PANDUAN MEMBUAT KERJA RUMAH

Salam Sejahtera. Ruangan ini khas untuk pelajar-pelajar menjawab secara online setiap kerja rumah yang cikgu paparkan. Kerja rumah yang dipaparkan di ruangan ini biasanya akan diberi ketika cuti sekolah dan cuti umum. Selamat menjawab.

Wednesday, September 23, 2009

KERJA RUMAH HARI RAYA 3 (PU1F3) LARAS SAINS

Kertas 2 : Laras Sains

Soalan:
Ciptaan laser telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penggunaan ini memberi manfaat yang sangat besar kepada pembangunan negara. Huraikan faedah penggunaan laser kepada manusia sejagat.

KERJA RUMAH HARI RAYA 3 (PU2B2) LARAS SAINS

Kertas 2 : Laras Sains

Soalan:
Penyakit SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) membimbangkan penduduk di negara ini. Ramai pesakit mati akibat penyakit ini, contohnya di China dan Hong Kong. Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi penyakit yang berbahaya ini agar tidak merebak ke negara kita?

Monday, September 21, 2009

KERJA RUMAH HARI RAYA 2 (PU1F3)

KERTAS 2 (LARAS SASTERA)

Semua pelajar PU1F3 dikehendaki menjawab soalan laras sastera di bawah dengan lengkap (mengikut format esei sebenarnya)

Soalan:
Pengenalan konsep 'bina dulu, jual kemudian' merupakan salah satu usaha kerajaan dalam menangani masalah perumaha di negara kita. Bincangkan rasional kerajaan melaksanakan konsep tersebut dan huraikan kesan-kesannya.

KERJA RUMAH HARI RAYA 2 (PU2B2)

KERTAS 2 (LARAS SASTERA)

Semua pelajar Pu2B2 dikehendaki menjawab soalan laras sastera di bawah dengan lengkap (mengikut format esei sebenarnya)

Soalan:
Pada tahun 2008, Kementerian Pengangkutan telah membelanjakan sebanyak RM45 juta untuk kempen kesedaran pemasangan tali pinggang keledar penumpang belakang kenderaan. Sejauh mana anda setuju, perlaksanaan peraturan mewajibkan tali pinggang keledar belakang kenderaan merupakan satu langkah yang pratikal.

KERJA RUMAH HARI RAYA 1 (PU1F3)

Pelajar lelaki dikehendaki mencari dan memberi maklumat lengkap perkara berkaitan:
a) Bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan
b) Yang di-Pertuan Agong
c) Majlis Raja-Raja
d) Suruhanjaya
e) Ketua Audit Negara

Pelajar perempuan dikehendaki mencari dan memberi maklumat lengkap perkara berkaitan:
a) Kabinet
b) Jabatan Perdana Menteri
c) Kementerian
d) Jabatan
e) Perbadanan Awam (Badan Berkanun dan Badan Tidak Berkanun)

KERJA RUMAH HARI RAYA 1 (PU2B2)

Setiap pelajar dikehendaki memilih 3 Dasar Luar Malaysia (yang berlainan). Sila nyatakan Dasar Luar tersebut serta maklumat ringkas Dasar Luar tersebut.

Contoh:
Pergerakan Negara – Negara Berkecuali (NAM)

NAM telah ditubuhkan pada bulan September 1961 semasa kemuncak Perang Dingin. Ahlinya merupakan negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan. Anggotanya terdiri daripada 113 buah negara, manakala 16 buah negara sebagai pemerhati dan 28 buah negara merupakan tetamu jemputan.

Matlamat utama penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok Barat atau blok komunis. Malaysia telah menganggotai pertubuhan ini pada tahun 1970, iaitu selepas berlakunya pertukaran Dasar Luar Malaysia daripada dasar pro-Barat dan antikomunis kepada dasar berbaik-baik dengan semua negara.

Prinsip perjuangan NAM adalah mengelakkan campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara, menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman serta menghormati hak asasi manusia. Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi pada tahun 1987, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membela kepentingan negara-negara yang sedang membangun. Anataranya termasuklah isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika. Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare (Zimbabwe), Malaysia telah menegmukakan cadangan bagi menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan. Pada tahun 1989, Malaysia telah diberikan penghormatan apabila dipilih sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia. Malaysia juga telah dilantik sebagaih ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota. Di samping itu, Malaysia juga telah berjaya menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM yang ke – 13 pada tahun 2003. siding kemuncak ini mencatatkan penyertaan tertinggi dengan kehadiran 63 negara ahli, iaitu Timur Leste dan Pulau Catalina. Pada masa yang sama, sidang ini berjaya menganjurkan satu mesyuarat tidak rasmi OIC. Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha menghidupkan kembali NAM dan pernyataan bersama telah dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.

Friday, September 11, 2009

KERJA RUMAH SEMASA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI

Pelajar-pelajar sekalian, kerja rumah sewaktu cuti menyambut Hari Raya Aidilfitri akan diupload pada hari Jumaat 18 Sept 2009. Senarai semak untuk penghantaran Kerja Rumah 1 akan dikeluarkan minggu depan. Sila hantar kerja rumah dengan segera.