PANDUAN MEMBUAT KERJA RUMAH

Salam Sejahtera. Ruangan ini khas untuk pelajar-pelajar menjawab secara online setiap kerja rumah yang cikgu paparkan. Kerja rumah yang dipaparkan di ruangan ini biasanya akan diberi ketika cuti sekolah dan cuti umum. Selamat menjawab.

Wednesday, October 14, 2009

KERJA RUMAH 3 (CUTI DEEPAVALI)

Cikgu ucapkan Selamat Deepavali kepada pelajar-pelajar cikgu yang menyambutnya. Pelajar-pelajar lain cikgu ucapkan selamat bercuti. Selama anda bercuti mulai hari Jumaat 16/10/2009 hingga Isnin 19/10/2009, anda perlu menjawab beberapa kerja rumah yang cikgu lampirkan di sini.

Tugasan 1 (Bahagian C):

(a) "Transformasi ekonomi negara telah meninggalkan kesan terhadap sosial negara. Arus pemodenan sedikit sebanyak telah mengakibatkan penghakisan sistem nilai masyarakat Malaysia. Hakikat ini dapat dilihat di mana-mana sahaja. Kesannya dapat dilihat daripada sikap tidak bertanggungjawab dan kurang kepekaan sivik, terutamanya di jalan raya, dan sikap tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan kemudahan awam..."

(i) Apakah kesan sosial akibat transformasi ekonomi negara?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, ulaskan bagaimana kesan yang dinyatakan dalam petikan ucapan itu dapat dielakkan.

Friday, October 9, 2009

PERINGATAN TERAKHIR

Masih ramai pelajar yang tidak menjawab kerja rumah di dalam blog ini. Cikgu berharap anda semua dapat membuat kerja rumah dengan sempurna.