-sama bertanggungjawab terhadap semua keputusan Kabinet.

    2. JABATAN PERDANA MENTERI
    -merupakan Kementerian Utama yang membentuk dan menyelaraskan dasar kerajaan.
    -diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri dan ahli-ahli Kabinet yang lain.

    - FUNGSI :
    a. pembentukan dasar-dasar kerajaan
    b. mengarah, menyelaras dan mengawal kementerian, jabatan dan badan-badan Persekutan
    c. menguruskan kerja-kerja Majlis Tertinggi
    d. mengawal perkembangan agama Islam di seluruh Persekutuan
    e. menentukan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan secara cekap dan berkesan menerusi kementerian-kementerian
    f. menasihati dan mengawal industri-industri yang penting seperti PERRNAS, HICOM..
    g. mengawal agensi-agensi pusat

    -Ketua Setiausaha Negara merupakan pegawai pentadbiran utama dan bertugas sebagai penaishat utama Perdana Menteri
    -Ketua Setiausaha Negara bertanggungjawab sebagai penyelaras pentadbiran di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan
    -Agensi di bawah kendalian JPM termasuk : Badan Pencegah Rasuah, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Bahagian Keselamatan negara, Bahagian Pengurusan Hartanah, dan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.

    3. KEMENTERIAN
    -merupakan agensi pentadbiran tertinggi dalam jentera pentadbiran negara
    -merupakan organisasi kerajaan yang menggubal dasar, merancang program-program dan melaksanakannya di dalam arahan menteri
    -diketuai oleh seorang menteri dengan portfolionya
    -menteri dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Ketua Setiausaha Kementerian, dan pegawai-pegawai kerajaan yang lain
    -FUNGSI :
    a. membentuk dan menyelaraskan pelaksanaan dasar atau program-program
    b. merancang, mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan perkara-perkara di bawah kementerian
    -terbahagi kepada :
    1. Kementerian yang beroperasi di peringkat Persekutuan
    2. Kementerian yang beroperasi di peringkat Persekutuan dan cawangan-cawangannya di negeri serta daerah

    ReplyDelete
  6. a) Bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan
    Kerajaan persekutuan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bidang-bidang dalam Seranai Persekutuan.
    Senarai Persekutuan :
    • Hal-ehwal luar Negara
    • Pertahanan bagi Persekutuan
    • Keselamatan dalam negeri
    • Undang-undang, acara sivil dan jenayah, dan pentadbiran keadilan
    • Kewarganegaraan Persekutuan
    • Jentera kerajaan Persekutuan
    • Kewangan seperti mata wang dan tukaran wang asing
    • Perdagangan, komersial, dan perusahaan
    • Perkapalan, pelayaran, dan perikanan laut dalam
    • Perhubungan dan pengangkutan
    • Kerja-kerja Persekutuan dan kuasa
    • Kajian, siasatan, dan penyelidikan
    • Pendidikan
    • Ubat dan kesihatan
    • Buruh dan keselamatan sosial
    • Kebajikan orang-orang asli
    • Pekerjaan professional
    • Hari kelepasan am
    • Pertubuhan yang tidak diperbadankan
    • Kawalan terhadap musuh tanaman
    • Akhbar, penerbitan, percetakan
    • Penapisan
    • Panggung wayang dan tempat hiburan awam
    • Syarikat kerjasama/koperasi
    • Pelancongan
    • Perkhidmatan bomba
    • Semua perkara berhubung dengan Wilayah Persekutuan

    ReplyDelete
  7. b) Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
    YDPA merupakan ketua negara Malaysia. Baginda hendaklah menjalankan tugas sebagai ketua negara berpandukan undang-undang dan Perlembagaan Malaysia. Baginda merupakan kuasa eksekutif tertinggi negara.

    Pemilihan YDPA
    Pemilihan jawatan YDPA dilakukan oleh Majlis Raja-Raja (MRR). Jawatan YDPA ditawarkan kepada raja yang layak dipilih dan negerinya ialah pertama dalam senarai pemilihan. Jika tawarannya ditolak, maka ditawarkan kepada Raja seterusnya dalam senarai tersebut. Jika seseorang Raja menerima tawaran tersebut , maka MRR mengistiharkan baginda sebagai YDPA dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan memberitahu secara bertulis kepada Parlimen tentang keputusan MRR.
    Mana-mana raja boleh dipilih menjadi YDPA kecuali :
    • Belum cukup umur
    • Sengaja tidak mahu dipilih
    • Difikirkan tidak layak oleh MRR dengan ketetapan melalui undi sulit atas sebab-sebab kelemahan akal atau tubuh atau sebab-sebab lain
    Empat perkara penting dalam cara pemilihan YDPA iaitu :
    • Hanya raja-raja boleh dicalonkan
    • Hanya raja-raja boleh mengundi
    • Seseorang raja tidak boleh dipilih menjadi YDPA sebanyak dua kali berturut-turut sehingga raja dari setiap negeri yang bersedia dan layak telah diberi peluang menjadi YDPA
    • Seseorang raja adalah layak dipilih menjadi YDPA melainkan MRR mengambil keputusan dengan undi sulit bahawa raja berkenaan adalah tidak sesuai untuk menjalankan tugas-tugas YDPA disebabkan kelemahan akal, tubuh atau sebab-sebab lain
    Baginda memegang jawatan ini untuk tempoh lima tahun. Baginda bukan seorang Presiden dan hanya boleh dipecat oleh MRR atas usul yang disokong oleh lima daripada sembilan raja-raja. Saraan YDPA ditanggung oleh Kumpulan Wang Yang Disatukan.

    ReplyDelete
  8. Kuasa dan Tugas YDPA
    YDPA mempunyai kuasa dan bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas berikut mengikut kuasa budi bicara baginda :
    • Melantik Perdana Menteri
    • Menyetujui atau menolak permintaan membubarkan Parlimen
    • Memanggil mesyuarat MRR untuk membincangkan perkara-perkara yang bersabit dengan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan raja-raja
    Baginda mempunyai kuasa-kuasa pengampunan bagi kes-kes jenayah di Wilayah Persekutuan. Baginda akan bertindak atas nasihat Peguam Negara, Menteri Wilayah Persekutuan dan ahli-ahli dalam Lembaga Pengampunan. Baginda boleh menangguhkan, meringankan atau, mengarahkan supaya dilaksanakan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera di seluruh Persekutuan. Baginda juga mempunyai kuasa pengampunan bagi pesalah-pesalah yang menerima hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah bagi negeri-negeri yang tidak beraja.
    Baginda juga berkuasa melantik Peguam Negara, Ketua Audit Negara, Ketua Turus Angkatan Tentera, ahli-ahli Suruhanjaya, jawatan-jawatan khas seperti ketua-ketua jabatan (Ketua Setiausaha Negara, Ketua Polis Negara), Ketua Hakim Negara, hakim-hakim besar, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Tinggi serta Hakim Mahkamah Sesyen dan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan, Senator (ahli Dewan Negara) atas nasihat Perdana Menteri, Speaker Dewan Rakyat, Drwan Negara dan Ketua Pentadbiran Parlimen atas nasihat Perdana Menteri, serta Yang Dipertua Negeri atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Ketua-ketua Menteri negeri-negeri berkenaan.

    Sekatan Terhadap Kuasa YDPA
    Sebagai raja berperlembagaan, YDPA tersekat daripada melakukan perkara-perkara berikut:
    • Semasa menjadi YDPA, baginda tidak boleh melaksanakan tugas sebagai raja di negerinya sendiri kecuali tugas Ketua Agama Islam, melantik pemangku raja dan mengurniakan gelaran dan pingat kebesaran.
    • Baginda tidak boleh memegang jawatan bergaji atau sebarang bentuk saran.
    • Baginda tidak boleh terlibat dalam perniagaan.
    • Menerima apa-apa pendapatan sebagai raja negerinya.
    • Tidak boleh meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada 15 hari kecuali atas lawatan rasmi atau kebenaran MRR atau Timbalan YDPA.
    • Baginda tidak boleh melakukan kesalahan yang terkandung dalam Kanun Keseksaan dan undang-undang Malaysia.
    • Baginda tidak boleh mengampun diri sendiri, permaisuri baginda, dan anak-anak baginda.

    Perletakan Jawatan YDPA
    YDPA boleh letak jawatan pada bila-bila masa. YDPA hendaklah mengutus surat peletakan yang ditandatangani oleh baginda kepada MRR. Perletakan jawatan ini tidak perlu diberitahu kepada Parlimen kerana tidak perlu mendapat persetujuan Parlimen. YDPA hanya boleh dipecat daripada jawatan baginda oleh MRR pada bila-bila masa atas apa-apa jua sebab. Pemecatan ini mesti disokong oleh sekurang-kurangnya lima ahli MRR.

    ReplyDelete
  9. c) Majlis Raja-Raja (MRR)
    MRR ialah satu majlis yang dianggotai oleh ketua-ketua negeri. MRR mengandungi 9 orang Raja dan 4 orang Yang Dipertua Negeri yang tidak menjadi ahli majlis itu bagi maksud apa-apa mesyuarat mengenai pemilihan dan pemecatan YDPA, pemilihan Timbalan YDPA, kedudukan Raja-Raja Melayu, dan Agama Islam.
    Tugas-tugas utama MRR ialah seperti berikut:
    • Memilih dan memecat YDPA dan Timbalan YDPA
    • Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya sesuatu amalan Islam meliputi seluruh Persekutuan.
    • Mempersetujui atau tidak mempersetujui sesuatu undang-undang yang memerlukan persetujuannya.
    • Mempersetujui atau tidak mempersetujui sesuatu pelantikan jawatan.
    • Melantik anggota Mahkamah Raja-raja bagi membicarakan raja-raja Melayu
    • Menjalankan kuasa pengampunan yang diberi kepadanya, seperti terhadap orang yang dibicarakan di Mahkamah Khas
    • Membincangkan dasar-dasar negara atau apa-apa perkara lain yang dianggap patut
    MRR mempunyai kuasa perundangan dalam perkara-perkara kebebasan bercakap dan ber himpun, kewarganegaraan, Majlis Raja-Raja, Akta Hasutan di Parlimen, Keutamaan Raja dan Yang Dipertua Negeri, jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri, Akta Hasutan di Dewan Undangan Negeri, Bahasa Kebangsaan, Keistimewaan kaum bumiputera dan kepentingan yang sah bagi kaum-kaum bukan bumiputera, kuasa MRR dalam pindaan perlembagaan dan mempertimbangkan pengubahan sempedan negeri.
    MRR juga berkuasa ke atas perlantikan jawatan-jawatan Ketua hakim Negara dan semua hakim yang lain, Ketua Audit Negara, pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikkan.
    Mesyuarat MRR biasanya diadakan tiga atau empat kali setahun selama dua hari. MRR mempunyai seorang pegawai yang digelar Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Antara tugas beliau ialah sebagai setiausaha MRR, memegang jawatan sehingga diperkenan oleh majlis tersebut, memanggil mesyuarat MRR dan menjadi jurucakap MRR seperti mengumumkan tarikh berpuasa, tarikh Hari Raya Haji dan Hari Raya Puasa.

    d) Suruhanjaya
    Terdapat dua jenis suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Tetap dan Sementara (Khas). Terdapat tiga Suruhanjaya Tetap iaitu Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Perkhidmatan, dan Suruhanjaya Hak Asasi perkara seperti bencana alam, penyelewangan dan membuat perakuan-perakuan kepada kerajaan bagi menyelesaikannya. Suruhanjaya merupakan satu badan yang bebas, adil, saksama, tanpa pengaruh politik. Ahli-ahli suruhanjaya dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan MRR. Hanya penjawat awam, hakim, dan golongan professional boleh menganggotai Suruhanjaya. Ahli mana-mana Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri tidak boleh menganggotai Suruhanjaya. Pemecatan melalui suatu tribunal dan saraan ditanggung oleh Kumpulan Wang Yang Disatukan.

    Suruhanjaya Pilihanraya
    Terdiri daripada Pengerusi , Timbalan Pengerusi dan tiga orang ahli yang lain. Salah orang ahli adalah dari Sabah dan Sarawak mengikut giliran. Suruhanjaya Pilihanraya berfungsi untuk :
    • membuat peraturan pemilih,
    • menyemak daftar pemilih,
    • menjalankan pilihanraya bagi Persekutuan dan Negeri,
    • mempersempadankan kawasan pilihanraya.

    ReplyDelete
  10. Suruhanjaya Perkhidmatan
    Terdiri daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang, Suruhanjaya Pasukan Polis, dan Majlis Angkatan Tentera. Semua ahli suruhanjaya di atas dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan MRR. Secara umumnya tugas-tugas suruhanjaya di atas adalah seperti berikut :
    • melantik kakitangan awam masing-masing,
    • mengesah dan memasukkan kakitangan ke jawatan tetap dan berpencen,
    • menaikan pangkat kakitangan,
    • menukar kakitangan ke jabatan atau agensi yang lain
    • menjalankan kawalan tatatertib terhadap kakitangan masing-masing.

    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
    Terdiri daripada seorang pengerusi , naib pengerusi dan 4-30 orang ahli. Pengerusi dan Naib Pengerusi mestilah pesara Perkhidmatan Awam yang bersara tidak lebih daripada lima tahun.

    Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
    Terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan 4-8 orang ahli.

    Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang
    Ahli-ahlinya terdiri daripada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Peguam Negara, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, dan beberapa orang ahli atau bekas hakim dalam bidang kehakiman dan undang-undang.

    Suruhanjaya Pasukan Polis
    Ahli-ahli Suruhanjaya terdiri daripada Pengerusi iaitu Menteri Keselamatan Dalam Negeri (boleh terdiri daripada Ahli Parlimen), Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, seorang wakil daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, dan 2-6 orang ahli.

    Majlis Angkatan Tentera
    Ahli-ahlinya terdiri daripada Pengerusi iaitu Menteri Pertahanan (boleh terdiri daripada ahli Parlimen), wakil YDPA yang dilantik oleh MRR, Ketua Turus Angkatan Tentera yang dilantik oleh YDPA, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, dan dua orang Pegawai Kanan Angkatan Tentera yang dilantik oleh YDPA.

    ReplyDelete
  11. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
    Ahli-ahlinya terdiri daripada Pengerusi dan tidak lebih daripada 20 orang ahli panel yang dilantik untuk tempoh dua tahun (layak lantik semula). Antara fungsi SUHAKAM ialah :
    • memupuk kesedaran dan mendidik tentang hal-hal yang berkaitan hak asasi manusia,
    • menasihati dan membantu kerajaan dalam merumus perundangan, arahan dan tatacara pentadbiran serta langkah-langkah yang perlu diambil,
    • mengesyorkan kepada kerajaan mengenai penyertaan negara dalam sebarang perjanjian antarabangsa mengenai hak asasi manusia,
    • menyiasat aduan berkaitan sebarang pencabulan hak asasi manusia dan menyediakan laporan tentang berkaitan dengannya,
    • mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut peruntukan akta,
    • melawat ke tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan.

    Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia
    Suruhanjaya ini ditubuhkan pada 4 Feb 2005 atas syor Perdana Menteri. Tugas-tugasnya ialah :
    • menyiasat fungsi dan tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan undang undang Negara,
    • meyiasat keperluan sumber manusia PDRM,
    • menyiasat etika kerja dan prosedur bagi kakitangan PDRM,
    • menyiasat isu-isu hak asasi manusia yang berkaitan dengan tugas-tugas PDRM.

    e) Ketua Audit Negara
    Ketua Audit Negara dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan MRR. Ketua Audit Negara tidak boleh memegang sebarang jawatan lain dalam Perkhimatan Awam Negeri dan Persekutuan. Tugasnya adalah menyemak semua akaun perbelanjaan bagi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan–badan lain yang telah ditetapkan oleh undang-undang atau pemerintah YDPA seperti badan berkanun dan kerajaan tempatan. Beliau juga bertanggungjawab menyediakan satu laporan mengenai akaun-akaun tersebut untuk perhatian YDPA, Raja atau Yang Dipertua Negeri. Laporan tersebut akan diarahkan supaya dibentangkan di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Beliau boleh letak jawatan pada bila-bila masa namun pemecatan mestilah melalui satu tribunal khas atas alasan-alasan berkelakuan buruk, tidak berupaya, dan uzur fizikal atau mental. Saraan Ketua Audit Negara dipertanggungjawab kepada Kumpulan Wang Disatukan. Ketua Audit Negara menjalankan tiga jenis pengauditan, iaitu Pengauditan Kewangan, Pengauditan Pemantauan, dan Pengauditan Pretasi.

    ReplyDelete
  12. KABINET
    Kabinet Malaysia ialah sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia. Diketuai oleh Perdana Menteri, kabinet merupakan sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen. Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat.
    Anggota Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parliment, Dewan Rakyat. Walaupun Timbalan Menteri dan/atau Setiausaha Parlimen dilantik mengikut setiap portfolio, tetapi mereka tidak termasuk dalam Kabinet. Kabinet seringkali bermesyuarat secara mingguan, setiap Rabu.

    Portfolio Menteri
    Perdana Menteri Malaysia
    Najib Tun Razak

    Timbalan Perdana Menteri Malaysia
    Muhyiddin Yassin

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
    Dr. Koh Tsu Koon

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
    Mohamed Nazri bin Abd. Aziz

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi)
    Nor Mohamed Yakcop

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam)
    Jamil Khir Baharom

    Menteri Dalam Negeri
    Hishamuddin Tun Hussein

    Menteri Kewangan
    Najib Tun Razak

    Menteri Kewangan II
    Ahmad Husni Hanadzlah

    Menteri Pertahanan
    Dr. Ahmad Zahid Hamidi

    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
    Kong Cho Ha

    Menteri Kerja Raya
    Shaziman Abu Mansor

    Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
    Peter Chin Fah Kui

    Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
    Noh Omar

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
    Mustapa Mohamed

    Menteri Luar Negeri
    Anifah Aman

    Menteri Pelajaran
    Muhyiddin Yassin

    Menteri Pengajian Tinggi
    Mohamed Khaled Nordin

    Menteri Pengangkutan
    Ong Tee Keat

    Menteri Sumber Manusia
    S. Subramaniam

    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
    Shahrizat Abdul Jalil

    Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
    Dr Maximus Ongkili

    Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
    Douglas Unggah Embas

    Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
    Mohd Shafie Apdal

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
    Ismail Sabri Yaakob

    Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
    Bernard Dompok

    Menteri Belia dan Sukan
    Ahmad Shabery Cheek

    Menteri Kesihatan
    Liow Tiong Lai

    Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
    Rais Yatim

    Menteri Pelancongan
    Ng Yen Yen

    Menteri Wilayah Persekutuan
    Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

    ReplyDelete
  13. JABATAN PERDANA MENTERI

    Misi, Peranan & Fungsi

    Misi

    Sebagai agensi utama dalam Kerajaan, misi Jabatan Perdana Menteri ialah untuk memberi bimbingan dan kepimpinan yang tegas lagi berwibawa dalam jentera Kerajaan selaras dengan matlamat dan aspirasi negara seperti yang sering ditekankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.


    Peranan dan Fungsi

    Jabatan Perdana Menteri ialah pusat penyelaras bagi semua Kementerian dan Agensi Kerajaan sebagaimana ia bersangkut paut dengan dasar-dasar Kerajaan dan dengan pelaksanaan dasar-dasar tersebut.
    Jabatan Perdana Menteri juga adalah agensi pusat dalam pengurusan dan pentadbiran Kerajaan dan juga dalam Perkhidmatan Awam. Fungsi Jabatan Perdana Menteri termasuk menentukan dasar-dasar perkhidmatan awam, aturcara-aturcara pentadbiran dan garis-garis panduan serta juga pengelolaan peraturan-peraturan berkenaan.
    Jabatan Perdana Menteri secara langsung bertanggungjawab dalam fungsi-fungsi berikut:
    -Memelihara undang-undang dan keamanan
    -Keselamatan dalam negeri
    -Persidangan-persidangan Majlis Mesyuarat Kabinet dan Mesyuarat Diraja
    -Majlis-majlis berupacara dan adat istiadat negara
    -Audit Kerajaan
    -Pengurusan dan pengawalseliaan industri hidrokarbon
    -Penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah dan penyalahgunaan dadah
    -Pengawalseliaan industri penyiaran
    -Penerangan dan media massa

    Jabatan Perdana Menteri juga menyediakan perkhidmatan pentadbiran dan perkhidmatan bantuan untuk Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dan Pejabat Penasihat Khas kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan di Jabatan Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  14. a) Bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan
    Dalam sistem Persekutuan,wujudnya pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.Kerajaan Persekutuan berkuasa membuat undang-undang melalui Parlimen.Kerajaan Persekutuan berkuasa ke atas perkara-perkara dalam senarai Persekutuan.

    Hal-ehwal luar Negara
    • Pertahanan bagi Persekutuan
    • Keselamatan dalam negeri
    • Undang-undang, acara sivil dan jenayah, dan pentadbiran keadilan
    • Kewarganegaraan Persekutuan
    • Jentera kerajaan Persekutuan
    • Kewangan seperti mata wang dan tukaran wang asing
    • Perdagangan, komersial,perusahaan dan perniagaan.
    • Perkapalan, pelayaran, dan perikanan laut dalam
    • Perhubungan dan pengangkutan
    • Kerja-kerja Persekutuan dan kuasa
    • Kajian, siasatan, dan penyelidikan
    • Pendidikan
    • perubatan dan kesihatan
    • Buruh dan keselamatan sosial
    • Kebajikan orang-orang asli
    • Pekerjaan professional
    • Hari kelepasan am
    • Pertubuhan yang tidak diperbadankan
    • Kawalan terhadap musuh tanaman
    • Akhbar, penerbitan, percetakan
    • Penapisan
    . Kerjaraya dan tenaga pusat
    • Syarikat kerjasama/koperasi
    • Pelancongan
    • Perkhidmatan bomba
    . Pilihan Raya
    . Amanah
    • Semua perkara berhubung dengan Wilayah Persekutuan

    ReplyDelete
  15. Kabinet

    Senarai Kabinet Malaysia 2009
    Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Razak

    Timbalan Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri
    Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ~ Perpaduan & Pengurusan Prestasi
    Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ~ Perundangan dan Parlimen
    Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ~ Unit Perancang Ekonomi
    Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom ~ Hal Ehwal Islam
    Timbalan-timbalan menteri:
    Datuk Liew Vui Keong
    Datuk Dr Mashitah Ibrahim
    Datuk SK Devamany
    Ahmad Maslan
    T Murugiah
    Menteri kewangan I
    Datuk Seri Najib Razak
    Menteri kewangan II
    Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
    Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
    Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)
    Menteri Pelajaran
    Tan Sri Muhyiddin Yassin
    Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
    Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)
    Menteri Pengangkutan
    Datuk Ong Tee Keat
    Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
    Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)
    Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
    Tan Sri Bernard Dompok
    Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)
    Menteri Dalam Negeri
    Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
    Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
    Jelaing Mersat (timbalan)
    Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
    Datuk Seri Dr Rais Yatim
    Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
    Senator Heng Seai Kie (timbalan)
    Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
    Datuk Peter Chin Fah Kui
    Noriah Kasnon (timbalan)
    Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
    Datuk Seri Shafie Apdal
    Datuk Hassan Malek (timbalan)
    Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)
    Menteri Pengajian Tinggi
    Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
    Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
    Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)
    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
    Datuk Mustapa Mohamed
    Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
    Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)
    Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
    Datuk Dr Maximus Ongkili
    Fadillah Yusof (timbalan)
    Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar
    Datuk Douglas Uggah Embas
    Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)
    Menteri Pelancongan
    Datuk Ng Yen Yen
    Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)
    Menteri Pertanian dan Industri Asas Industri
    Datuk Noh Omar
    Datuk Johari Baharum (timbalan)
    Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)
    Menteri Pertahanan
    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
    Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)
    Menteri Kerja Raya
    Datuk Shaziman Abu Mansor
    Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)
    Menteri Kesihatan
    Datuk Liow Tiong Lai
    Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)
    Menteri Belia dan Sukan
    Datuk Ahmad Shabery Cheek
    Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
    Wee Jeck Seng (timbalan)
    Menteri Sumber Manusia
    Datuk Dr S Subramaniam
    Datuk Maznah Mazlan (timbalan)
    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
    Datuk Ismail Sabri Yaakob
    Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)
    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
    Datuk Kong Cho Ha
    Datuk Lajim Ukin (timbalan)
    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
    Datuk Seri Sharizat Jalil
    Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)
    Menteri Luar
    Datuk Anifah Aman
    A Kohilan Pillay (timbalan)
    Datuk Lee Chee Leong (timbalan)
    Menteri Wilayah Persekutuan
    Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
    Datuk M Saravanan (timbalan)

    ReplyDelete
  16. kabinet
    * sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia
    * sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen
    * Diketuai oleh Perdana Menteri
    * Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara
    * Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri
    * seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat
    * Anggota Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parliment, Dewan Rakyat
    * Timbalan Menteri dan/atau Setiausaha Parlimen dilantik mengikut setiap portfolio, tetapi mereka tidak termasuk dalam Kabinet
    * bermesyuarat secara mingguan ( Rabu)

    Peranan kabinet
    * melaksanakan kuasa eksekutif yang dipegang oleh YDPA
    * badan tertinggi yang membentuk dasar kerajaan Persekutuan
    * memberi arahan kepada jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan
    * menentukan dasar-dasar negara
    * menyelaraskan sistem pentadbiran negara agar wujud kerajaan yang cekap dan stabil.
    * meluluskan darf undang-undang sebelum dihantar ke Parlimen



    -Saraan ahli Kabinet ditentukan oleh Parlimen dan diluluskan oleh Kumpulan Wang Disatukan.
    -Setiap menteri memegang portfolio tertentu tetapi mereka sama-sama bertanggungjawab terhadap semua keputusan Kabinet.

    ReplyDelete
  17. b ) Jabatan Perdana Menteri

    * ditubuhkan pada tahun 1957
    * terdiri daripada tiga bahagian
    i) Bahagian Kabinet dan Perlembagaan
    ii) Bahagian Keselamatan dan Risikan
    iii) Urusetia bagi Penasihat Ekonomi
    *pada tahun 1961, Jabatan Perdana Menteri telah diperbesarkan lagi dengan penubuhan beberapa bahagian lain seperti Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Istiadat, Bahagian Penyelidikan, Unit Penyelidikan Ekonomi, Biro Terjemahan Persekutuan, Pejabat Perumahan, Bahagian Hal Ehwal Malaysia, Pusat Pembangunan Pengajian dan Bahagian Geraksaraf.
    * Sehingga ke tarikh ini, Jabatan Perdana Menteri telah mempunyai 45 buah agensi / jabatan yang terletak di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri.
    * diterajui oleh Y.A.B. Perdana Menteri dengan dibantu oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri, 5 orang Menteri, 5 orang Timbalan Menteri.
    * Jabatan Perdana Menteri terdapat 45 buah jabatan/ agensi iaitu 4 buah agensi yang bersifat Agensi Pusat, 35 buah jabatan/ agensi, 5 buah Suruhanjaya, dan 4 buah Badan Berkanun.
    * Pegawai Tadbir Utama bagi Jabatan Perdana Menteri ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN), yang juga sebagai Ketua Setiausaha (KSU).
    * Beliau dibantu oleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU(Kabinet)), Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) dan Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU)
    * skop fungsi Jabatan Perdana Menteri adalah meliputi 7 bidang iaitu
    1. PERHUBUNGAN DI ANTARA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI
    2.PEMBANGUNAN EKONOMI
    3. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
    4. PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN HAL EHWAL ISLAM
    5. PENGURUSAN KESELAMATAN NEGARA
    6. PENGURUSAN UNDANG-UNDANG DAN KEHAKIMAN
    7. FUNGSI-FUNGSI KHAS JABATAN PERDANA MENTERI

    Misi,Visi & Objektif JPM

    Misi
    Jabatan Perdana Menteri bertekad menjadi agensi terunggul dalam merancang, merumus dan menyelaras segala dasar dan maklumat utama negara.

    Visi
    Menyediakan jentera kerajaan yang cekap dan mantap untuk merealisasikan perancangan dan perumusan dasar-dasar utama Negara dilaksanakan dengan berkesan.

    Objektif
    * Merancang, merumus dan menyelaras segala dasar dan maklumat negara untuk pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan bagi menjamin kebahgiaan dan kesempurnaan hidup rakyat Malaysia
    * Menentukan segala urusan dalam bidang pentadbiran, kewangan, perjawatan, perkhidmatan, istiadat dan keseluruhan Jabatan dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan yang ditentukan dari semasa ke semasa.

    Peranan JPM
    * pusat yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar utama Kerajaan.

    ReplyDelete
  18. 1. JABATAN PERDANA MENTERI
    Jabatan dan Agensi:
    o Badan Pencegah Rasuah (BPR)
    o Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
    o Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
    o Bahagian Kabinet Perlembangan dan Perhubungan Antara Kerajaan
    o Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang
    o Bahagian Keselamatan Negara
    o Bahagian Pengurusan Hartanah
    o Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia
    o Bahagian Penyelidikan
    o Biro Bantuan Guaman
    o Biro Pengaduan Awam
    o Biro Tatanegara
    o Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
    o Istana Negara
    o Institut Diplomasi dan Hal Ehwal Luar Negeri (IDHL)
    o Institut Kefahaman Islam Malaysia
    o Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)
    o Institut Tadbiran Awam Negara - INTAN
    o Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
    o Jabatan Audit Negara Malaysia
    o Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) [Department of Islamic Development]
    o Jabatan Parlimen Malaysia
    o Jabatan Peguam Negara
    o Jabatan Perangkaan (JP) [Department of Statistics]
    o Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) [Public Service Department]
    o Jabatan Setiausaha Persekutuan Sarawak
    o Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
    o Lembaga Penasihat
    o Lembaga Tabung Haji
    o Mahkamah Persekutuan
    o Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
    o Majlis Perbandaran Wilayah Persekutuan Labuan
    o Majlis Tindakan Ekonomik Negara (MTEN) [National Economic Action Council]
    o Masjid Negara
    o Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
    o Pejabat Ketua Setiausaha Negara
    o Pejabat Perdana Menteri
    o Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
    o Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak
    o Penasihat Sains
    o Perbadanan Putrajaya
    o Perpustakaan Kuala Lumpur
    o Suruhanjaya Perdagangan Komoditi
    o Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) [Public Services Commission]
    o Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) [Education Service Commission]
    o Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) [Election Commission]
    o Tribunal Perkhidmatan Awam
    o Unit Khas Teknologi Tinggi (MIGHT)
    o Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
    o Unit Perancang Ekonomi (UPE)
    o Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
    o Urusetia Persidangan Antarabangsa Dan Protokol

    ReplyDelete
  19. Kementerian

    * terdapat 25 kementerian-kementerian
    * Jabatan Perdana Menteri merupakan suatu kementerian yang paling penting bagi kerajaan Malaysia.
    * Jabatan Perdana Menteri memainkan peranan yang penting dalam merancang, merumus dan menyelaraskan segala dasar negara.

    senarai 25 kementerian dibawah kerajaan Malaysia.

    ~ Prime Minister Department
    ~ Ministry of Finance
    ~ Ministry of Home Affairs
    ~ Ministry of Foreign Affairs
    ~ Ministry of Defence
    ~ Ministry of Health
    ~ Ministry of Education
    ~ Ministry of Transport
    ~ Ministry of Youth and Sports
    ~ Ministry of Human Resources
    ~ Ministry of Works
    ~ Ministry of International Trade and Industry
    ~ Ministry of Primary Industries
    ~ Ministry of Agriculture
    ~ Ministry of Entrepreneur Development
    ~ Ministry of Science, Technology and Environment
    ~ Ministry of Energy, Communication and Multimedia
    ~ Ministry of Housing and Local Government
    ~ Ministry of Land and Cooperative Development
    ~ Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs
    ~ Ministry of Culture, Art and Tourism
    ~ Ministry of Information
    ~ Ministry of Woman and Family Development
    ~ Ministry of Rural Development
    ~ Ministry of Unity and Social Development

    ReplyDelete
  20. Jabatan

    1- Jabatan adalah agensi kerajaan yang terletak di bawah sesebuah kementerian.
    2- Jabatan boleh dibahagikan kepada 3 jenis.
    (A) Jabatan Persekutuan
    (B) Jabatan Negeri
    (C) Jabatan Cawangan Persekutuan
    3- Kebanyakan cawangan bertanggungjawab bagi perkara-perkara ikthisas dan teknikal.
    4- Jabatan biasanya diketuai oleh seorang Ketua Pengarah yang menggunakan gelaran berbeza-beza.Contohnya:
    (A) Ketua Polis Negara(Jabatan Polis)
    (B) Akauntan Negara(Jabatan Akauntan Negara)
    (C) Ketua Audit Negara(Jabatan Audit Negara)
    5- Ketua cawangan negeri bagi Jabatan Persekutuan pula biasanya dikenali oleh Pengarah.

    Beberapa contoh jabatan dan fungsi-funginya:

    JABATAN DAN FUNGSI-FUNGSINYA

    Ikatan Relawan Rakyat Malaysia(RELA) -sebagai benteng keselamatan Negara
    -mengawal keselamatan awam setempat
    -mengumpul maklumat tentang keselamatan dan ketenteraman awam

    Jabatan Pengairan dan Saliran -menjalankan kerja-kerja tebatan banjir
    -memelihara kecekapan hidraulik sungai
    -menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan dalam bidang saliran dan pengairan

    Jabatan Tenaga Rakyat -membantu penggunaan tenaga manusia secara optimum
    -mengumpul,menganalisis dan menyebarkan maklumat mengenai pasran buruh Negara
    -melatih dan meningkatkan sumber tenaga kerja mahir dan separuh mahir

    Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) -menentukan kadar dan mengutip cukai bagi orang perseorangan dan syarikat
    -mengutip duti stem
    -menentukan cukai jualan harta benda

    Jabatan Peguam Negara -memberi nasihat perundangan kepada kerajaan
    -menggubal undang-undang
    -mewakili dan membele kerajaan di mahkamah

    Jabatan Perhubungan Perusahaan -mewujudkan perhubungan yang harmoni antara pekerja dengan majikan dan kesatuan sekerja
    -menyediakan khidmat runding damai
    -mencegah pertikaian perusahaan

    ReplyDelete
  21. Jabatan dan Agensi kerajaan Malaysia:-

    1.Badan Pencegah Rasuah (BPR)
    2.Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
    3.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
    4.Bahagian Kabinet Perlembangan dan Perhubungan Antara Kerajaan
    5.Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang
    6.Bahagian Keselamatan Negara
    7.Bahagian Pengurusan Hartanah
    8.Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia
    9.Bahagian Penyelidikan
    10.Biro Bantuan Guaman
    11.Biro Pengaduan Awam
    12.Biro Tatanegara
    13.Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
    14.Istana Negara
    15.Institut Diplomasi dan Hal Ehwal Luar Negeri (IDHL)
    16.Institut Kefahaman Islam Malaysia
    17.Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)
    18.Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia - MINT
    19.Institut Tadbiran Awam Negara - INTAN
    20.Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
    21.Jabatan Audit Negara Malaysia
    22.Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Department of Islamic Development
    23.Jabatan Parlimen Malaysia
    24.Jabatan Peguam Negara
    25.Jabatan Perangkaan (JP) Department of Statistics
    26.Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Public Service Department
    27.Jabatan Setiausaha Persekutuan Sarawak
    28.Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
    29.Lembaga Penasihat
    30.Lembaga Tabung Haji
    31.Mahkamah Persekutuan
    32.Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
    33.Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
    34.Majlis Tindakan Ekonomik Negara (MTEN) National Economic Action Council
    35.Masjid Negara
    36.Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
    37.Pejabat Ketua Setiausaha Negara
    38.Pejabat Perdana Menteri
    39.Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
    40.Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak
    41.Penasihat Sains
    42.Perbadanan Putrajaya
    43.Perbadanan Labuan
    44.Perbendaharaan Malaysia
    45.Perpustakaan Kuala Lumpur
    46.Suruhanjaya Perdagangan Komoditi
    47.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Public Services Commission
    48.Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Education Service Commission
    49.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Election Commission
    50.Tribunal Perkhidmatan Awam
    51.Unit Khas Teknologi Tinggi (MIGHT)
    52.Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
    53.Unit Perancang Ekonomi (UPE)
    54.Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
    55.Urusetia Persidangan Antarabangsa Dan Protokol
    56.Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) / Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA)

    ReplyDelete
  22. JABATAN PERDANA MENTERI
    Jabatan dan Agensi:


    Badan Pencegah Rasuah (BPR)
    Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
    Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
    Bahagian Kabinet Perlembangan dan Perhubungan Antara Kerajaan
    Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang
    Bahagian Keselamatan Negara
    Bahagian Pengurusan Hartanah
    Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia
    Bahagian Penyelidikan
    Biro Bantuan Guaman
    Biro Pengaduan Awam
    Biro Tatanegara
    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
    Istana Negara
    Institut Diplomasi dan Hal Ehwal Luar Negeri (IDHL)
    Institut Kefahaman Islam Malaysia
    Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)
    Institut Tadbiran Awam Negara - INTAN
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
    Jabatan Audit Negara Malaysia
    Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) [Department of Islamic Development]
    Jabatan Parlimen Malaysia
    Jabatan Peguam Negara
    Jabatan Perangkaan (JP) [Department of Statistics]
    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) [Public Service Department]
    Jabatan Setiausaha Persekutuan Sarawak
    Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
    Lembaga Penasihat
    Lembaga Tabung Haji
    Mahkamah Persekutuan
    Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
    Majlis Perbandaran Wilayah Persekutuan Labuan
    Majlis Tindakan Ekonomik Negara (MTEN) [National Economic Action Council]
    Masjid Negara
    Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
    Pejabat Ketua Setiausaha Negara
    Pejabat Perdana Menteri
    Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
    Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak
    Penasihat Sains
    Perbadanan Putrajaya
    Perpustakaan Kuala Lumpur
    Suruhanjaya Perdagangan Komoditi
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) [Public Services Commission]
    Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) [Education Service Commission]
    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) [Election Commission]
    Tribunal Perkhidmatan Awam
    Unit Khas Teknologi Tinggi (MIGHT)
    Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
    Unit Perancang Ekonomi (UPE)
    Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
    Urusetia Persidangan Antarabangsa Dan Protokol


    KEMENTERIAN PERTANIAN
    Jabatan:


    Jabatan Pertanian
    Jabatan Perikanan
    Jabatan Pengairan dan Saliran
    Jabatan Haiwan
    Agensi:


    Lembaga Pertubuhan Peladang
    Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
    Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
    Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
    Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
    Bank Pertanian Malaysia
    Lembaga Pembangunan Pertanian Muda (MADA)
    Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
    Lembaga Pemasaran Lada

    ReplyDelete
  23. KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN
    Jabatan:


    Arkib Negara
    Agensi:


    Perbadanan Penggalakan Pelancongan Sabah
    Lembaga Pelancongan Sarawak
    Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia

    KEMENTERIAN PERTAHANAN
    Jabatan:

    Angkatan Tentera Malaysia
    Tentera Udara DiRaja Malaysia
    Tentera Laut DiRaja Malaysia
    Tentera Darat

    KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    Jabatan:


    Jabatan Sekolah
    Jabatan Pendidikan Teknikal
    Jabatan Pendidikan Tinggi
    Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
    Jabatan Pendidikan Swasta
    Jabatan Pendidikan Khas
    Pusat Perkembangan Kurikulum
    Dewan Bahasa Dan Pustaka

    KEMENTERIAN TENAGA,KOMUNIKASI & MULTIMEDIA
    Jabatan:


    Jabatan Bekalan Letrik dan Gas
    Jabatan Pos
    Jabatan Telekomunikasi Malaysia

    Agensi:


    Pos Malaysia Berhad
    Telekom Malaysia Berhad
    Tenaga Nasional Berhad

    KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
    Agensi


    Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB)
    Credit Guarantee Corporation (CGC)
    Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
    Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
    Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
    Uda Holding Berhad (UHB)
    Yayasan Tekun

    KEMENTERIAN KEWANGAN
    Jabatan


    Perbendaharaan Malaysia
    Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
    Jabatan Akauntan Negara

    Agensi:


    Bank Negara Malaysia
    Lembaga Hasil Dalam Negeri
    Suruhanjaya Sekuriti

    KEMENTERIAN LUAR NEGERI

    KEMENTERIAN KESIHATAN

    KEMENTERIAN DALAM NEGERI
    Jabatan:


    Agensi Dadah Kebangsaan
    Jabatan Imigresen Malaysia
    Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
    Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
    Jabatan Penjara Malaysia
    Jabatan Pertahanan Awam
    Polis Diraja Malaysia

    ReplyDelete
  24. KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
    Jabatan:


    Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

    KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
    Jabatan:


    Jabatan Tenaga Manusia
    Jabatan Tenaga Kerja (Semenanjung Malaysia)
    Jabatan Tenaga Kerja (Sabah)
    Jabatan Tenaga Kerja (Sarawak)
    Mahkamah Perusahaan
    Jabatan Perhubungan Perusahaan
    Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja
    Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
    Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

    Badan Berkanun:


    Pertubuhan Keselamatan Sosial
    Pembangunan Sumber Manusia Berhad

    Syarikat:


    Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negara

    Majlis Penasihat:


    Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan
    Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
    Majlis Penetapan Gaji

    KEMENTERIAN PENERANGAN MALAYSIA
    Jabatan:


    Filem Negara Malaysia
    FINAS
    Jabatan Penerangan Malaysia
    Jabatan Penyiaran (Radio Television Malaysia)

    Agensi:


    BERNAMA

    KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
    Agensi:

    Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
    Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)
    Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
    Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC)
    Perbadanan Produktiviti Negara (NPC)
    Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia (MIDF)

    KEMENTERIAN TANAH DAN PEMBANGUNAN KOPERASI
    Jabatan:


    Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
    Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
    Jabatan Pembangunan Koperasi
    Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
    Maktab Kerjasama Malaysia

    Agensi:


    Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (ANGKASA)
    Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
    Federal Land Development Authority (FELDA)

    KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
    Jabatan:


    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
    Jabatan Perpaduan Negara (JPN)
    Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)
    Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA)
    Agensi:


    Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
    Yayasan Kebajikan Negara Malaysia

    KEMENTERIAN PERUSAHAAN UTAMA
    Jabatan:


    Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia;
    Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

    Badan-badan berkanun:


    Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM);
    Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB);
    Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia(MTIB);
    Lembaga Getah Malaysia(MRB);
    Lembaga Koko Malaysia (MCB);
    Lembaga Tembakau Negara (NTB);
    Lembaga (Penyelidikan dan Kemajuan) Perusahaan Timah

    Perbadanan:


    Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia
    Industri:


    Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC)
    Malaysian Palm Oil Promotion Council (MPOPC)
    Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC)

    KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
    Agensi:


    FELCRA
    INFRA
    KEDA
    KEJORA
    KEMAS
    KESEDAR
    KETENGAH
    PERDA
    RISDA

    ReplyDelete
  25. KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR
    Jabatan:


    Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT)
    Jabatan Alam Sekitar (JAS)
    Jabatan Kimia (JKM)
    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN)
    Jabatan PerkhidmatanKajicuaca Malaysia (MMS)
    Jabatan Standard Malaysia (DSM)
    Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA)
    Bahagian:


    Agensi Angkasa Kebangsaan (NSA)
    Bahagian Antarabangsa (Antarabangsa)
    Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar (KAS)
    Bahagian Sains & Teknologi (S&T)
    Direktorat Bioteknologi Kebangsaan (BIOTEK)
    Direktorat Oseanografi (NOD)
    Pusat Maklumat Sains & Teknologi Malaysia (MASTIC)
    Pusat Remote Sensing Negara (MACRES)
    Pusat Sains Negara (PSN)
    Unit Teknologi Maklumat (UiT)

    Agensi:


    MIMOS Berhad (MIMOS)
    SIRIM Berhad (SIRIM)
    Technology Park Malaysia (TPM)

    Lain-lain:


    Akademi Sains Malaysia (ASM)
    Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM)

    KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
    Jabatan:


    Jabatan Penerbangan Awam
    Jabatan Pengangkutan Jalan
    Jabatan Keretapi
    Jabatan Laut Semenanjung
    Jabatan Laut Sabah
    Jabatan Laut Sarawak

    Agensi:


    Malaysia Airline
    Malaysia Airports
    KTM
    Northport Berhad
    Westport Berhad
    Bintulu Port
    Penang Port
    Johor Port
    Lembaga:


    Perbadanan Aset Keretapi
    Pelabuhan Klang
    Pelabuhan Bintulu
    Pelabuhan Johor
    Pelabuhan Kemaman
    Pelabuhan Kuantan
    Pelabuhan Pulau Pinang

    KEMENTERIAN KERJA RAYA

    Jabatan:


    Jabatan Kerja Raya (JKR)
    Agensi:


    Lembaga Lebuhraya (LLM)
    Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)
    Lembaga Jurutera Malaysia (LJM)
    Lembaga Arkitek Malaysia (LAM)
    Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM)
    Pusat Pembangunan Perkhidmatan Profesional (PSDC)

    KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

    ReplyDelete
  26. 1. KABINET :
    -Satu badan yang dianggotai oleh para menteri.
    -dibentuk oleh parti yang memenangi pilihan raya umum.
    -Atas nasihat dan cadangan Perdana Menteri, YDPA melantik anggota-anggota Kabinet yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen
    -Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat, seluruh Kabinet mesti letak jawatan atau mencadangkan pembubaran parlimen bagi mengadakan pilihan raya umum yang baru.
    -Para menteri memegang jawatan selama diperkenaankan oleh YDPA.
    -Seseorang Menteri mesti mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan rahsia di hadapan YDPA.

    -TUGAS-TUGAS :
    a. menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh YDPA
    b. badan tertinggi yang membentuk dasar kerajaan Persekutuan
    c. memberi arahan kepada jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan
    d. menentukan dasar-dasar negara
    e. menyelaraskan sistem pentadbiran negara agar wujud kerajaan yang cekap dan stabil.
    f. meluluskan darf undang-undang sebelum dihantar ke Parlimen

    -Saraan ahli Kabinet ditentukan oleh Parlimen dan diluluskan oleh Kumpulan Wang Disatukan.
    -Setiap menteri memegang portfolio tertentu tetapi mereka sama-sama bertanggungjawab terhadap semua keputusan Kabinet.

    2. JABATAN PERDANA MENTERI
    -merupakan Kementerian Utama yang membentuk dan menyelaraskan dasar kerajaan.
    -diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri dan ahli-ahli Kabinet yang lain.

    - FUNGSI :
    a. pembentukan dasar-dasar kerajaan
    b. mengarah, menyelaras dan mengawal kementerian, jabatan dan badan-badan Persekutan
    c. menguruskan kerja-kerja Majlis Tertinggi
    d. mengawal perkembangan agama Islam di seluruh Persekutuan
    e. menentukan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan secara cekap dan berkesan menerusi kementerian-kementerian
    f. menasihati dan mengawal industri-industri yang penting seperti PERRNAS, HICOM..
    g. mengawal agensi-agensi pusat

    -Ketua Setiausaha Negara merupakan pegawai pentadbiran utama dan bertugas sebagai penaishat utama Perdana Menteri
    -Ketua Setiausaha Negara bertanggungjawab sebagai penyelaras pentadbiran di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan
    -Agensi di bawah kendalian JPM termasuk : Badan Pencegah Rasuah, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Bahagian Keselamatan negara, Bahagian Pengurusan Hartanah, dan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.

    3. KEMENTERIAN
    -merupakan agensi pentadbiran tertinggi dalam jentera pentadbiran negara
    -merupakan organisasi kerajaan yang menggubal dasar, merancang program-program dan melaksanakannya di dalam arahan menteri
    -diketuai oleh seorang menteri dengan portfolionya
    -menteri dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Ketua Setiausaha Kementerian, dan pegawai-pegawai kerajaan yang lain
    -FUNGSI :
    a. membentuk dan menyelaraskan pelaksanaan dasar atau program-program
    b. merancang, mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan perkara-perkara di bawah kementerian
    -terbahagi kepada :
    1. Kementerian yang beroperasi di peringkat Persekutuan
    2. Kementerian yang beroperasi di peringkat Persekutuan dan cawangan-cawangannya di negeri serta daerah

    ReplyDelete
  27. Jabatan

    1- Jabatan adalah agensi kerajaan yang terletak di bawah sesebuah kementerian.
    2- Jabatan boleh dibahagikan kepada 3 jenis.
    (A) Jabatan Persekutuan
    (B) Jabatan Negeri
    (C) Jabatan Cawangan Persekutuan
    3- Kebanyakan cawangan bertanggungjawab bagi perkara-perkara ikthisas dan teknikal.
    4- Jabatan biasanya diketuai oleh seorang Ketua Pengarah yang menggunakan gelaran berbeza-beza.Contohnya:
    (A) Ketua Polis Negara(Jabatan Polis)
    (B) Akauntan Negara(Jabatan Akauntan Negara)
    (C) Ketua Audit Negara(Jabatan Audit Negara)
    5- Ketua cawangan negeri bagi Jabatan Persekutuan pula biasanya dikenali oleh Pengarah.

    Beberapa contoh jabatan dan fungsi-funginya:

    JABATAN DAN FUNGSI-FUNGSINYA

    Ikatan Relawan Rakyat Malaysia(RELA) -sebagai benteng keselamatan Negara
    -mengawal keselamatan awam setempat
    -mengumpul maklumat tentang keselamatan dan ketenteraman awam

    Jabatan Pengairan dan Saliran -menjalankan kerja-kerja tebatan banjir
    -memelihara kecekapan hidraulik sungai
    -menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan dalam bidang saliran dan pengairan

    Jabatan Tenaga Rakyat -membantu penggunaan tenaga manusia secara optimum
    -mengumpul,menganalisis dan menyebarkan maklumat mengenai pasran buruh Negara
    -melatih dan meningkatkan sumber tenaga kerja mahir dan separuh mahir

    Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) -menentukan kadar dan mengutip cukai bagi orang perseorangan dan syarikat
    -mengutip duti stem
    -menentukan cukai jualan harta benda

    Jabatan Peguam Negara -memberi nasihat perundangan kepada kerajaan
    -menggubal undang-undang
    -mewakili dan membele kerajaan di mahkamah

    Jabatan Perhubungan Perusahaan -mewujudkan perhubungan yang harmoni antara pekerja dengan majikan dan kesatuan sekerja
    -menyediakan khidmat runding damai
    -mencegah pertikaian perusahaan

    ReplyDelete
  28. a)Kabinet
    -satu bada yang diketuai oleh para menteri.
    -dibentuk oleh parti yang memenangi pilihan raya umum.
    -Menurut Perkara 43 dalam Perlembagaan Persekutuan,YDPA hendaklah melantik sebuah Kabinet.
    -Atas nasihat dan cadangan Perdana Menteri.YDPA akan melantik anggota-anggota Kabinet yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen(Dewan Rakyat/Dewan Negara).
    -Ini bermakna,Kabinet adalah sama-sama bertanggungjawab kepada Parlimen.
    -Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat,seluruh Kabinet mesti meletak jawatan atau mencadangkan pembubaran parlimen bagi mengadakan pilihan raya umum yang baru.
    -Para Menteri memegang jawatan selama diperkenaan oleh YDPA.
    -Seseorang Menteri mesti mengangkat sumpah jawatan,taat setia dan rahsia di hadapan YDPA.
    -Saraan ahli Kabinet ditentukan oleh parlimen dan diuruskan oleh Kumpulan Wang Disatukan.
    -Setiap menteri memegang portfolio tertentu tetapi mereka sama-sama bertanggungjawab terhadap semua keputusan Kabinet(tanggungjawab kolektif).

    Tugas-tugas utama:
    - menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh YDPA
    - badan tertinggi yang membentuk dasar kerajaan Persekutuan
    - memberi arahan kepada jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan
    - menentukan dasar-dasar negara
    - menyelaraskan sistem pentadbiran negara agar wujud kerajaan yang cekap dan stabil.
    - meluluskan darf undang-undang sebelum dihantar ke Parlimen



    b)Jabatan Perdana Menteri(JPM)
    -merupakan Kementerian Utama yang membentuk dan menyelaraskan dasar kerajaan.
    -diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri dan ahli-ahli Kabinet yang lain serta timbalan Menteri.
    -Ketua Setiausaha Negara merupakan pegawai pentadbiran utama dan juga bertugas sebagai penasihat utama Perdana Menteri.
    -Ketua Setiausaha Negara juga memegang jawatan sebagai Setiausaha Kabinet dan Ketua Pegawai Perkhidmatan Awam.
    -Ketua Setiausaha Negara bertanggungjawab sebagai penyelaras pentadbiran di peringkat persekutuan,negeri dan tempatan.

    Fungsi-Fungsi JPM:
    -pembentukan dasar-dasar kerajaan
    - mengarah, menyelaras dan mengawal kementerian, jabatan dan badan-badan Persekutan
    - menguruskan kerja-kerja Majlis Tertinggi
    - mengawal perkembangan agama Islam di seluruh Persekutuan
    - menentukan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan secara cekap dan berkesan menerusi kementerian-kementerian
    - menasihati dan mengawal industri-industri yang penting seperti PERRNAS, HICOM..
    - mengawal agensi-agensi pusat.
    -mentadbirkan agensi-agensi pusat seperti JPA,EPU,MAMPU,ICU,EPU.
    -menyelaraskan semua jabatan dan kementerian
    -mengendalikan hal ehwal agama Persekutuan
    -mengendalikan hal-hal perundangan
    -mengendalikan hal-hal perpaduan negara.
    -menguruskan perkhidmatan awam di Sabah dan Sarawak.
    -mengawasi urusan Parlimen.

    ReplyDelete
  29. c)Kementerian
    -agensi pentadbiran tertinggi dalam jentera pentadbiran negara.
    -merupakan organisasi kerajaan yang menggubal dasr,merancang program-program dan melaksanakannya di bawah arahan menteri.
    -diketuai oleh seorang menteri dengan portfolionya.
    -Menteri dibantu oleh Timbalan Menteri,Setiusaha Parlimen,Ketua Setiausaha Kementerian,dan pegawai-pegawai kerajaan yang lain.
    -Setiausaha Parlimen bagi sesuatu kementeri dilantik oleh Perdana Menteri dari kalangan ahli Parlimen dan berperanan menerangkan dasar-dasar kementerian dan menjawab pertanyaan atas nama Menteri.

    -Fungsi-fungsi:
    -membentuk dan menyelaraskan pelaksanaan dasar atau program-program.
    -merancang,mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan perkara-perkara di bawah kementerian.
    -mengawal jabatan-jabatan dan badan-badan berkanun yang melaksanakan program kementerian.

    -sesebuah kementerian dibantu oleh jabatan dan perbadanan awam.
    -kementerian boleh dibahadikan kepada kementerian yang beroperasi di peringkat Persekutuan atau kementerian yang beroperasi di peringkat Persekutuan dan cawangan-cawangannya di negeri serta daerah.
    -sistem kewangan kementerian dibahagikan kepada kementerian yang mengakaun sendiri atau kementerian yang tidak yang mengakaun sendiri.
    -kementerian yang mengakaun sendiri ialah Kementerian Pelajaran,Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan.
    -Pegawai Pentadbir Utama sesuatu Kementerian ialah Ketua Setiausaha Kementerian.
    Fungsinya:
    -sebagai penasihat pentadbir utama menteri
    -merancang dan mengawai pelaksanaan program atau dasar
    -menyelaraskan kegiatan jabatan dan badan-badan berkanun dengan kementeri.
    -menjalankan dasar-dasar kementerian di semua peringkat iaitu Persekutuan,Negeri dan daerah
    -menjalankan arahan-arahan menteri
    -bertanggungjawab kepada Ketua Setiausaha Negara dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan.



    d)Jabatan
    -agensi kerajaan yang terletak di bawah sesebuah kementerian.
    -dibahagikan kepada 3 jenis iaitu Jabatan Persekutuan,Jabatan Negeri dan Jabatan Cawangan Persekutuan.
    -kebanyakan cawangan bertanggungjawab bagi perkara-perkara ikthisas dan teknikal.
    -jabatan biasanya diketuai oleh seorang Ketua Pengarah yang menggunakan gelaran berbeza-beza.
    Contohnya:
    -Ketua Polis Negara(Jabatan Polis)
    -Akauntan Negara(Jabatan Akauntan Negara)
    -Ketua Audit Negara(Jabatan Audit Negara)

    -Ketua cawangan negeri bagi Jabatan Persekutuan pula biasanya dikenali oleh pengarah.

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. e)Perbadanan Awam
    -organisasi yang menjalankan kegiatan berunsurkan perniagaan dan kerajaan mempunyai kepentingan ekuiti dalam perbadanan awam.
    -Perbadanan Awam dibahagikan kepada dua jenis,iaitu badan berkanun dan badan tidak berkanun.
    -Perbadanan Awam bertujuan membantu jabatan-jabatan dengan mengambil alih tugas yang tertentu disebabkan Perbadanan Awam lebih bebas dalam hal pengurusan dan kewangan.
    -selain berkuasa dalam hal-hal mengurus,Perbadanan Awam juga boleh memiliki harta dan mengurus kumpulan wang di bawah kawalannya.
    Tujuan:
    -membolehkan kerajaan terlibat secara terus dalam pembangunan sosioekkonomi.
    -menceburi bidang yang kurang mengantungkan dengan modal yang besar.
    -membolehkan pembangunan sosiaekonomi bergerak lebih cekap dan berkesan.

    -Ketua Lembaga Pengarah ialah Pengurus Besar yang dilantik oleh YDPA.

    Badan Berkanun:
    -ditubuh di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri.
    -organisasi ini secara langsung dikawal oleh menteri yang menggariskan dasar-dasar penting organisasi dan mengawal kegiatannya.
    -Agensi-agensi pusat yang membuat anggaran belanjawan tahunan dan rancangan pembangunan lima tahun badan-badan berkenaan.
    Fungsi:
    -terlibat dalam pembangunan sosiaekonomi negara.
    -melicinkan pentadbiran dengan mengurangkan birokrasi.
    -lebih bermotif kebajikan.
    Contoh:
    -FELDA
    -UDA

    Badan Tidak Berkanun
    -Organisasi ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.
    -kerajaan mempunyai ekuiti ke atasnya dengan kawalan menteri secara tidak langsung.
    -dasar-dasarnya ditentu dan dijalankan oleh lembaga pengarah.
    -Perbelanjaan tertakluk kepada organisasi sendiri.
    -bebas menjawat kakitangan tanpa rujukan kepada agensi kerajaan.
    Fungsi:
    -menjalankan kegiatan bercirikan perniagaan untuk memperoleh keuntungan bagi kerajaan
    -melaksanakan bidang sosiaekonomi yang tidak mampu diceburi oleh sektor swasta
    -syarikat induk dengan anak-anak syarikat membangunkan negara.
    Contoh:
    -MAS
    -MISC

    ReplyDelete
  32. b)Yang di-Pertuan Agong
    Gelaran Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri.Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu.

    Giliran Negeri
    Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun dianggap unik. Ini kerana ia menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan darah dengan konsep moden berasaskan perlembagaan.Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dulunya dikenali Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu tidak bersekutu.Negeri Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Manakala Negeri Melayu tidak bersekutu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sementara itu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang walaupun mereka menganggotai Majlis Raja-Raja.Selepas kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut Pemerintah negeri adalah menurut kitaran yang telah digunakan sebelum itu, iaitu:

    1. Negeri Sembilan
    2. Selangor
    3. Perlis
    4. Terengganu
    5. Kedah
    6. Kelantan
    7. Pahang
    8. Johor
    9. Perak

    Yang di-Pertuan Agong akan melantik sebagai istiadat iaitu Yang di-Pertua Negeri, atau Gabenor, kepada 4 buah negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah and Sarawak. Yang di-Pertuan Agong yang ke-13 (sekarang) adalah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu
    [sunting] Faktor pemilihanPemilihan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada sistem giliran yang telah ditetapkan.Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

    Syarat yang akan diambil kira ialah:

    1. Kekananan di kalangan Sultan dan Raja;
    2. Baginda berkenan untuk menjadi Agong;
    3. Tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental;
    4. Merupakan Raja yang berada di kedudukan teratas;
    5. Mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain;
    6. Dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

    Faktor lain ialah usia dan tempoh masa pemerintahan dan kalau kita lihat daripada aspek status atau peranan yang dimainkan oleh Yang Dipertua usia dan tempoh masa pemerintahan seseorang Raja di sesebuah negeri amat penting kerana apabila baginda telah menjalankan pemerintahan dalam tempoh yang lama ini dapat menggambarkan kematangannya terhadap cara pemerintahan.

    ReplyDelete
  33. Senarai Yang di-Pertuan Agong
    Raja-raja berikut pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini:

    1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.
    2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.
    3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000
    4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979
    5. Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1924, memerintah pada 1970-1975
    6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979
    7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984
    8. Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989
    9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994
    10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2008
    11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001
    12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006
    13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-

    ReplyDelete
  34. c)Majlis Raja-raja(MRR)
    Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara.Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai setiausaha Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

    Tugas-tugas utama MRR ialah seperti berikut:
    • Memilih dan memecat YDPA dan Timbalan YDPA
    • Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya sesuatu amalan Islam meliputi seluruh Persekutuan.
    • Mempersetujui atau tidak mempersetujui sesuatu undang-undang yang memerlukan persetujuannya.
    • Mempersetujui atau tidak mempersetujui sesuatu pelantikan jawatan.
    • Melantik anggota Mahkamah Raja-raja bagi membicarakan raja-raja Melayu
    • Menjalankan kuasa pengampunan yang diberi kepadanya, seperti terhadap orang yang dibicarakan di Mahkamah Khas
    • Membincangkan dasar-dasar negara atau apa-apa perkara lain yang dianggap patut
    MRR mempunyai kuasa perundangan dalam perkara-perkara kebebasan bercakap dan ber himpun, kewarganegaraan, Majlis Raja-Raja, Akta Hasutan di Parlimen, Keutamaan Raja dan Yang Dipertua Negeri, jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri, Akta Hasutan di Dewan Undangan Negeri, Bahasa Kebangsaan, Keistimewaan kaum bumiputera dan kepentingan yang sah bagi kaum-kaum bukan bumiputera, kuasa MRR dalam pindaan perlembagaan dan mempertimbangkan pengubahan sempedan negeri.

    MRR juga berkuasa ke atas perlantikan jawatan-jawatan Ketua hakim Negara dan semua hakim yang lain, Ketua Audit Negara, pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikkan.Mesyuarat MRR biasanya diadakan tiga atau empat kali setahun selama dua hari. MRR mempunyai seorang pegawai yang digelar Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Antara tugas beliau ialah sebagai setiausaha MRR, memegang jawatan sehingga diperkenan oleh majlis tersebut, memanggil mesyuarat MRR dan menjadi jurucakap MRR seperti mengumumkan tarikh berpuasa, tarikh Hari Raya Haji dan Hari Raya Puasa.

    ReplyDelete
  35. d)Suruhanjaya
    Terdapat dua jenis suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Tetap dan Sementara (Khas). Terdapat tiga Suruhanjaya Tetap iaitu Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Perkhidmatan, dan Suruhanjaya Hak Asasi perkara seperti bencana alam, penyelewangan dan membuat perakuan-perakuan kepada kerajaan bagi menyelesaikannya. Suruhanjaya merupakan satu badan yang bebas, adil, saksama, tanpa pengaruh politik. Ahli-ahli suruhanjaya dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan MRR. Hanya penjawat awam, hakim, dan golongan professional boleh menganggotai Suruhanjaya. Ahli mana-mana Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri tidak boleh menganggotai Suruhanjaya. Pemecatan melalui suatu tribunal dan saraan ditanggung oleh Kumpulan Wang Yang Disatukan.

    Suruhanjaya Pilihanraya
    Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) (Inggeris: Election Commission of Malaysia) ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola, dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Ia telah ditetapkan dalam Perkara 114 - Perlembagaan Malaysia.Pengerusi SPR,Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman telah digantikan oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 1 Januari 2009.Mengikut peraturan pilihan raya, tugas SPR ialah mengadakan pilihan raya ke atas kawasan parlimen dan DUN, mengelola pilihan raya, dan pelaksanaan pendaftaran pemilih.

    Ia juga mengumpul maklumat mengenai kawasan baru yang membolehkan keadilan dapat dilakukan ke atas pengundi untuk mengundi di kawasan pengundian yang ditetapkan, mempromosikan kepentingan mengundi, dan menguruskan semakan daftar pemilih dengan memadam nama-nama orang yang telah mati atau didapati tidak layak mengundi.Pada hari pengundian, anggota SPR dan pegawai akan berada di pusat pengundian untuk menjalankan proses pengundian pilihan raya.

    ReplyDelete
  36. Suruhanjaya Perkhidmatan
    Terdiri daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang, Suruhanjaya Pasukan Polis, dan Majlis Angkatan Tentera. Semua ahli suruhanjaya di atas dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan MRR. Secara umumnya tugas-tugas suruhanjaya di atas adalah seperti berikut :
    • melantik kakitangan awam masing-masing,
    • mengesah dan memasukkan kakitangan ke jawatan tetap dan berpencen,
    • menaikan pangkat kakitangan,
    • menukar kakitangan ke jabatan atau agensi yang lain
    • menjalankan kawalan tatatertib terhadap kakitangan masing-masing.

    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
    Terdiri daripada seorang pengerusi , naib pengerusi dan 4-30 orang ahli. Pengerusi dan Naib Pengerusi mestilah pesara Perkhidmatan Awam yang bersara tidak lebih daripada lima tahun.

    Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
    Terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan 4-8 orang ahli.

    Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang
    Ahli-ahlinya terdiri daripada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Peguam Negara, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, dan beberapa orang ahli atau bekas hakim dalam bidang kehakiman dan undang-undang.

    Suruhanjaya Pasukan Polis
    Ahli-ahli Suruhanjaya terdiri daripada Pengerusi iaitu Menteri Keselamatan Dalam Negeri (boleh terdiri daripada Ahli Parlimen), Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, seorang wakil daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, dan 2-6 orang ahli.

    Majlis Angkatan Tentera
    Ahli-ahlinya terdiri daripada Pengerusi iaitu Menteri Pertahanan (boleh terdiri daripada ahli Parlimen), wakil YDPA yang dilantik oleh MRR, Ketua Turus Angkatan Tentera yang dilantik oleh YDPA, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, dan dua orang Pegawai Kanan Angkatan Tentera yang dilantik oleh YDPA.

    ReplyDelete
  37. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia(Suhakam)
    Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia(Suhakam) ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia setelah mendapat tentangan daripada beberapa pihak terutama parti politik dan NGO yang tidak puas hati terhadap tahap Hak Asasi Manusia di Malaysia.

    Hak Asasi Manusia seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia termasuklah :

    1. Hak untuk bersuara
    2. Hak untuk bergerak
    3. Hak untuk berhimpun.

    Antara fungsi SUHAKAM ialah :
    • memupuk kesedaran dan mendidik tentang hal-hal yang berkaitan hak asasi manusia,
    • menasihati dan membantu kerajaan dalam merumus perundangan, arahan dan tatacara pentadbiran serta langkah-langkah yang perlu diambil,
    • mengesyorkan kepada kerajaan mengenai penyertaan negara dalam sebarang perjanjian antarabangsa mengenai hak asasi manusia,
    • menyiasat aduan berkaitan sebarang pencabulan hak asasi manusia dan menyediakan laporan tentang berkaitan dengannya,
    • mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut peruntukan akta,
    • melawat ke tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan.

    Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia
    Suruhanjaya ini ditubuhkan pada 4 Feb 2005 atas syor Perdana Menteri. Tugas-tugasnya ialah :
    • menyiasat fungsi dan tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan undang undang Negara,
    • meyiasat keperluan sumber manusia PDRM,
    • menyiasat etika kerja dan prosedur bagi kakitangan PDRM,
    • menyiasat isu-isu hak asasi manusia yang berkaitan dengan tugas-tugas PDRM.

    ReplyDelete
  38. e) Ketua Audit Negara
    Ketua Audit Negara Malaysia merupakan ketua Jabatan Audit Negara. Beliau bertanggungjawab melaksanakan pengauditan terhadap urusan kewangan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan Malaysia. Peranan ini penting bagi meningkatkan kebertanggungjawaban pengurusan awam.Ketua Audit Negara mengemukakan sebuah laporan tahunan yang memerinci pengurusan wang setiap kementerian.Ketua Audit Negara dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan MRR. Ketua Audit Negara tidak boleh memegang sebarang jawatan lain dalam Perkhimatan Awam Negeri dan Persekutuan. Tugasnya adalah menyemak semua akaun perbelanjaan bagi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan–badan lain yang telah ditetapkan oleh undang-undang atau pemerintah YDPA seperti badan berkanun dan kerajaan tempatan. Beliau juga bertanggungjawab menyediakan satu laporan mengenai akaun-akaun tersebut untuk perhatian YDPA, Raja atau Yang Dipertua Negeri. Laporan tersebut akan diarahkan supaya dibentangkan di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Beliau boleh letak jawatan pada bila-bila masa namun pemecatan mestilah melalui satu tribunal khas atas alasan-alasan berkelakuan buruk, tidak berupaya, dan uzur fizikal atau mental. Saraan Ketua Audit Negara dipertanggungjawab kepada Kumpulan Wang Disatukan. Ketua Audit Negara menjalankan tiga jenis pengauditan, iaitu Pengauditan Kewangan, Pengauditan Pemantauan, dan Pengauditan Pretasi.

    ReplyDelete
  39. 1. KABINET :
    -Merupakan satu badan yang dianggotai oleh para menteri. Ia dibentuk oleh parti yang memenangi pilihan raya umum. Perdana Menteri telah menasihat serta mencadangkan agar Ynag di-Pertuan Agong (YDPA) melantik anggota-anggota Kabinet yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen. Sekiranya Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majority di Dewan Rakyat, maka, seluruh Kabinet harus meletakkan jawatan atau mencadangkan pembubaran parlimen bagi mengadakan pilihan raya umum yang baru. Para Menteri layak untuk memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh YDPA. Seseorang menteri juga, harus mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan rahsia di hadapan YDPA.
    Tugas-tugas Kabinet ialah:
    a. menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh YDPA
    b. badan tertinggi yang membentuk dasar kerajaan Persekutuan
    c. memberi arahan kepada jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan
    d. menentukan dasar-dasar negara
    e. menyelaraskan sistem pentadbiran negara agar wujud kerajaan yang cekap dan stabil.
    f. meluluskan darf undang-undang sebelum dihantar ke Parlimen

    Mengenai saraan ahli Kabinet pula, ianya ditentukan oleh parlimen dan diluluskan oleh kumpulan Wang Disatukan. Setiap menteri memegang portfolio tertentu tetapi mereka sama-sama bertanggungjawab terhadap semua Kabinet.

    2. JABATAN PERDANA MENTERI
    -merupakan Kementerian Utama yang membentuk dan menyelaraskan dasar kerajaan. Jabatan Perdana Menteri diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri dan ahli-ahli Kabinet yang lain.
    Fungsinya adalah untuk :
    a. pembentukan dasar-dasar kerajaan
    b. mengarah, menyelaras dan mengawal kementerian, jabatan dan badan-badan Persekutan
    c. menguruskan kerja-kerja Majlis Tertinggi
    d. mengawal perkembangan agama Islam di seluruh Persekutuan
    e. menentukan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan secara cekap dan berkesan menerusi kementerian-kementerian
    f. menasihati dan mengawal industri-industri yang penting seperti PERRNAS, HICOM..
    g. mengawal agensi-agensi pusat

    Ketua Setiausaha Negara merupakan pegawai pentadbiran utama dan bertugas sebagai penasihat utama Perdana Menteri. Selain itu, ia juga bertanggungjawab sebagai penyelaras pentadbiran di peringkat persekutuan, negeri dan juga tempatan. Agensi-agensi dibawah JPM termasuklah Badan Pencegah Rasuah, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Bahagian Keselamatan negara, Bahagian Pengurusan Hartanah, serta Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.

    3. KEMENTERIAN
    -merupakan agensi pentadbiran tertinggi dalam jentera pentadbiran Negara. Kementerian juga merupakan organisasi kerajaan yang menggubal dasar, merancang program-program dan melaksanakannya di dalam arahan menteri. Ia diketuai oleh seorang menteri dengan portfolionya. Menteri tersebut dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Ketua Setiausaha Kementerian, dan pegawai-pegawai kerajaan yang lain
    Fungsinya adalah untuk:
    a. membentuk dan menyelaraskan pelaksanaan dasar atau program-program
    b. merancang, mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan perkara-perkara di bawah kementerian
    -terbahagi kepada :
    1. Kementerian yang beroperasi di peringkat Persekutuan
    2. Kementerian yang beroperasi di peringkat Persekutuan dan cawangan-cawangannya di negeri serta daerah

    ReplyDelete
  40. 4.Jabatan
    -Jabatan adalah agensi kerajaan yang terletak di bawah sesebuah kementerian.
    -Jabatan boleh dibahagikan kepada 3 jenis.
    (A) Jabatan Persekutuan
    (B) Jabatan Negeri
    (C) Jabatan Cawangan Persekutuan
    -Kebanyakan cawangan bertanggungjawab bagi perkara-perkara ikthisas dan teknikal.
    -Jabatan biasanya diketuai oleh seorang Ketua Pengarah yang menggunakan gelaran berbeza-beza.Contohnya:
    (A) Ketua Polis Negara(Jabatan Polis)
    (B) Akauntan Negara(Jabatan Akauntan Negara)
    (C) Ketua Audit Negara(Jabatan Audit Negara)
    -Ketua cawangan negeri bagi Jabatan Persekutuan pula biasanya dikenali oleh Pengarah.
    Contoh jabatan dan fungsi-funginya:

    Ikatan Relawan Rakyat Malaysia(RELA) -sebagai benteng keselamatan Negara
    :mengawal keselamatan awam setempat
    :mengumpul maklumat tentang keselamatan dan ketenteraman awam

    Jabatan Pengairan dan Saliran -menjalankan kerja-kerja tebatan banjir
    :memelihara kecekapan hidraulik sungai
    :menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan dalam bidang saliran dan pengairan

    Jabatan Tenaga Rakyat -membantu penggunaan tenaga manusia secara optimum
    :mengumpul,menganalisis dan menyebarkan maklumat mengenai pasran buruh Negara
    :melatih dan meningkatkan sumber tenaga kerja mahir dan separuh mahir

    Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) -menentukan kadar dan mengutip cukai bagi orang perseorangan dan syarikat
    :mengutip duti stem
    :menentukan cukai jualan harta benda

    Jabatan Peguam Negara -memberi nasihat perundangan kepada kerajaan
    :menggubal undang-undang
    :mewakili dan membele kerajaan di mahkamah

    Jabatan Perhubungan Perusahaan -mewujudkan perhubungan yang harmoni antara pekerja dengan majikan dan kesatuan sekerja
    :menyediakan khidmat runding damai
    :mencegah pertikaian perusahaan

    ReplyDelete