PANDUAN MEMBUAT KERJA RUMAH

Salam Sejahtera. Ruangan ini khas untuk pelajar-pelajar menjawab secara online setiap kerja rumah yang cikgu paparkan. Kerja rumah yang dipaparkan di ruangan ini biasanya akan diberi ketika cuti sekolah dan cuti umum. Selamat menjawab.

Sunday, August 30, 2009

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR

Cikgu telah menyemak semua kerja rumah yang anda buat. Tahniah kepada anda semua kerana ramai yang telah menjawab dengan baik. Namun begitu, ramai pelajar yang masih menjawab soalan esei dalam bentuk point. Anda perlu menjawab kedua-dua soalan esei dalam bentuk dan format esei sebenarnya.

Teruskan menjawab.

Tuesday, August 25, 2009

KERJA RUMAH 7 (PU1F3)

KERTAS 2 (Mengalih Teks Bukan Linear Kepada Bentuk Linear)







Nota:
Jawapan perlu dijawab dalam blog ini

KERJA RUMAH 7 (PU2B2)

KERTAS 2 (Mengalih Teks Bukan Linear Kepada Bentuk Linear)









Nota:
Jawapan perlu dijawab di dalam blog ini.

KERJA RUMAH 6 (PU1F3) GRAF / CARTA

KERTAS 2 (Mengalih Bentuk Daripada Linear Kepada Bukan Linear)










Nota:
Jadual dan Graf buat secara bertulis. Serahkan kepada cikgu pada 1 Sept 2009

Monday, August 24, 2009

KERJA RUMAH 6 (PU2B2) GRAF / CARTA

KERTAS 2 - MENGALIH BENTUK DARIPADA LINEAR KEPADA BUKAN LINEAR













Nota:
Jadual dan Graf buat secara bertulis. Serahkan kepada cikgu pada 1 Sept 2009

KERJA RUMAH 5 (PU1F3) KEFAHAMAN

KERTAS 2 - KEFAHAMAN

Petikan Laras Sains
"Internet ialah satu wadah yang digunakan untuk mendapatkan informasi dan maklumat terkini. Kini internet digunakan secara meluas bagi mendapatkan maklumat untuk kegunaan dalam semua bidang. Walau bagaimanapun, sistem ini tidak terlepas daripada pelbagai ancaman yang boleh mendatangkan impak buruk kepada semua pihak, terutamanya dengan penghantaran virus."
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Majalah Minda, Julai 2004)
Soalan
(a) Apakah yang anda faham mengenai kepentingan internet?
(b) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kesan yang berlaku akibat serangan virus terhadap sistem rangkaian komputer.

KERJA RUMAH 5 (PU2B2) KEFAHAMAN

KERTAS 2 - KEFAHAMAN

Petikan Laras Sains
"Makanan segera memang wajar digelar makanan remeh. Memandangkan hakikat inilah syarikat-syarikat makanan sanggup membelanjakan berjuta-juta ringgit ke atas iklan, penajaan dan promosi untuk menyakinkan pengguna. Tempat-tempat perniagaan (restoran) mereka didakwa menjadi tempat hiburan untuk kanak-kanak dan keluarga, mengikut aliran semasa dan kita diberitahu makanan itu selamat dimakan dan berkhasiat. Walau bagaimanapun, jika terlalu kerap dimakan, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan"
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Berita Harian, 20 Februari 2006)
Soalan:
(a) Mengapakah makanan segera dianggap sebagai makanan remeh?
(b) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, berikan ulasan kesan buruk akibat terlalu kerap mengambil makanan segera.

KERJA RUMAH 4 (PU1F3) KEFAHAMAN

KERTAS 2 (KEFAHAMAN)

Petikan Laras Sastera
"Kita berpegang kepada amanah rakyat dan perlu beramanah. Pegawai kerajaan juga amat gemar mengaturkan seminar dan bengkel yang selalunya diadakan di pusat-pusat peranginan yang indah lagi permai supaya mudah mereka berinteraksi. Apabila terlalu banyak seminar, tugas harian terganggu dan berlakulah red tape."
(Petikan ucapan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,
"Cakap Lain, Buat Lain",
Dewan Masyarakat, Februari 2004)
Soalan:
(a) Apakah yang diharapkan oleh rakyat daripada pegawai kerajaan dalam tugas-tugas harian?
(b) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kesan yang akan berlaku kepada masyarakat sekiranya pegawai kerajaan hanya menjalankan tugas mengikut red tape?

KERJA RUMAH 4 (PU2B2) KEFAHAMAN

KERTAS 2 (KEFAHAMAN) - Petikan Laras Sastera

Petikan Laras Sastera
"Pembasmian kemiskinan wajib dijadikan sasaran utama dalam usaha besar menangani ketidakseimbangan pencapaian sosioekonomi negara demi memastikan nasib warga terbela, landasan sosioekonomi negara kukuh, perpaduan dan kestabilan negara dikekalkan dan ekonomi negara terus dibangunkan"
(Petikan ucapan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
ketika membentangkan usul RMK-9 di Dewan Rakyat
Berita Harian, 1 April 2006)
Soalan:
(a) Mengapa kemiskinan harus dibasmi?
(b) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membasmi kemiskinan di negara kita.

KERJA RUMAH 3 (PU1F3) LARAS SAINS

KERTAS 2 (LARAS SAINS)

Soalan:
Kita tidak menafikan bahawa kepentingan telefon bimbit sebagai suatu alat yang wajib dimiliki oleh semua golongan. Sungguhpun begitu, telefon bimbit mempunyai keburukan. Sila kenal pasti kebaikan dan keburukan penggunaan telefon bimbit dalam kehidupan seharian.

KERJA RUMAH 3 (PU2B2) LARAS SAINS

KERTAS 2 (LARAS SAINS)

Soalan:
Kaum wanita sanggup berbelanja besar semata-mata untuk kelihatan cantik. Justeru, pelbagai produk terbaharu khasnya pil pelangsing laris di pasaran. Ia merupakan salah satu teknik yang digunakan untuk kelihatan langsing. Nyatakan kesan pil pelangsing dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya.

KERJA RUMAH 2 (PU1F3) LARAS SASTERA

Kertas 2 (Laras Sastera)

Semua pelajar Pu1F3 diwajibkan menjawab soalan laras sastera di bawah. Jawapan hendaklah mengikut format yang sebenarnya.

Soalan:
Masalah pembuangan bayi semakin hari semakin membimbangkan masyarakat. Bincangkan apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi dan kesannya akibat tindakan tersebut.

KERJA RUMAH 2 (PU2B2) LARAS SASTERA

KERTAS 2 (LARAS SASTERA)

Semua pelajar Pu2B2 dikehendaki menjawab soalan laras sastera di bawah dengan lengkap (mengikut format esei sebenarnya)

Soalan:
Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA berpotensi menyatupadukan ekonomi antara Malaysia dengan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, perjanjian ini dianggap sangat merugikan negara kita. Bincangkan kesan keburukan yang mungkin dihadapi oleh negara apabila FTA diimplementasikan.

Sunday, August 23, 2009

KERJA RUMAH 1 (PU1F3)

Kerja Rumah 1 (Kenegaraan) untuk pelajar PU1F3

Pelajar-pelajar PU1F3 dikehendaki membuat 5 soalan objektif yang berkaitan tajuk / tema yang dinyatakan di bawah:

Pelajar Lelaki
5 soalan berkaitan Perlembagaan

Pelajar Perempuan
5 soalan berkaitan Kewarganegaraan

Contoh Jawapan
1. Kebebasan asasi yang terkandung dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan adalah berbentuk

A. mutlak
B. sementara
C. tertangguh
D. mutlak sementara

Jawapan : D
Sila klik "Jawapan Pelajar"
untuk menjawab soalan ini

KERJA RUMAH 1 (PU2B2)

Kerja Rumah 1 (Kenegaraan) untuk pelajar PraU2B2.

Setiap pelajar perlu memilih 5 Dasar Dalam Negara kemudian tuliskan:
1. Dasar tersebut (tajuk)
2. Info Ringkas Dasar tersebut
3. Objektif Dasar
4. Strategi

Nota: Untuk menjawab sila klik Jawapan Pelajar (di sebelah kanan bawah soalan)

Contoh Jawapan:

Dasar Ekonomi Baru (Dinamakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama @ RRJP 1)
Dibentuk selepas peristiwa rusuhan kaum (13 Mei 1969)
Tempoh pelaksanaan tahun 1971-90
Hasil cadangan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
Diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak

Objektif:
Membetulkan ketindakseimbangan ekonomi antara kaum
Capai perpaduan negara melalui pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat


Strategi
Pembangunan wilayah baru FELDA, KEJORA
Pembangunan prasarana di kawasan luar bandar (sekolah, jalan raya, komunikasi)
Menambah pemilikan modal dalam syarikat
Meningkatkan daya pengeluaran
Menubuhkan agensi pelaksana seperti MARA, UDA, Bank Rakyat dan Permodalan Nasional


Untuk menjawab sila klik
"Jawapan Pelajar"

Friday, August 21, 2009

KERJA RUMAH WAKTU CUTI SEKOLAH

Selamat Bercuti kepada semua pelajar cikgu. Sepanjang percutian ini cikgu harap anda semua akan terus belajar. Berikut adalah kerja rumah secara individu yang perlu anda laksanakan. Sila klik di link kerja rumah untuk menjawab soalan yang dikemukakan.